Semalam cerita pasal pulut kuning, hari ini cerita pasal makan lagi. Saya bukannya pandai masak pun, main hentam saje selalunya. Tetapi masalah saya sekeluarga, kalau saya masak sambal petai..sudah pasti suami saya tidak memakannya. Jadi selalunya saya akan masak dua jenis masakan. Saya dengan pembantu rumah, suami dengan Qaisara. Hari ini lauk semalam masih ada. Sambal udang petai, ikan goreng dan juga sayur bayam. Tetapi untuk suami yang jadi masalahnya. Hari ini selongkar dapur saya yang sarat saya jumpa makaroni. Buat makaroni goreng..hmm..macam simple sangat. Kasihan suamiku. Jadi sementara pembantu rumah membawa Qaisara ke padang, bermain. Saya masaklah apalah yang patut. Nak bagi nama apa masakan ini pun saya tak tahu. Letak ajelah makaroni bakar ala lasagne.
Ini daging kisar dimasak dengan tomato yang sudah direbus, dibuang kulitnya (kalau malas ada yang dah sedia dalam tin) dan sos spaghetti.
Ini sos putih, tepung, santan kelapa (cari-cari dalam peti ais yang ada susu cokelat sahaja jadi saya gantikan santan rendah lemak) dan juga butter. Masak atas api perlahan.
Mula-mula letak makaroni, daging kisar dan sos putih. Bakar dalam mikrowave atau oven dalam 180C anggaran 30 minit. Ini yang sudah siap dibakar.
11 comments:
hemmm sedapnya..tapi yg lastnya tu periuk berselarak apa hal kak..
salam liza..periuk tu tak berselerak..dalam sink..itu tugas pembantu rumah..tugas akak memasak..he.he..
salam Kak Yati.
Aduhai...
boleh di copy tak resepi ni Kak?
Boleh zara try buat di rumah nanti..=)
salam zara.
tiru aje zara..insya-ALLAH jadi punya..sedap..kalau nak masin dalam sos putih letak garam sikit tau..
nampak macam sedap... nak pulak sos putih tu letak butter.. harus kita cuba!
berselera zaid tengok Qaisara makan... zaid rasa lapar la pulak jadinya.. hehehe..
Salam KAk Yati...salam perkenalan...http://nurafiqahcollections.blogspot
salam kak NB,
ni tgk makaroni ni mcm sedap je.nk tiru tp tak pasti menjadi ke.hehehe...
bila asik pasal makanan jek,buat sy yg mgandung ni teringin jek seme mknan tu... ;)
adui kecur liur tgk resepi nih... tapi bila nampak bab kena bakar tu... rasa leceh ler pulak... hehehe...
Sedapnya kak , kecur air liur dibuatnya.
nape sume mkn2 nih.. sedapnye... nyum nyum
Post a Comment