Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, January 30, 2009

MERANCANG KEHIDUPAN DIAKHIRAT

Semalam ketika menonton telivisyen bersama pembantu rumah saya Sri, saya mendengar seorang ustaz berkata.
“Kita selalu merancang kehidupan di dunia. Tetapi kita tidak pernah merancang kehidupan di akhirat. Kita beli saham, kita menyimpan untuk hidup di dunia ini. Kita beli hartanah untuk masa depan. Tapi pernahkah kita merancang untuk membeli saham di akhirat nanti?”
Tersentap saya mendengar kata-kata ustaz tersebut. Kata-kata tersebut seperti menyindir saya sahaja. Ya..saya teringat sudah berapa banyak simpanan yang saya ada, untuk saya suami isteri dan untuk anak. Berapa banyak saham yang saya ada. Walau tidak banyak pun saya setiap bulan akan memastikan memasukkan sejumlah kecil wang kedalam ASB dan juga ke dalam simpanan anak.
“Pernah tak kita kira berapa simpanan yang kita ada diakhirat?”
Pertanyaan itu sekali lagi menyeksakan nafas saya. Simpanan diakhirat yang dimaksudkan ustaz itu adalah amal ibadat seseorang itu.
Apakah solat fardu seseorang itu berjaga? Apakah puasa, zakat itu dipenuhi seperti yang dikehendaki oleh ALLAH.
Berapa banyakkah sedekah yang dihulurkan?
Aduhai..mengira dalam kepala, saya seperti waham dengan diri saya sendiri. Solat saya..Alhamdulilah walaupun tidak pernah ditinggalkan sekarang ini tetapi kadangkala bila terlalu mengejar kerja, solat pun dipenghujung waktu. Puasa saya memang saya amat pasti tidak pernah tertinggal dan diganti dengan segera.
Tetapi apakah puasa saya memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh ALLAH. Apakah solat saya diterima dan ada ganjarannya?
Sedekah saya apakah mencukupi? Aduh..Aduh.
Dan malam itu sebelum tidur saya terkebil-kebil dan berfikir sendirian. Bagaimana saya mahu merancang kehidupan saya diakhirat nanti? Apakah cukup simpanan saya diakhirat apabila satu masa nanti saya dipanggil menghadap tuhan?

2 comments:

ain said...

salam Kak NB..Entry ini satu hakikat yg terjadi dlm hidup kita. saya juga tiada membuat perancangan terperinci untuk akhirat. Lalai dan mungkin sgt menitik beratkan hal duniawi. selalu juga tertanya apakah ibadah harian saya betul2 berkualiti atau setakat memenuhi kewajipan. Semoga selps ini, kesedaran akan terus bertapak dihati kita untuk mengimbangi kehendak dunia dan lbh penting bekalan akhirat.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Salam kak...
Memang benar bak kata Ustaz tu.. kita sering lupa untuk mengadakan persiapan kembali ke 'sana'.
Teringat dulu dalam satu ceramah Pak Yazid.. dia kata orang selalu cakap 50-50...(maksudnya seimbangkan dunia dan akhirat) tp kenapa kalau kita beli rumah 50 ribu, berat benar kita nak masuk dalam tabung surau 50 ribu@5ribu@500@50 hatta 5 ringgit..
50 ringgit terasa besar bila nak masuk dalam tabung masjid tapi terasa kecik je klu shopping.
Dan kata ustaz/zah lagi.. kita ni selalu sedih kalau anak tak cemerlang dalam pelajaran atau tak berjaya tp tak kisah pun kalau anak tak solat.
Dan kata sorang ustazah lagi.. kita sentiasa berdoa untuk anak berjaya, dimurahkan rezeki dan sebagainya tapi lupa nak doakan diri kita dan anak2 dan keturunan kita menjadi golongan yang mendirikan solat dan cintakan agama...kesimpulannya takde perancangan untuk kehidupan akhirat! Tu lah sedikit yang dapat dikongsi bersama, untuk ingatan diri sendiri dan kalau sudi untuk sekalian saudara seagama.