Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, January 9, 2009

IMAM VS AYAT-AYAT CINTA

Kalau pembaca blog ini tidak pernah kenal novel Imam. Inilah novelnya. Novel yang saya rasa antara novel yang terbaik pernah saya baca.

“Kau dah pernah baca naskah Imam?”
Tanya seorang teman saya pada satu hari. Saya menganggukkan kepalanya. Imam adalah naskah yang paling saya suka dan paling saya sayang daripada penulis tersohor SN Abdullah Hussin. Dari novel itu saya banyak belajar dan seingat saya sudah berkali-kali saya membacanya. Di mana saya merasakan di dalam naskah Imam, seorang imam telah diletakkan di tempat yang cukup wajar dan sempurna. Bukan macam imam yang sering dipaparkan dalam drama telivisyen. Gatal, miang dan tidak boleh dipercayai. Bahkan Haji Mihad imam yang digambarkan di dalam Imam adalah seorang yang cukup tenang dan lemah lembut. Cuba membawa pembahruan dalam masyarkat melayu menerusi jawatan imamnya walaupun mendapat banyak tentangan.
“Kau dah baca ayat-ayat cinta?”
Tanya sahabat saya. Saya terdiam seketika. Memang saya telah cuba membaca naskah ayat-ayat cinta. Tetapi hanya separuh jalan kerana gantinama ‘aku’ yang membantutkan pembacaan saya.
“Aku dah baca tapi separuh jalan…” saya menyeringai lebar.
Saya memang bercadang mahu membeli buku tersebut dan membelek-beleknya di kedai buku. Tetapi disebabkan penulis menggunakan perkataan ‘aku’. Saya jadi terencat untuk membacanya.
“Asal kau cemburu kerana novel itu popular dari buku kau?” kawan saya seakan mengejek, saya hanya ketawa. Besar. Ishh..dia ni ada-ada sahaja.
“Kau baca dan buat perbandingan, dengan buku kau. Dengan Imam..”
Beritahu kawan saya sambil menghulurkan sebuah naskah dari dalam begnya. Percuma dan diberikan kepada saya kerana dia tidak mahukan lagi buku tersebut.
“Aku bagi kau masa tiga hari, habiskan dan komen..”
Aduhai…saya terkebil-kebil. Arahan sahabat saya seperti mencekik batang leher saya. Bukan saya tidak suka membaca novel. Saya suka tetapi saya benar-benar tidak suka kalau penulis menggunakan perkataan ‘aku’. Seolah-olah penulis mengambarkan dirinyalah di dalamnya novel tersebut. Tidak kisahlah buku sesiapa pun. Memang saya tidak suka. Itu kelemahan yang terpaksa saya akui dengan sewajarnya.
Saya hanya sempat membaca Ayat-ayat cinta beberapa minggu kemudian. Baca berhenti dan cuba menghapuskan fikiran jahat saya mengenai ‘aku’ itu.
“Naskah Iman dengan ayat-ayat cinta mana lebih baik?”
Sahabat saya itu datang terjengul ketika saya berada di pejabat.
“Sudah tentu aku menyukai Imam..” saya menjawab sejujur mungkin.
Mungkin sudah bertahun-tahun kepala saya sukakan Imam dan Ayat-Ayat Cinta sudah tidak dapat memasuki ruang kepala saya.
“Memang naskah Imam jauh lebih baik daripada Ayat-ayat Cinta. Tetapi kenapa generasi muda tergila-gilakan Ayat-ayat Cinta aku sungguh tidak faham. Apakah ini hanya satu ikutan ..”
“Kau tidak boleh bandingkan Imam dengan Ayat-Ayat Cinta. Imam di tulis oleh seorang pengarang tersohor yang lebih menitik beratkan kualiti daripada pasaran komersial. Ayat-ayat Cinta ditulis seorang penulis yang beberapa tahun duduk di luar negara, menulis mungkin untuk berdakwa dengan cara orang muda. Mediumnya Cinta!. Cara mereka berlainan. Kelompak pembaca juga berlainan. Bahkan naskah Ayat-ayat Cinta mengikut selera pembaca muda zaman kini. Imam ditulis kerana tanggungjawab memertabatkan bahasa dan agama. Menyedarkan masyarakat kita betapa pentinganya rasa kasih sesama insan. Bukannya rasa kasih berlainan jantina”
