Sejak akhir-akhir ini tidak tahulah kenapa saya cukup tidak suka melihat blog-blog yang meletakkan pelakon atau penyanyi 'Mat saleh' sebagai idola mereka. Saya rasa macam nak termuntah, saya rasa macam terlalu marah kerana yang meletakkan gambar pelakon barat ini adalah orang melayu kita sendiri.. Mungkin kerana sentimen dan kebencian saya terhadap Amerika sudah terlalu sejak akhir-akhir ini. Sehingga memaksa saya mengelak beberapa produk Amerika yang menyokong Israel secara terang-terangan.. Hari ini saya mahu meletakkan hero saya dan mungkin hero di mata dunia iaitu Mohammad Aboutreika.
Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.
Selain peristiwa “Sympathize with Gaza “, Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej “We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad” selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.
Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.
Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008 , beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. “..merupakan pendakwah Islam”, menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.
Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya menjadikan Aboutreika sebagai teladan. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.
Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!
Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.
Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.
Dan bagi saya..lupakanlah artis-artis pujaan anda semua terutamanya artis-artis Amerika yang cuba menjajah fikiran anda..jadikan insan seperti Mohamed Aboutreika sebagi idola kita semua dan moga-moga kita mendapat kekuatan seperti beliau.
Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.
Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.
Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan “تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza “.Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia memberikan reaksi yang bercampur-campur mengenainya. Reaksi dunia sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya adalah mesej kemanusiaan. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.
Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.
Selain peristiwa “Sympathize with Gaza “, Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej “We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad” selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.
Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.
Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008 , beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. “..merupakan pendakwah Islam”, menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.
Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya menjadikan Aboutreika sebagai teladan. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.
Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!
Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.
Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.
Dan bagi saya..lupakanlah artis-artis pujaan anda semua terutamanya artis-artis Amerika yang cuba menjajah fikiran anda..jadikan insan seperti Mohamed Aboutreika sebagi idola kita semua dan moga-moga kita mendapat kekuatan seperti beliau.
5 comments:
salam kak yatie. Saya antara peminat novel2 kak yati. Suka baca cerita2 akak.
Semoga umat2 Islam yg lain pun akan seperti Aboutreika.
saya peminat fanatik akak!!!!!
tahniah dan selamat berkarya!!
betul2..saya setuju 100 %
Salam Kak Yati...
saya dah tengok web kat atas ni...
apa motif si pengirim ni? dahlah main pakai nama anon jer... sungguh tak bertanggungjawab.
Salam ain dan idzha.berjuta2 terima kasih ya..
hanaahdmad..ya kita perlu menyokong orang seperti MA ini
Neen..akak kalau dia orang pakai anonymous ini akak memang tak kuasa nak layan..
Post a Comment