Orang-orang Malaysia memang gilakan teh tarik (sesuatu yang cukup merbahaya kerana teh tarik dicampur dengan susu pekat. Percaya tak seumur hidup saya tidak pernah minum teh tarik?). 'Acara Teko teh' jarang diminum di Malaysia, orang-orang melayu terutamanya jarang ada tradisi minum teh, seperti orang-orang cina dan juga Jepun. tetapi di Turki memang popular dengan teh turkinya. Di mana-mana anda pergi di Turki mesti anda semua akan berjumpa dengan teh house. Begitu juga dengan negara yang berdekatan dengan Turki seperti Cyprus dan Greek. Di sana amat jarang kita jumpa Coffee House. Di Holland Coffee House adalah tempat orang menjual dadah ringan seperti ganja yang diluluskan oleh kerajaan.
Ini dia teko teh yang digunakan untuk memasak teh bagi orang Turki. Ada dua bahagian yang boleh diceraikan. Suami saya memang gilakan teh, teh kegemarannya adalah teh Origano (kakiek) atau teh turki. Teh origano senang dibuat, hanya merendam origano di dalam cawan sahaja dan ditapis. Tetapi apabila dia meminta untuk minum teh turki. Terpaksalah saya menarik nafas panjang-panjang. He.he.he
Bahagian atas dimasukkan teh dibahagian penapisnya dan dicampur dengan air yang mengelegak. Campurannya mesti betul supaya kepekatan yang didapati menyamai selera suami saya yang agak cerewet huh..huhh....
Dibahagian bawah diletak dengan air biasa. Bahagian bawah teko teh mesti lebih besar daripada yang diatas.
Teko ini ditindihkan dan dijerang diatas api sehingga air yang berada di bawah mengelegak dan masak.
Gelas yang digunakan untuk minum teh. Kecil sahaja sebenarnya (1/3 mug biasa). Biasanya suami akan menghabiskan dalam 6-8 gelas ini sekali minum.
Gula diasingkan, terpulang pada peminum teh untuk mencampur sebanyak mana gula. Tapi di Turki rata-rata mereka menggunaka gula kiub. Tidak ada campuran susu dalam teh diTurki.
Selepas teh yang dijerang mendidih, teh yang dibahagian atas dituang ke dalam gelas. Selalunya aktiviti minum teh ini dilakukan di luar rumah sambil mengambil angin. Kalau dekat Turki nyamanlah cuacanya, kalau di Malaysia mahu berpeluh sana sini minum teh panas.
Kemudian dicampur dengan air kosong yang dibahagian bawah dan gula mengikut cita rasa masing-masing. Seringkala saya memberitahu suami, kenapa tidak dididihkan sekali teh bersama air. Apa bezanya? Sampai sekarang suami tidak dapat menjawab. Kata dia sudah tradisi dan rasanya mungkin berlainan. Tanya saya saya suka atau tidak teh ini? Saya memang tidak suka teh Turki. Saya lebih suka kusbrono teh (teh buah beri) yang hanya dicampur dengan air panas sahaja...
8 comments:
aduhai...
nampak sedap kak..
zara suka juga teh..tapi lebih gilakan kopi..hehehe..
apa rasanya teh tu kak? boleh dapat kat sini?
wah...leceh gak nak buat teh turki ekh. saya suka minum teh tarik tp x leh selalu.bahaya...kolesterol naik nanti.hihihi
kak nak tahu tak.. zaid hari-hari sebelum masuk kerja mesti minum teh tarik kat office... sebelum balik pun mesti pekena teh tarik mamak ni...
best memang best tapi zaid nak kurangkan sebab boleh kena kencing manis nanti..
salam ziarah..
sahabat saya baru balik dari melancong ke Turki bulan lepas.. ade juga beliau menceritakan tentang teh turki di dlm entri2 beliau... sahabt saya tu memang tak suka teh, tp nampak nye beliau spt dah jatuh cinta dgn teh turki..
dan ini pertama kali saya tahu cara2 org turki menyediakan teh.. unik. agaknyer itu lah istimewanya teh turki..
Salam kak Yati, saya x berapa suka teh tapi jika teh o saya minum gak.
Ini pertama kali saya lihat cara org Turki menyediakan teh .... unik sekali rasanya.
Salam zara..
Teh turki tak pernah nampak..suami biasanya bawa balik dari turki, rasanya lebih pahit daripad teh malaysia
Salam ain..teh tarik, memang sgt2 merbahaya..awas!
Zaid.salam...baik kau berhenti minum teh tarik, minum teh limau tak apa..hesy..bahaya2..
Salam kakyong..saya tak suka teh turki, pahit..saya suka kusbrono teh, rasa dia masam2..
Salam Zaimah..akak biasanya kalau minum teh, letak lemon..dah mcm kebiasaan ipar2 ajar..dan kalau diluar memang minta ice lemon tea tak ada ais..he.he
salam kak NB..
kusbrono teh tu camner rupernyer?/!!
teh+lemon ~ jaga badan ni.... :))
kakyoung salam
dia dibuat daripada buah beri rasanya, rasa buah beri..masam2, entahlah saya memang suka air yg masam2 sedikit dan tidak terlalu manislah kak yong..
Post a Comment