Bonsai antara pokok yang paling saya sayang. Ada beberapa pasu..tapi yang ini akarnya saya suka dan juga pasunya.
Pokok Azalea. Baru sahaja saya beli beberapa minggu yang lalu. Tanahnya perlu ditukar kepada tanah sabut kelapa dan dicampur dengan natrium untuk menghasilkan bunga yang cantik begini. Kalau penjagaannya betul, ianya akan terus-terusan berbunga sepanjang tahun.
Saya tak beli pun pokok cili ini. Gambar ini saya ambil di nursery di Flora Cheras batu 11, perhatikan betul-betul. ada warna putih, merah dan unggu. Chili ini memang pedas..mengalahkan cili padi kampung.
Bunga rose dua warna ini memang cantik. Tetapi cukup laku sehingga sesiapa yang mahukan pokok ini terpaksa menempah. Saya sudah membuat tempahan tetapi tidak tahu bila akan dapat.
10 comments:
Salam kak NB...cantiknya bunga2 akak ye. Bonsai akak pun cantik. Pokok2 kat umah saya susah nak bertahan lama. Baru sebulan beli..dah kiok. Tak tahu lah apa salahnya. Kdg2 jeles tengok pokok nebor2 yg gemuk2.
kak yati
pokok bunga ros dwi warna tu cantik nya. bau dia mcam mana pulak...
btw, pic yg bawah sekali tu "pokok" dia lagi menarik hahahahah...cute plak tgk si cat tu tidur dlm tu
akak,
pokok bunga ros yang kena tempah tu memang cantik..erm, dia sama macam pokok bunga ros kat cameron ke eh?
pokok yang last tu,
mungkin pokok buah mata kucing kot..hehe.. ;)
salam k.yati...
jelesnye tgk bunga2 kak yati tuh...
sblm ni memang cite2 nak tanam sayur2 kat tanah sket dpn umah sewa tuh... bile tgk bunga2 k.yati tu geram plak...
tukar plan..
dpn umah tanam bunga.. blkg umah tanam sayur hehehehehe :D
paling suka bunga yg last tuh... kalaulah anak dara saya tgk... xlamalah bunga tu kat situ ;p
Salam ain
Pokok bunga macam manusiala Ain..kena belek-belek, kena manja2kan dia..dan jangan lupa bagi dia makan dan minum. Kalau Ain.tak bagi dia makan ngan minum, bukan kata pokok, manusia pun meninggal ain..he..he.he
Salam casper
Bau dia macam pokok bunga rose biasa tapi rasanya rose kampung lagi wangi agaknya. Akak ada juga tanam ros kampung tapi bunga dia tak banyak..satu pokok 2 atau 3 kuntum aje..
kucing tu memang selalu singgah umah akak..tumpang tido ngan makan..he.he
SHE/thumbelina..salam
Rasanya kot sama, kat cameron macam2 warnakan. Tetapi kebanyakkan tak boleh ditanam luar daripada cameron yang ini boleh.
Kucing tu..setahun duduk dalam pasu tu mesti tak berbunga2..he.he
Salam dhan
Akak di belakang rumah ada pokok juga dhan, daun kunyit, daun limau, kacang botol, pokok misai kucing pun ada....serba sedikitla. Tetapi daun kunyitla paling sengsara.sebab selalu dipetik..
Yelah..dhan budak2 mesti suka picit2 kucing ni..he.he
Mama iejay ada tanam few pokok depan dan belakang rumah (mama aja yg tangan sejuk...anak dia ni tangan keras hehehe....) tapi yg paling dia tension ialah pokok daun limau purut boleh pula digigit tikus sampai gondol...
salam Yati...
nak kongsi cite ni..
dulu lah mase sye gadis lglah..hehe
ibu sye ade tanam pokok bunga ros,ade yg bli jugak..ade yg tukar2 ngan kwn..macam2 warna..
nak jd citenya..
mak sye kumpul pokok tu setempat..
ada warna merah terang, ade warna pink, ade warna pic..
lepas habis bunga tu lame kemudian sume pokok2 tu kuar bunga warna merah terang je,,
jd x de pun yg kuar warna pink, warna pic..
org kte sbb kumbg da kawinkan pokok2 tu jd kaki dia yg hinggap kat bunga tu sume sebarkan benih yg warne merah..
smpi skrg sye x tau ngape jd cam tu..hehehe
Post a Comment