Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, January 16, 2009

MEMENUHI MASA DI WAKTU TEPU

Bila membaca blog-blog penulis lain yang saya kunjungi, semua mengatakan mereka begitu sibuk sekali. Saya faham..penulis memang sentiasa sibuk. Tetapi saya? Tidaklah terlalu sibuk sangat pun. Pukul 4 pagi saya bangun, membaca semua suratkhabar online termasuklah murai.com dengan mangga online selama sejam. Kemudian barulah memulakan penulisan. Pukul 6 berhenti bersolat dan mengaji. Menyambung penulisan semula sehingga pukul 8 sambil menjenguk pokok bunga atau membuat sedikit senaman. Kalau ada buku penulis baru yang perlu saya semak editingnya, saya akan semak. Walau saya mempunyai dua orang editor, kadangkala sebagai manusia mereka terlepas pandang. Sebolehnya sekarang kami cuba melakukan sebaik mungkin apabila melibatkan editing. Pukul 10 saya akan membuat sarapan dan kemudian meneruskan penulisan dan pukul 12 sehingga pukul 4 adalah waktu saya berehat. Waktu tepu di mana saya tidak boleh menulis pada waktu itu.Mungkin otak saya sudah penat. Kadangkala waktu ini juga saya ke pejabat. Menyelesaikan beberapa perkara.

Adunan biskut sarang semut yang sudah siap di sagat.

Dan semalam saya teringat. Tahun baru cina sudah makin menghampiri. Saya berfikir apa yang perlu saya bagi jiran-jiran cina saya di sebelah menyebelah rumah. Nah ini dia..biskut sarang semut yang tidak ada semut..yang saya buat di waktu tepu saya!


Biskut sarang semut yang sudah siap dibakar. Dapatlah 4 balang semalam. Saya agih2kan pada jiran yang menyambut tahun baru cina. Sebalang kecil Qaisara hantar sendiri kepada Teacher atau cikgu2 tadika yang berada di belakang rumah saya. Cikgu2 tadika itu sering mengoda Qaisara supaya bersekolah di situ he.he.he tapi Qaisara cuma suka datang ke sekolah itu pada pukul 5 petang!

6 comments:

Madam Casper said...

sedapnya biskut tu...mesti lepas dr kuar oven tu wangi jer bau dia kan???

Marzalina said...

kak NB..nak skit kueh tu..huhu..hehe..gurau jer :)rajin betul kak ni..menulis lagi, ke pejabat lagi, nak tgk anak lagi..pun sempat buat kueh lagi..kalau intan alahai..hehehe

Anonymous said...

salam kak yati...
tengok biskut tu ingat la masa tolong mak buat time nak raya, ada la 2-3 orang pembantu...tapi sekarang saya sorang je dengan mak jadi tak buat dah..pembantu dah sekolah menengah, balik raya lagi 2-3 hari nak raya mana dan nak buat..tapi best kan buat biskut sarang semut ni..:-)

dhan said...

salam kak yati
cam dah lama xjengah blog k.yati ni..
sedapnye kuih... sempat lagi buat kuih dlm sibuk2 tuh

bestnye said...

salam kak yati..sihat? saya suke biskut sarang semut tu...

SueSani said...

Wah!, sedapnya, Biskut kegemaranku.. Cik ati, meh hantar sikit kat org yg jauh di Utara nie. hihihi