Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, March 14, 2009

UBAT SAKIT KEPALA

Gambar apalah yang saya ambil di MATTA ni, tapi mengambarkan betapa ramainya orang yang mengunjungi pameran itu semalam.

Sudah berapa hari saya sakit kepala. Lebih lima belas jam duduk di hadapan komputer selama hampir dua minggu. Mengejar deadline yang saya berikan sendiri dengan diri saya. Menyebabkan fikiran saya tertumpu dengan kerja. Ada dua buah buku yang perlu saya tangani bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Buku Nora Ismail dan Lily Haslina sudah habis saya kerjakan. Nasib kedua-dua penulis ini sudah biasa menulis. Tidak banyak yang perlu diperbetulkan sebenarnya.. Tetapi sakit kepala saya pula tidak habis-habis kerana terlalu lama menghadap komputer dan tidak keluar-keluar.

Dua hari lepas ketika saya mahu menukar cadar dalam bilik saya, saya melihat ada cahaya seperti cacing kerawit muncul di mata saya. Dada saya sudah berdebar-debar. Kalau cahaya itu datang, sebentar lagi mesti ada malapetaka yang sedang berlaku. Pantas sahaja saya mengambil dua biji pandol dan menelannya. Dan tidak lama kemudian..saya mula pitam.

Sakit daripada cahaya yang berupa cacing kerawit ini sukar saya gambarkan. Saya masuk ke dalam bilik saya rasa bilik saya panas, saya pindah ke bilik belakang saya rasakan semua cadar berbau busuk dan kemudian saya masuk ke bilik Qaisara dan pengsan di situ.

Apabila saya bangun, cahaya itu sudah menghilang tetapi kepala saya masih lagi berdenyut. Syukur..kerana tuhan sudah menghilangkan separuh daripada kesakitan itu. Dari kecil saya sudah biasa begitu, doktor sering menasihatkan saya untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, saya mesti cukup tidur, jangan stress, cukup rehat dan cukup makan.

Dua hari sakit kepala itu masih ada, jadi semalam saya ajak suami saya ke pameran MATTA, PWTC. Mak datuk..ramainya orang. Masing-masing mencari-cari pakej pelancongan yang ditawarkan. Rata-rata mereka yang datang berbangsa cina. Mereka tampaknya ghairah mahu ke Australia, Ke China dan Korea.

Saya mencari tiket untuk balik ke Turki, meninjau-nijau kalau ada pakej ke Mesir. Hanya ada dua syarikat sahaja yang menawarkan pakej ke Mesir tetapi itu pun tidak dipastikan tarikhnya.

Namun tiket ke Turki tidak dapat kami beli kerana mereka tidak menjual tiket terbuka. Selepas balik daripada MATTA, suami bawa saya bershopping di Sogo. Tidak banyak yang saya beli di Sogo kerana Qaisara sudah keletihan dan mahu tidur kerana berjalan di PWTC sebentar tadi. Dan dari perjalanan pulang saya, saya sedar kepala saya yang kadangkala berdenyut itu sudah hilang denyutannya…

Anak saya yang seorang ini sudah keturun perangai saya. Suka berjalan dan kerjanya mahu berjalan sahaja. Tidak kiralah pergi ke mana.


p/s saya memang harus berjalan untuk menghilangkan pitam atau sakit kepala. Tidak kisahlah di mana sahaja. Asalkan perjalanan itu menyeronokkan saya. Mungkin sudah terbiasa dari kecil saya seperti ulat yang sentiasa melenting, jadi bila terperap di dalam rumah atau pejabat, kepala saya akan sakit dan berpusing.

6 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

take a rest kak...berlibur enjoy2 ya! :D

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Kak yati duk bertapa ngan buku rupa2nya..patutla asyik tak nampak menjenguk laman.. takleh wat mesyuarat tingkap!.
Selamat berhujung minggu...
p/s: bila kita nak jmpa sambil sembang2 pasal nbkara hmm..???

fadizah said...

Salam kak..kena relek ka minta pak senyit picit2kan relaklah sikit kak..liza dah picit2kan suami belum juga berhasil tahu2 dia yang nak picit liza..kah..kha..buat qaisara banyak berjalan luas pandangan kak..budak2 kak masih ke qaisara pakai rantai yg liza beri?liza yg matang ni pun suka berjalan tambah2 shoping..

ain said...

stress dgn buku2 rupanya. jaga diri baik2 kak..nanti x de pulak next novel.hihi

dhan said...

salam k.yati... take a break.. jgn stress sgt...
akak mcm sy.. xleh terperap lame.. sure bingung.. :p

~*Krsty_Pinky*~ said...

penah gi matta fair last year..
that is the 1st and the last i guess..
x sanggup berasak2 dgn manusia yg 'btempiaran' sana sini...hehehe