Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, March 11, 2009

ORANG TUA TAK SEDAR DIRI

Kasihan sungguh saya tengok Imah di hari pertunangan abangnya. Dia berkejar ke sana ke mari, menguruskan itu dan ini dengan di bantu emak saudara dan bapak saudaranya.

“Imah..ayah kau mana?”

Saya bertanya Imah, dia baru berusia 26 tahun. Sekarang mengajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi sebaik sahaja menghabiskan ijazah sarjananya dalam bidang Microbiologi.

“Entahlah akak, tak tahulah. Kami dah jemput dia tapi dia tak datang pun..”

Imah mempunyai 4 adik beradik. Dia anak yang ketiga dan adiknya yang bongsu lelaki, berusia 20 tahun. Adiknya itu cacat dan tidak boleh bergerak. Perlu penjagaan yang rapi dan perlu dipakaikan lampin setiap masa.

Tahun lepas ibu Imah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Imah menerima takdir tersebut dengan tenang. Tetapi apa yang mendukacitkan Imah, dua bulan selepas emaknya meninggal dunia. Si ayah seperti tidak sabar mahu mencari pengganti.

“Kalau pengganti emak baik tak apa kak. Tapi akak tengoklah. Bertindik hidung, bertindik telinga dua tiga. Kami semua dah besar-besar. Malulah kak. Ayah pun setahun dua akan pencen”

Imah meluahkan perasaan hatinya, sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, Imah amat menitikberatkan hubungan dia dengan adik beradik. Semua adik beradik menentang niat si ayah mahu berkahwin. Akhirnya si ayah meradang, lalu keluar dari rumah dan menyewa tempat lain. Si ayah berkahwin tanpa mengundang anak-anak. Dan pandai-pandailah si anak mengurus adiknya yang cacat itu.

Sampai ke petang majlis pertunangan si abang, si ayah tidak muncul. Dan apabila balik dari rumah bakal pengantin perempuan, kami membawa bersama kek dan buah-buahan. Imah bersama abangnya menghantar separuh daripada buah tangan itu ke rumah sewa ayahnya.

“Ayah kamu cakap apa Imah..”

Tanya saya apabila melihat wajah Imah kelihat muram sahaja apabila pulang daripada rumah ayahnya.

“Tak ada apa-apa kak. Dia cuma ambil dan terus masuk ke dalam rumah. Tanpa mempelawa kami masuk dan mengucapkan terima kasih..”

Saya termenung mendengar kata-kata Imah. Saya tahu Imah anak yang baik, adik yang penyayang kepada abang-abangnya dan kakak yang sempurna di mata adiknya yang cacat. Tetapi kenapa ayah Imah bertindak begitu. Adakah kerana cinta, mata si ayah sudah buta. Kalau orang mengatakan sekarang anak-anak muda ramai yang berkurang ajar. Tetapi saya rasa orang tua seperti ayah Imah bukan sahaja kurang ajar, tetapi tidak sedar diri. (saya memang marah sungguh..)

Saya berdoa supaya Imah dimurahkan rezeki dan ditabahkan hati melalui kehidupan yang mendatang..AMIN.

6 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

mcm2...harap dijauhkan lah mende2 camni kt keluarga kami...

TOKMA said...

Betul tuh NB...eeee memang dasar orang tua tak sedar diri. Kita yang tua nih pulak rasa malu ngan perangai dia. Baca cerita NB pun saya dah rasa nak muntah, berbulu ler gamaknya..!! kesian anak2 yang jadi mangsa. Nasib baik anak2 dia dah besar2 dah pandai mengurus hidup sendiri.

Anak perempuan selalunya tidak berdendam....tokma rasa harus anak2 lelaki dia akan menyimpan dendam sampai bila2. Nunggu masanya ajer.

fadizah said...

Salam kak...kesian juga ya c imah tu..tapi tu urang tua tak sedar diri kak kubur kata mari,sepatutnya bila dah tua kita kena hidup dangan aman beramal semantara kita masih allah hidupakan..ditempat liza banyak juga kes urang tua tak sedar diri kak ada yg tinggal serumah macam suami isteri ada yg minuman keras dan macam2 kak dunia dah akhir zaman kak.

ain said...

salam Kak...simpati dgn nasib si Ima dpt ayah yg mcm tu. Tapi klu Ima boleh carry on with her life without her father..lebih baik begitu dr ada ayah tp menyusahkan. Semoga Ima lbh kuat menghadapi hari2 mendatang.

PUTUBAMBU said...

kesian Imah..kuat betul dugaan hidup dia..

semoga dia lebih tabah..

Anonymous said...

mmg kureng ajar org tua itu.ayah saya lak kejenye kutuk anak2 tak kira masa n tempat. hingga mak yg dah jd arwah pun masih disebut2 walhal mak tak mcm tu. dia higlight sbb anak2 tak jengok dia, sy ckp, bukan anak tak nak jenguk,tapi ayah yag buat anak2 mcm tu...