Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, January 5, 2009

SELAMAT BERSEKOLAH ANAK-ANAKKU!

Saya pula yang sedih bila sekolah bermula, semula. Sebabnya....saya sudah tidak ada kawan untuk diajak berjalan atau menonton wayang. Ojan dan Akim sudah bersekolah semula. Akim memulakan persekolahan di tingkatan 1 di Sekolah Sultan Abdul Aziz, di sekolah uminya atau kakak saya Mijah mengajar. Ojan yang jadi pengawas juga bersekolah di situ Tahun ini Ojan berada di dalam tingkat 3. Saya janji dengan Ojan kalau dia dapat PMR 8A, saya belikan dia motor Sutun. Semuanya warna pink. Motor pink, topi keledar pun pink. Sudah tentu Ojan menolak mentah-mentah (sebenarnya saya yang nak motor tu)..he.he.
Tahun ini anak buah saya Alin bersekolah di dalam darjah satu. Alin bersekolah dengan abang-abangnya, Irfan dan Adli di sekolah ayah atau abang saya mengajar.
Balkish memulakan persekolahan 'main-main'nya di tadika PASTI di hadapan rumah kakak saya di kampung. Mula-mula kakak saya mahu mendaftarkan dia di tadika berbayar dengan yuran permulaan RM850. Saya melarang..untuk apa membayar sebegitu mahal untuk kanak-kanak belajar di usia 4 tahun? Membazir sungguh!
Pagi-pagi lagi Ah Kua sudah memanggil dan menjerit nama Qaisara ketika Qaisara masih enak diulit mimpi. Anak Ah Kua yang bongsu tidak mahu ke sekolah kalau Qaisara tidak pergi. Tetapi saya tidak sampai hati untuk mengejutkan Qaisara. Dia baru mahu menyambut ulang tahun ke 3 minggu depan sudah mahu ke sekolah. Anak Ah Kua pula hampir berusia 4 tahun.
"Tak payahlah sekolah. Kita dulu-dulu 7 tahun baru sekolah. Kasihan dia. Nanti susu dia macam mana? Diakan minum susu setiap 2 jam sekali.."
Larang suami saya. Jadi saya masih belum berkira-kira mahu melepaskan anak saya yang masih terlalu kecil lagi untuk bersekolah. Saya takut saya pula yang terpaksa bersekolah sama nanti kerana takut melepaskannya.
Lagipun Qaisara jenis kanak-kanak yang tidak suka duduk diam. Dia hanya boleh duduk di kerusi 1 minit sahaja. Lebihnya dia akan berdiri, berjalan, bermain. Nanti saya masukkan dia ke sekolah. Anak-anak lain yang mahu belajar, dikacaunya.
Pukul 9.30 saya mengejutkan Qaisara kerana bangunnya lari dari kebiasaana (biasanya Qaisara bangun jam 8 pagi).
Apabila dia membuka mata dan melihat wajah saya, bingkas dia bangun sambil berkata.
"Umi..Qaisara nak pergi sekolah!"
Saya terkebil-kebil mendengar kata-katanya. Ini sudah pasti Ah Kua yang sudah meracuni fikiran anak saya..ha.ha.ha

2 comments:

dhan said...

comelnye qaisara... kecil2 dah nak gi sekolah.. sedih tgk budak2 zaman sekarang xkira lelaki atau perempuan ada yg malas pergi sekolah...walaupun xsemua. pulak tuh anak-anak bangsa kita...

Casper a.k.a wifee en.atan said...

rajinnya qaisara..semangattt....
saya pun hantar anak ke sekolah umur 4 thn. sekarang ni dia rajin lg la pergi sekolah tapi bimbang juga dia boring nanti...ni dah masuk 2 thn dia kat tadika. thn depan ada lagi setahun seblum masuk darjah 1.