Saya meningkah.
“Aku tidak begitu puas hati dengan buku Ayat-Ayat cinta ini. Dengar…ketika Maria terkedang sakit. Lalu Fahri datang…berbisik di telinga Maria.
“Maria, bangunlah Maria. Jika kau mati aku akan ikut mati. Bagaimana seorang yang kononnya kuat beragama boleh berkata begitu. Seolah-olah dia akan membunuh dirinya kalau Maria itu akan mati”
Sahabat saya ini memang teliti orangnya. Dulu-dulu kalau dia menghentam dan memberi komen buku saya, memang seram sejuk jadinya. Namun komen dan hentaman itu benar-benar membantu saya menjadi seorang yang sentiasa peka ketika menulis.
“Ungkapan tersebut hanya ungkapan seorang lelaki untuk memberi semangat pada perempuan..” saya berkata perlahan apabila melihat wajah sahabat saya beria-ia.
“Bagi aku cinta di dalam Ayat-ayat Cinta adalah satu cinta yang cukup klise. Si hero membisikkan kata cinta dan seperempuan yang sakit akan bangun dan terpesona. Bahkan bagaimana si lelaki boleh mengatakan cintanya pada Maria sedangkan dengan isterinya Aishah dia terlalu cinta. Bukankah berbohong namanya…”
Saya terkebil-kebil mendengar leteran sahabat saya.
"Bukankah Ayat-Ayat Cinta memertabatkan wanita juga dengan mengambarkan betapa baiknya dan ikhlasnya Aishah.."
"Ha..ha.ha..itulah kau. terpengaruh dengan propaganda lelaki yang mahu berkahwin lebih! Perempuan dapat payung emas kalau suami berkahwin lain! Ada ke? Carikan aku hadisnya? Beritahu aku perempuan mana sudah mendapat payung emas. Ada ke dalam Al-Quran?"
Kalau bab Al-Quran, Hadis. Memang saya kalah. Sahabat saya ini ilmunya lebih tinggi daripada saya. Saya menyerah.. Dia boleh menghafal Al-Quran. Saya menghafal Yassin pun sekerat jalan.
“Aku suka membaca pengalaman penulis di Mesir, banyak perkara yang tidak aku tahu aku dapat tahu dalam buku tersebut…” saya menjawab perlahan. Memang kisah-kisah di Mesirlah yang banyak mengubat hati saya ketika membaca Ayat-ayat cinta.
Sebagai penulis sebenarnya saya tidak suka mencari kesilapan penulis lain. Bagi saya semua buku baik dan bagus. Cuma kesilapan Ayat-Ayat Cinta bagi saya, dia menggunakan ‘aku’. .
“Aik..bukankah boyfriend kau dulu orang Mesir. Kau dah tahu banyak perkara pasal Mesir.” Celupar sahaja mulut sahabat saya bertanya. Pantas sahaja saya menepuk mulutnya. Kami sama-sama ketawa kerana sahabat saya itu sudah cuba membabitkan kehidupan peribadi saya di zaman lampau.
“Bagi aku Ayat-ayat Cinta tidak banyak bezanya daripada penulis Malaysia yang lain. Bahkan naskah Imam lebih baik daripada Ayat-Ayat Cinta yang hanya mahu mengangkat penulis..mengambarkan dirinya seorang yang cukup sempurna. Kalau tidak kenapa dia menggunakan perkataan aku. Ramai penulis di Malaysia yang dapat menulis dengan lebih baik. Aku rasa kau pun.bla..bla..bla..…”
“Dahlah jangan membebel. Aku tengah siapkan buku penulis muda NB Kara. Nanti kau jangan lupa beli. Hujung bulan ni Lagu Cinta, lambat sikit sebab baru jumpa printer baru. Dan bulan depan Viva Sakura…”
“Viva Sakura! Sakura ni immortal ke..setahu aku Sakura dua minggu aje setahun..”
Sahabat saya itu ketawa berderai-derai. Syukur sahabat saya mengerti apa maknanya Viva (dalam bahasa spain atau italy, panjang umur ataupun salute!)
Ahh..orang yang banyak membaca seperti sahabat saya Azimah ini memang banyak tahu semua perkara!
Dan saya termenung ketika Azimah meminta izin pulang. Buku yang baik sebenarnya susah untuk menang di hati pembaca.

