Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, March 27, 2009

TERIMA KASIH SEMUA...MUAHH..MUAHH!

Syukur kehadrat ALLAH yang memang cukup penyayang dan pengasih, smlm saya menerima email yang berupakan kutukan ke atas buku ini. Kata dia buku itu terlalu teruk, hampeh, lantas meminta duitnya dipulangkan balik (datanglah ke pejabat saya, Insya-ALLAH saya akan pulangkah semula). Dia kemudian membandingkan saya dengan penulis Novel Sharifah Abu Salem (maaf kak Pah, nama Kak Pah pun terbabit ya) saya hanya tersenyum membacanya. kerana saya menerima e-mail itu dengan hati yang terbuka dan penuh syukur. Bagi saya, itu lumrah hidup dan saya sudah mengenal pasti siapa menghantarnya.... Dan hari ini saya menerima perkhabaran daripada Syarikat Popular, buku ini dicalonkan untuk Buku paling Popular tahun 2008. Terima kasih pada semua peminat yang menyokong. Rasa terharu dan gembira sekali....MUAHHHHH..

17 comments:

Qimi08 said...

Tahniah juga dari akak kerana novel yati dicalunkan lagi.
Ha ha ha ada rezeki nak cube lagi...tahun lepas dah menang

Casper a.k.a wifee en.atan said...

wahh Tahniah kak yati...

dhan said...

Tahniah kak yati...
Bagi saya setiap orang ada cara tersendiri tuk menulis..
besh apa garapannya.. saya ske sume novel k.yati...
dengkilah org tuh.. :(

Marzalina said...

salam kak..novel kembalikan cintaku ni kisah dr amna pakar forensik tu ye? kalau ya..bagi intan buku ni memang best gilerr..sebabnya intan dapat menghayati novel ni sehingga menitiskan airmata...jgn pedulikan kutukan orang..yg penting teruskan berkarya..

MokChakah said...

Bukanlah Marzalina...Kembalikan Cintaku ini about Zafrul & Wardina (if x silap). Kak Yati ni author yg berpengalaman dlm bende2 mcm ni kan...sy yakin akak boleh hadapi dgn senyum dibibir. Apa yg hampeh...maybe dia tak setuju hero kawin sampai 3 kot...haha...itu kan realiti hidup...Apa pun tahniah buat Kak Yati atas segalanya

MokChakah said...

Ops lupa nak mention last week g Popular di Miri ni...x tau laa kalau Popular kat tempat lain pun sama. Novel Chinta jadi novel paling popular on Januari

Adreena Renniow Abendanon said...

Hello kak yati...

terkejut juga bila dengar mereka kutuk novel kembalikan cintaku itu... setahu saya di jb, novel itu di antara top list paling laris di MPH dan popular book store di jb pada bulan disember tahun lalu... kalau tak caya, leh lihat laman web kedai buku berkenaan...

dan seperti kata kakak di atas tadi... novel chinta juga top list di mph dan popular book store di jb bulan jan dan feb lepas...

Kak yati memang banyak peminat di jb ni terutamanya warga singapura... Bila nak mai buat book fair di sini ye?....

shelly Yusop said...

salam kak yati, apapun yang kita lakukan, kita tidak dapat memuaskan hati semua orang. Yang penting selagi kita pasti dan tahu apa yang kita lakukan itu betul, maka teruskanlah. Yang lain jadikanlah sempadan untuk kita terus melakukan sesuatu yang terbaik dimasa akan datang.

ain said...

salam kak...saya tak tau le nk ckp aper ngan org yg buta hati tu. Ni mesti kes jeles ni. Saya collect buka akak dr dulu sampai le sekrg, x de satu pun yg membuat saya bosan. malah saya ulang bc berkali2.

p/s...tahniah atas pencalonan utk novel akak. Memang layak pun.

tuanpunya hati said...

tahniah atas pencalonan...
ida pun terkejut mmbca komen dia yg panjang lebar semalam.. rasa cm x percaya pulak bila dia kata hampeh. dh tu siap minta duit balik .... (ida belum miliki nv ni)... setau ida nv2 akak semuanya best2..
akak.. tabahkan hati.. ida tau akak seorang yg cekal...
adat dunia, tidak mudah utk memuaskan hati semua... yg pasti kita tau apa yg terbaik buat kita....

kakyong said...

salam kak NB

tahniah kak.. masa bujang dulu, selalu beli novel akak.. memang tak terkira dalm lemari.. dah kahwin ni suami dok bising asyik beli novel.. stop jap (dah almost 4 tahun ni..) tp la ni rasa cam nak beli semua novel2 akak yg terbaru yg daku dah tertinggal tdk membeli ni dalam 4 tahun ni...

adhan said...

salam kak yati...
tahniah kak yati untuk pencalonan tu...tentang email tu, tahniah juga saya ucapkan sebab kak yati menerima dengan hati terbuka...biarkan lah apa yang pembaca tu nak kata...mungkin dia tak menghayati novel tu...pada saya takleh la nak bandingkan satu penulis dengan penulis lain sebab cara penulisan mesti lain...apa pun teruskan perjuangan..saya akan terus sokong...

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati...

walau apa pon yati tetap ada penyokong2 yang sentiasa menyokong yati dibelakang termasuk "IBUJUNES"....hehehe

saya tetap suka nvl2 yati biar pi ah dia org yg sewaktu dgnnya ituh...

ibujunes dah ada nvl Kembalikan Cintaku dan dah 2kali ulang tetap best...juga nvl2 yati yg lelain mmg sumenya bagus2...bukan nak ampu tapi mmg kenyataan.

seperti kata yati...."biarkanla manusia mana ada rasa puas hati.."

ciayok2...ALL THE BEST TO U DEAR!!!

NORHAYATI BERAHIM said...

Salam kaknoor, cuba lagi mana tahu akan menangkan. Kuiz Setiap Jumaat tak mahu cuba ke?

Salam casper, thanks.

Salam dhan..biarlah dhan apa orang nak cakap...

Salam intan, yang forensik tu..novel terima kasih kekasih. Jangan nangis2 intan..he..he..

Mokchakah-biasalah mokchakah, tidak semua orang suka apa yang kita buatkan, biarkanlah.

NORHAYATI BERAHIM said...

hi Adreena..thanks2. Tahun lepas ada popular ajak ke JB, tapi masa tu akak tidak ada di Malaysia rasanya. Insya-ALLAH satu masa nanti akak akan datang ke JB..

Salam shelly..idup macam tulah shelly..itu gunanya akal utk berfikirkan..

Salam ain, tak apalah ain..apa pun yang dia katkan, akan lebih membakar semangat akak..thanks ain ya..

Salam Ida, memang adat dunia, kita tak boleh puaskan hati semua orang. Cuma kata-katanya cukup tidak berhemah, kita orang melayu, ada adab sopan...

Salam kakyong..
Membaca jangan tinggal kak yong, tak kira buku saya ke, buku siapa..rasanya membaca tak rugikan...

NORHAYATI BERAHIM said...

Salam adhan..
Biarlah apa sahaja kata-kata orang itu kita jadikan sebagai panduan untuk memperbaiki diri..

Ibujune, terimakasih banyak2, kadangkala orang yang tidak puas hati satu, orang yang berdengki pun satu. tapi saya dah tahu siapa orangnya..moga2 ALLAH ampunkan dia..

EYA ZAMANI ZAITEE said...

ziya dh baca novel best pa ...x kan nk sama dgn karya org lain ....org mcmtu pun ada ya ..dunia2...