Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 8, 2011

JANGAN KETAWAKAN DIA..


Kenapa gambar lelaki ini dalam blog saya?
Iye saya jumpa dia ketika beraya di rumah emak saudara saya. Jiran kampung saya yang saya kenal sejak kecil lagi.
Seorang lelaki yang mungkin agak kurang akalnya tetapi amat rajin bekerja dan membantu setiap kali ada kenduri kahwin.
Bahkan selepas emaknya meninggal saban hari menurut kata keluarga saya dia akan menziarahi kubur ibunya. Kadangkala bila orang mempermainkan dia, saya rasa marah walau lelaki itu hanya ketawa sahaja.
"Dia wali ALLAH.."
Suami saya memberitahu apabila kami bercerita mengenainya. Saya tersenyum dan sedar, orang seperti dia adalah orang yang bersih hatinya.
"Awak tahu beberapa tahun yang lalu di  Bursa, Turki ada seorang lelaki seperti ini. Selalu dipermainkan orang. Kalau dia ke pasar ada sahaja orang memperolok-olokkan dia"
Suami sudah mula bercerita. Saya mendengarnya dengan tekun.
"Kemudian tahu apa yang terjadi.." sambung suami bertanya.
"Hmm..tidak, ceritalah.." Suruh saya.
"Satu hari ada seorang yang agak kaya lalu di pasar. Lelaki kaya itu mahu ke Istanbul dengan kereta mewahnya. Lelaki yang tidak cukup akal ini menahan dan mahu menumpang. Kata dia, dia mahu ke Istanbul dan lelaki kaya itu hanya ketawa tetapi tidak membenarkan lelaki tidak cukup akal itu masuk ke kereta mewahnya."
Cerita suami lagi. Suami saya memang banyak cerita dan saya pula isteri yang suka mendengar.
"Lepas tu apa terjadi?"
"Awak tahu, bila lelaki kaya itu tiba di Istanbul dia ternampak lelaki tidak cukup akal itu di sana. Sedang duduk di sebuah kedai kopi dan menghirup teh..Menurut tuan kedai tu, dia sudah berjam-jam di kedai kopi itu."
"Wahhhh...hebat!"
"Ya...tidak seorang pun tahu bagaimana dia sampai ke sana. Kalau menaiki kereta dari Bursa ke Istanbul dalam 4 jam. Awak cuba bayangkan, kalau dia sudah berada di kedai kopi itu beberapa jam sebelum itu? Orang macam ini jangan kita ejek dan permainkan. Esok kita masih belum habis dihisab di akhirat dia sudah masuk syurga dan mentertawakan kita pula.."
Ya..kata suami amat benar. Orang seperti ini orang yang bersih hatinya dari hasad dengki, cemburu dan kecil hati.




7 comments:

kyo said...

dah jadi kebiasaan dlm masyarakat kita ..bila jumpa org2 mcm ni..mereka akan mengejek..bkn je insan yg sakit tu,..keluarga insan tu pon turut diejeknya.. harap2 kita tk sperti mereka2 yg suka mentertawakan insan intimewa ini..

yatie chomeyl said...

tiba2 terbayang abang yatie kat kampun gnu. wpon abang yatie tu sebenarnya normal je, cuma ada sedikitkekurangan pada diri dia yng sellau buat org ejek2 dia. tapi hati di a mmg bersih sbb bagi dia , semu aorang di dunia ni baik..sbb tu dia selalu kena tipu tapi dia tetap tersenyum dan ketawa pada semua orang.

Madam Casper said...

Selalu pesan pada anak2 jgn pandang rendah dan mengejek orang yang macam lelaki kak yati ceritakan ni...tapi ada juga sesetengah orang yang tak kisah geram betoi dgn org macam nii

mazni_azis said...

like this entry berkali2...penuh pengajaran..memang tak ejek dan memandang rendah kepada golongan ini tp kdg2 terketawa dgn percakapan mereka.

idasm said...

Kat kawasan restoran ida ada seorang. Dia kerja kat restoran ukhwah. Tp dia mmg rajin ..

Umar said...

sgt terharu dgn cerita ini...mmg dari kecik sy tak suke dan tak gemar langsung dgn org yg suke mengejek/ mempersendakan kelemahan / kekurangan org lain...if terjumpe org cacat or org kurang akal ketika bersiar dgn family...dari jauh sebelum bertembung dgn insan istimewa tersebut, sy awal2 lg berpesan berkali2 kepada anak sy supaya jgn pandang berlebih-lebihan dan buat biase saje...cume berikan senyuman dgn ikhlas...

. said...

suka entri ini.