Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, March 24, 2009

BILA ANAK MENEGUR

Salah satu contoh games diinternet.

Sejak akhir-akhir ini suami saya gila bermain games di internet. Kalau hari tidak bekerja dia boleh bermain games di internet berjam-jam. Naik pening kepala saya melihatnya. Ajak keluar ke mana-mana pun tak mahu dan sanggup tidur sampai 4 pagi. Saya memang jenis yang malas mahu bising-bising walaupun kadangkala jam 12 malam dia nak itu ini semata-mata mahu berjaga main games. Ada tak ada saya bising apabila dia lebih banyak berada di hadapan komputer daripada di hadapan Al-Quran. Namun biasalah suami ni, jarang mahu mendengar kata isteri...
Kadangkala dia bawa komputer bermain games diatas katil. Kalau saya tak kisah, sebenarnya anak dara saya yang kisah dengan perangai babanya. Malam tadi apabila dia mahu tidur dan melihat babanya sibuk bermain games di atas katil. Dia membebel dengan baba.
"Baba, you computer-computer " (tahu ajelah budak tiga tahun bercakapkan)
"Hmm..." Mata babanya masih lagi di komputer.
"Today, teta sleep with umi, you sleep with internet baba ya.." lembut sahaja kata-kata Qaisara tetapi menusuk ke kalbu.
Semakin besar Qaisara semakin saya berhati-hati bercakap di hadapannya. Saya cuba elakkan dia menonton kartun atau cerita-cerita yang tidak elok seperti cerita P-Ramlee. Bukankah di dalam cerita P-Ramlee terlalu banyak perkataan, Bahlol, Bodoh, Orang tua nak mampus! Hesy...takut saya.

Saya sudah ketawa besar, mata suami saya terbeliak mendengar kata Qaisara. Dan tidak lama kemudian suami menutup komputernya mungkin rasa tersindir, apabila Qaisara mengulang sekali lagi kata-katanya. Dia kemudian menidurkan Qaisara. Huhh..kalau anak tegur dengar sahaja bapa2 ni, kalau isteri tegur. Buat tak tahu sahajakan?
Namun sampai sekarang saya tertanya sendiri bagaimana Qaisara tahu perkataan internet kerana kami tidak pernah mengajarnya.

8 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe..bijak sungguh Qaisara..
mungkin dia dengar di mana2 Kak..
Tengok umminya update blog barangkali..=)

dhan said...

ala tomeinya Qaisara...
geram saya kak.. cerdik sgt...
sayapun risau kak.. bdk2 ni senang je nak absorb ape yg dia dgr dan tgk..

Marzalina said...

Qaisara seorang anak yg bijak..tak perlu ajar pon dia tau..kan? hehe..suka tul tengok dia..comel sangat.

ain said...

Bijak qaisara tegur daddy dia. Budak2 kak...klu kita tak ajar, sekeliling yg ajar. Saya pun hati2 ngan penggunaan bhs sekrg ni, sungguh kurang sopan. Especially dr movie..bahaya!!!!sbb tu saya tapis dulu klu they all nk tengok DVD. Klu sy rasa x sesuai, no way they can watch it.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

kadangkala anak ni blh jadi 'senjata' untuk menegur suami. Mcm kak yati kata lar..klu maknya tegur bapaknya wat derk je... tapi klu anak tegur sekali dua cukup..heheh. So next time klu ada perkara yang rasa kita payah nak gudik suami boleh lar pakai anak wahaaa!

shelly Yusop said...

wah..wah kak yati, ok la tu.. lepas ni shelly boleh la suruh balqish tegur papanya. memang kadang2 hilang sabar bila kita tegur, suami buat muka tak tahu je..

idasm said...

wah... cantik dan anggun sekali qaisara akak ni... geram ida tengok... dahlah petah.. cerdik pulak tu.. bertuah2.. tahniah kak...

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati....

salam qaisara cute n tomey...
muaahhh 100x
mmg yati kalo anak tegur cepat aje ayahnya bertindak balas..hehehe