Semalam saya, bibik, Teta, Khamisah dan Suraya melawat seorang kawan yang tinggal di Sepang. Beliau baru sahaja menjalani pembedahan. Kami tiba ke rumah beliau pun sudah jam enam petang. Borak punya borak sudah jam 7. Jadi kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah melalui jalan lama Sepang-Bangi. Konon nak cuba jalan lainlah.
Rupanya jalan tersebut jalan kampung yang sangat banyak lampu isyarat jika dibandingkan dengan jalan biasa Kajang Putrajaya.
"Kita solat di Petronaslah.."
Sesekali saya melihat jam di dashboard. Hati berdetik hendak dekat pukul lapan. Masih ada waktu lagi. Kebetulan Petronas tidak jauh dari rumah saya tetapi harus berhenti juga. Kami pun berhentilah bersolat.
Terima kasih dan syukur padamu ya ALLAH
Saya ambil wuduk. Bersolat dan ketika saya sujud tiba-tiba telekung saya terangkat menutupi muka saya dan saya tak nampak apa-apa.. ALLAHUAKHBAR.
Saya batalkan solat saya dan saya solat semula. Kata kawan-kawan saya saya duduk bawah kipas dan telekong saya ringan. Dia suruh saya kepit telekung tersebut. Saya lakukan. Rakaat pertama tidak apa-apa, rakaat kedua pun tak apa-apa, tetapi sujud rakaat ke tiga, telekung tersebut sekali lagi terangkat dan menutup muka dan kepala saya. Ya ALLAH.
Saya batalkan sekali lagi dan saya solat semula dengan menukar telekung. Kali ini solat saya seperti lintang pukang sahaja. Hati saya sudah tidak enak. Seperti ada sesuatu yang berlaku. Kenapa? Apa salah saya.?
Habis sahaja saya bersolat. Saya teringat sesuatu. Ya..kepala saya tidak sakit lagi seperti dua tiga hari kebelakangan ini. Segalanya menjadi tenang. Saya bergegas sahaja ke tandas. Di dalam tandas.....patutlah. Seharusnya saya tidak bersolat tadi. Ada halangan alami rupanya. Biasanya sebelum halangan alami saya akan sakit kepala sehari dua dan kalau sakit kepala itu menghilang, itu tandanya ianya sudah datang.
Hati saya lega dan bersyukur dengan nikmat ALLAH yang diberikan kepada saya dan kadangkala saya tidak mengetahuinya. Syukur dan terima kasih padamu ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim, Ya Khaliq atas segala kurniaan, kesihatan, kasih sayang dan segalanya. Aku sujud pada mu..
6 comments:
salam kak yati... kalau saya tanda-tandanya adalah berselera makan dan sakit dado den laa, pinggang pun sama...hahaha... tp time lain pun berselera gak... hahaha mcmana tu> :)
assalamualaikum k.yati...datang bulanlah ni?xpe..cuti dari Allah...kalau dil nak datang selalu je rasa sakit pinggang dn kurang selera makan..huhu..kak..salam peluk cium buat teta...suka tengok dia..
akak... rindulah kat akak... hehe.. take care ye...
allahuakbar.:)
beruntung kak yati..
mudah-mudahan kita akan terus disayangi Allah :)
Patutlah agknya solat akak thenti2 mungkin itulah petanda dariNYA...
owh ada asbab lain sebenarnya sampai 3 kali batal solat.. :)
Post a Comment