Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, January 20, 2009

NYAMUK OH NYAMUK

Angin betul saya! Dengan penyembur racun serangga saya mengejar nyamuk nan seekor ini. Berkeliling bilik saya mencarinya. Sesekali nyamuk tersebut menjelma di depan mata saya. Syurr..pantas sahaja saya menyembur.
“Matilah kau!”

Hati saya berdesis. Saya memang pantang nampak nyamuk. Saya akan mengejarnya sampai dapat. Suami saya alergi dengan nyamuk, begitu juga dengan Qaisara. Habis kulit Qaisara berkudis kalau nyamuk sudah mengigit.
Namun kemudian ketika saya menyambung kerja saya di hadapan komputer, saya melihat dan amat pasti nyamuk yang sama terbang melayah di hadapan saya.
“Hey..kurang ajar, tak mati lagi kau!”
Saya cepat sahaja mencapai penyembur racun serangga, saya sembur ke arah di mana saya lihat nyamuk itu sebentar tadi dan berharap dia akan mati dengan segera.
“Tengok nyamuk yang kecil macam tu pun awak tak boleh bunuh?”
Usik suami saya yang memerhatikan saya sedari tadi kelihatan seperti tension sahaja dengan nyamuk seekor itu. Hati saya terfikir dengan kata-kata suami. Ya..nyamuk tersebut kecil sahaja. Tetapi kenapa saya tidak dapat mengejar dan membunuhnya. Kenapa saya begitu takut dengannya?


Nyamuk seperti semua orang tahu, pembawa banyak penyakit. Penyakit demam denggi, penyakit chikungunya, penyakit demam malaria. Bahkan nyamuk adalah salah satu makhluk kecil ciptaan Allah SWT. Tapi dari bentuknya yang kecil itu tersimpan pelbagai rahsia alam. Sehingga pakar perubatan terpaksa bekerja keras meneliti dan mengkaji penyakit dibawa oleh nyamuk ini. Sehingga ramai yang terkorban dengan nyamuk yang tidak sampai seberat 1gm.
Kenapa Allah jadikan nyamuk ini kalau ianya merosakkan manusia? Saya terfikir lagi dalam kegeramaan saya sambil mengerling dan memerhati sekeliling. Kalau-kalau nyamuk itu muncul lagi. Tiap kejadian mesti ada sebabnya. Sebagai umat Islam..saya benar-benar percaya..
Kalau nyamuk ini tidak ujud fikir saya, tidak dijadikan oleh ALLAH, tak adalah kilang ubat nyamuk. Tidaklah..orang membuat racun serangga untuk membunuh nyamuk. Tidak adalah pekerjaan untuk orang ramai. Bahkan kerana nyamuk..ramai para saintis dapat dihasilkan…bukankah itu kebaikan atas keujudan nyamuk?
“Woi..kau masih hidup lagi?”
Pang..saya menampar kuat nyamuk yang terbang melekap di dinding. Terburai perutnya. Terpancut darah dari perut nyamuk tersebut yang mungkin sudah menyedut darah daripada saya sebentar tadi.
Memang nyamuk yang seekor ini akan mati..tetapi banyak nyamuk lain yang akan hidup. Membawa bersama keburukan dan kebaikan.
ALLAH memang maha mengetahui..dia tahu tujuan dia mengujudkan makhluknya di muka bumi ini..cuma kita manusia yang harus mengkajinya.
Dan keujudan nyamuk ini menyebabkan saya merasakan diri saya begitu kerdil sekali. Walaupun tubuh badan saya besar berjuta kali ganda dibandingkan dengan nyamuk, nyata saya terlalu sukar untuk menang dengan nyamuk seekor..

3 comments:

Marzalina said...

kak NB..intan mmg allergic ngan nyamuk dari kecil sampailah sekarang ni...kalau nyamuk gigit intan..mmg teruk la jugak kesan dia..berparut sana sini...yg peliknya, adik2 tak kena gigit sangat, nyamuk ni asyik bantai intan sorang ja..huhu..geram ooo..hehehe...bila dah mula menggaru...sampaikan luka2 pulak...kulit intan mmg sensitif dgn serangga ni...tapi betui kata kak NB, kalau difikirkan balik setiap ciptaan Allah mestilah ada sebabnya kan..samada membawa kebaikan atau keburukan...hanya Allah ja yg tau.

ain said...

saya pun pantang tengok nyamuk. Boleh kejar satu rumah hanya sebab sekor nyamuk. Anak bongsu saya pun allergic, sampai kudis2..lama pulak tu nak baik. Pernah sekali tu...kol 2 pagi saya terbangun sbb bunyi nyamuk dan kejar sampai dapat. Hubby cakap.."sadisnya bini aku.."..hihihi..

dhan said...

betul tuh k. yati.. nyamuk mmg baw byk penyakit.. tp menyembur ngan racun spt ridsect etc dah x practical tp skrg dah ade mcm2 produk yg lbh selamat mcm produk dr biotech..
bkn ape... takut memudaratkan kesihatan... saya dah xguna ridsect tp sy guna biozass atau serai wangi dari affi hanif... (promotelah plak) :)