Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, March 30, 2009

PERCUTIAN YANG CUKUP TERUK!

Kalau saya ke Kelantan atau ke Pahang, memang saya selalu lalu tempat ini. Dan apabila suami mencadangkan kami bercuti sempena hari jadi saya, jadi saya memberikan cadangan kepada suami untuk ke Bukit Tinggi Pahang. Nampak dalam internet memang cukup cantik tempatnya. Jadi saya pun booking untuk 1 malam tinggal di Colmar Tropica. (kata suami kalau seronok kita sambung lagi satu malam). Saya menyewa suite dua bilik. Ketika kami sampai memang masih awal lagi. Baru pukul 12 tengah hari. Bilik kami belum sedang dikemas. Jadi kami membuat keputusan berjalan-jalan dahulu di kawasan Colmar Tropica.
Sempat mengambil gambar sambil menunggu bilik kami di kemas tapi masih tak siap-siap walaupun sudah 2 jam berlalu.

Namun apabila jam dua petang kami sampai semula ke reception, kami diberitahu bilik kami masih belum dikemaskan lagi.
"I'm sorry mam, the room is so big and our staff now in progress to clean.."
Aik dah dua jam pun masakan masih belum dikemas. Saya tahulah, suite memang agak besar. Ada dining + living room. Tapi masakan dua jam masa tidak siap lagi.
"If you dont mind, we would like to replace your room with another room.."
Bahagian kaunter mencadangkan bilik suite yang mempunyai dua tingkat. Dua bilik di atas dan dibawahnya dining + living room. Saya bersetuju sahaja memandangkan Qaisara sudah mengantuk dan kebetulan dia tidak berapa sihat. Bila masuk..pandangan pertama saya, memang cantik. Saya suka, biliknya besar dan bilik pembantu rumah saya juga cantik.
Qaisara masuk sahaja ke dalam bilik terus melompat atas katil. Hilang demam dia.

Bilik pembantu rumah saya. Cari bilik cantik mana sekali pun, Qaisara tetap akan tidur dengan saya dan Babanya.
Pemandangan Colmar Tropica tempat kami menghidap

Tapi amat malangnya, bila malam mahu tidur, baru kami sedar. Bilik kami benar-benar berdekatan dengan lif yang dindingnya tidak kalis bunyi. Bayangkan setiap kali orang naik dan turun kami dapat mendengar lif naik dan turunnya dengan bisingnya. Gedang! Gedang! Aduh! Saya benar-benar tidak boleh tidur. Pukul 4 saya bangun menulis, hati saya benar-benar tidak tenang. Nasib Qaisara kepenatan dan sudah makan ubat batuk. Kalau tidak, mahu Qaisara juga terjaga.

Nasib baik saya ada bawa biskut keras dengan keju feta, itulah makan saya pada waktu malam bila perut lapar.

Paling haru, apabila waktu malam kami pergi ke restoran di sepanjang Colmar Tropica itu, mereka tidak menjual makanan untuk dibawa pulang. Semuanya kena makan di situ! Aduh..jauh sungguh saya berjalan. Tidak pernah jumpa restoran yang tidak menjual makanan untuk dibawah pulang! Kelas sungguh restoran bukit tinggi.



Pizza Funghi yang mengubat rasa sakit hati kami kerana semua makanan yang dipesan sudah habis.

Sebelum itu pada waktu petang saya ke kedai pizza. Suami saya memesan lasagna
Sorry sir, lasagna finish..
Lalu saya memesan pula air kelapa.
Sorry mam, coconut also finish..
Saya kemudian memesan air kosong..
Sorry mam we just have rovers (Air mineral RM4).
Kemudian saya memesan pasta apa ke benda pun saya lupa.
"Sorry mam, that one also finish.."
Akhirnya kami memesan pizza. Nasib baik pizzanya sedap. terubat jugalah hati, tetapi apabila saya mahu membayar menggunakan kredit kad kerana tidak ada ATM mesin di situ. Jawapannya membuat saya benar-benar sakit hati.
"Sorry madam, credit card system has a problem!"
Mak aik..rasa saya nak menjerit-jerit sahaja. Saya bukan seorang yang mementingkan kesempurnaan tetapi apabila mengalami banyak perkara yang tidak sempurna dalam satu hari. Saya benar-benar marah dan geram.

Kalau tak fikirkan anak saya yang mahu mandi kolam dan berjalan-jalan memang saya dah cabut balik malam itu juga.

Tidak banyak aktiviti yang ada di Colmar tropica dan Bukit Tinggi, Qaisara menghabiskan masanya dengan membuat painting di seramik

Sebelum balik sempat pergi ke taman arnab demi Qaisara. Tapi sebelum balik, kami terpaksa menahan perasaan lagi. Permainan di Taman Arnab tidak berfungsi dengan alasan kehabisan Token. Qaisara menangis-nangis tidak percaya sehingga pembantu rumah mengheret dia ke kaunter dan menyuruh, jurujual di situ memberitahu Qaisara yang token sudah kehabisan.

Tidak ada apa-apa aktiviti di waktu malam, saya degan Qaisara menghabiskan masa dengan ceramic panting, yang bunga itu saya punya (qaisara pun ada tolong) yang berwarna hijau itu sudah pasti kepunyaan anak dara saya..

Kesimpulannya percutian ini adalah percutian yang paling menyakitkan hati. Dengan tandas swiming pool yang cukup kotor, dengan Japanese Garden yang tidak berjaga. Saya rasa pihak berkenaan (Rasanya berjaya group), perlu mengikut contoh beberapa syarikat yang berjaya membangunkan tempat percutian seperti Genting yang berjaya mengadakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Sepanjang perjalanan pulang melihat saya yang seperti tidak gembira, suami memujuk saya.
"Nanti kita pergi bercuti tempat lain ya. Tempat yang Qaisara dan you suka.."
Entahlah, hati saya masih tawar. Lebih baik saya berehat di rumah saya sendiri, buat masa sekarang.

6 comments:

ain said...

x sangka bukit tinggi teruk cam tu sekali. baru plan nak gi cuti sek june nanti. nmpak gaya cancel le.

dhan said...

salam k.yati..
betul ckp ain tuh .. saya xsangka teruk betul keadaannya.. saya pernah pg dulu.. tp xlah stay.. tp japanese garden ok.. maybe masa tuh agak baru.. tp saya plg suka g taman arnab.. beshnya.. comel sgt arnab2 tuh...
baru plan nk g lagi.. bwk tia.. xjadilah nampaknya.. :(

Zila said...

Berjaya Group?...I pernah bercuti sekali under their resort. Tempatnya tidak berjaga and yet cost us RM700 per night. Apa lagi I terus complaint kaw-kaw punya kat website depa...

Unknown said...

salam kakyati

jarang ade kwn2 yg komplen pasal bkt tinggi ni, selalu bawa citer best jer... uh uh, sungguh daku tak sangka..

kasi-pecah said...

kak zaid baru balik bercuti kat sana.. hehehehe tapi tidur kat genting... just singgah ambik gambar je kat bukit tinggi..

idasm said...

alahai kesiannya kat akak...
ishk kalau suamiku kena macam tu.. mmg dh kena basuh kaw2 punya diorang ni.. tak bg can.. bukannya kita minta free... bayar apa...
betul kata akak... hujan emas di tempat orang, hujan batu di rumah sendiri... seribu kali lebih baik rumah kita sendiri.. kan kak..
take care yea..