Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 21, 2011

DIDIKAN YANG TIDAK BETUL..

"Omi, Omi ingat tak Omi.."
Ha ha sebenarnya baru-baru ini baru saya perasan yang Qaisara bukan memanggil saya Umi tetapi Omi. 
"Ingat apa sayang.."
"Alah kita naik kereta api hari itu. Ada budak cina yang kena pukul dengan mak dia.."
Aduhai..Qaisara ni saya sudah melupakan peristiwa itu tetapi Qaisara mengingatkan saya.
"Ingat.."
"Yelah..sebab adik dia rebut kain dari dia, emak dia pukul kepala diakan umi?"


Ya ALLAH jantung saya sudah bergegar rasanya. Saya tidak suka melihat perkara yang sebegitu. Memakan masa yang lama untuk melupakan. Ya..saya ingat dan saya rasa saya pernah cerita di FB, seorang kanak-kanak cina menaiki kereta api dengan ibunya. Dia memegang tuala dan tuala itu dirampas oleh adiknya yang agak kecil. Bila dia cuba merampas balik. Emaknya mengetuk kepalanya dan memaki hamun anak itu, sehingga dia menangis. Bahkan beberapa kali menyepak mukanya.
Jantung saya luruh dan saya menangis. Ketika itu suami berada jauh dari saya tetapi dia mengisyaratkan saya supaya menegah perbuatan ibu berbangsa cina itu. Jarak saya dengan wanita cina itu pun agak jauh tetapi saya menghantar isyarat mata kepada penumpang di sebelah perempuan cina itu supaya menghentikan, tetapi dia seperti takut-takut. Bila turun dari kereta api saya menjadi mangsa leteran suami kerana tidak menghentikan perbuatan wanita cina itu. Yelah bagi suami..anak adalah segala untuknya.

"Qaisara boleh tak jangan cerita pada umi hal tersebut.."
Saya tunduk, air mata saya mahu mengalir. Semakin berumur saya memang tidak boleh melihat anak didera. Apatahlah lagi melihat ada pilih kasih dalam cara ibu bapa mendidik anak. Mungkin masa lepas saya yang agak menyedihkan.
"Kenapa umi?"
"Umi sedih.."
"Hmm..Teta pun sedih. Kenapa ya umi, adik yang rampas dia pula kena marah umi. Kenapa emak dia tak adil umi? Emak dia jahatkan.."
Saya hanya mengiakan kata-kata Qaisara. Saya tidak boleh mempertahankan emak yang sebegitu.
Ya..kadang kala saya sendiri tidak faham cara ibu bapa mendidik anak-anak. Bila anak kecil membuli abangnya dikatakan tidak mengapa, tetapi kalau abang membuli si adik abang akan kena bukan setakat maki hamun tetapi dipukul dan disepak begitu..
Bila besar nanti, saya yakin anak ini akan ingat apa sahaja perbuatan emaknya dan siemak jangan marah kalau satu masa nanti, perasaan dendam anak tidak boleh diubati lagi...

9 comments:

Rizziela said...

Betul tu kak...setiap perbuatan emak terhadap anak2nya pasti akan diingati sampai besar

kyo said...

pernah alami pengalaman mcm tu.. waktu kecik2 dulu setiapp salah adik.. saya la yg kena tanggung.. dia yg buat..saya pulak yg kena pukul.. tk bagus untuk tumbesaran kanak2 sebenarnya.. tp dlm kes saya. mgkin sbb sy anak tiri.. jd sylah yg kena.. hehe..

kakyong said...

kak,
saya pun mbesar dgn kaedah mcm ni.. semua salah adik, saya lah yg selalu kena balun/pukul/leter..

anak2 saya skrg ni, kalo berdepa bergaduh2, 2-2 saya marah.. then cuba ckp elok2, tak baik adik-beradik bergaduh..

tp selalu juga terjadi konflik dgn suami, dia selalu memangkan adik, & yg lebih tua dimarahi.. saya tak suka.. kdg2 susah juga saya nak bercakap dgn suami bila dia tak adil mcm tu... sian juga kat anak2..

Eera Shera said...

nangis baca enry ni :(

sy pn dibesarkan mcm tu..sy anak sulung..selalu la kena. masa kecik2 dulu sy igt mak sy x syg sy.haha..bdk2 kan..

sbb tu sy sedih kalau dgr cite psl bdk2 kena pukul.kena dera..sy tau ape dorang rasa.tp dorang lebih teruk lg.

Yan said...

ee saya pun tak sanggup nak baca. apa tah mengalami dan menyaksikan nya.

Den said...

kesiannya.. huhuhu...

Leeza said...

Asalamualaikum...betul tu kak. Jangan sesekali membezakan kasih sayang dengan anak2. Mana tahu anak yang selalu kita dera atau tak suka itu yang akan menjaga kita bila kita sudah tak berdaya.Anak2 akan ingat apa yang ibubapanya buat...

Rani Rashid said...

mmg betul, anak tu akn igt smpai bsr. kalau x kna gaya blh smpai dendam dgn mak yg mcm tu. nk slhkn si ank xleh jugk, tp sikp ibu bpa tu yg dh celaru ms bsr ank2, tu bile bsr ank2 pun wt x peduli.

idasm said...

qaisara bijak bertanya... susah jugak uminya nak menjawab kan...