10 comments:

Marzalina said...

lepas ni intan nak gi cari novel Imam ni pulak..pastu nak buatkan perbandingan..hehe...intan mmg suka mmbaca...apapun thanks for the info kak NB..sebelum ni, masa intan baca ayat-ayat cinta...intan mmg suka..sebab ada banyak ilmu yg dikutip dr novel tu..terutama ayat-ayat Quran dan maksudnya...dan ceritanya agak romantis..tetapi mmg betul bila sampai di bab fahri melafazkan cinta kpd maria..intan kurang suka....sebab mana mungkin dia dapat jatuh cinta dengan maria dengan secepat itu...tapi..bab yang paling intan suka ialah masa dia dalam penjara...pengajaran tu yang paling pentingkan...:)but overall intan suka novel tu...

Anonymous said...

Salam Kak...

Pertama kalinya bila tgk buku imam kat n3 baru akak ni..hati Jue terdetik jap..baru bulan lepas dlm sibuk membelek khazanah FIL kat umah tu jue terjumpa buku imam..bukak n baca page pertama je..terus panjang ke page 5(xla pjg sgt..tapi duk mgemas tu leh lak lalai baca jap)...tak pikir panjang terus ckp kat hubby.."nnti bagi tahu abah i nk pinjam buku ni.." Tapi sampai skrg tak sambung baca lagi dr stop kat page tu..bila tgk akak view kat sini...tak sabar2 nk baca sampai habis..

Dan ayat-ayat cinta pun ada beli..bulan lepas..dan tak sempat habis baca gak..hehe (beli buku je pandai...nk habiskan tak sempat2)baru sampai kat page dorg bdebat dlm train...

Huhu..ada terselit gak dihujung n3 ni...dgn tiba2 je 'glup..' ttelan angin...berdebar2..takut...tak lena tidur pun ada gak..Mampukah bdepan dengan kritikan nnti...huhuhu..

Anonymous said...

buku imam pernah belek2 kat perpustakaan dulu... tapi tak tergerak hati pula nak pinjam dan baca...

buku ayat2 cinta tu pula dah dari tahun lepas (ke tahun 2007 ek?) beli... tapi tak tebaca2... nak buka plastik pembalut tu pun tak terbuka-buka lagi... hahaha... last-last sekarang ni dah masuk dalam kotak buku2 yang nak dijual semula aja...


iejay ni lebih kurang kes macam jue kata kat atas ni, beli buku aja pandai, dengar aja ada buku baru di pasaran tak menyempat-nyempat nak beli... tapi bab nak habiskan baca, lembab macam kura2...hehehe


Dulu pernah ada makhluk yg entah mana datangnya comment dekat blog dimana dia bandingkan LC dgn ayat2 cinta...katanya LC tak ada unsur islamic mcm ayat2 cinta... mcm nak menangis rasanya, nak menghabiskan cerita tu pun rasa down aja... nasib ada banyak kawan2 bloggers yg sangat baik hati tolong defend iejay.


dan bila tahu dlm ayat-ayat cinta itu 'si fahri itu tidaklah se-alim mana', iejay mula sedar yg setiap penulis ada kelemahan dan kekuatan sendiri dan semuanya bergantung pada pembaca sama ada suka atau tak pada karya mereka itu... macam ayat-ayat cinta yang sudah ditakdirkan banyak org suka sehingga jadi satu fenomena...

p/s berdebar2 juga tunggu org komen...huhuhu

Zila said...

Dah baca kedua2 buku. I think IMAM is much more better than AAC. Cuma AAC byk cerita pengalaman penulis semasa belajar di Mekah. Saya kurang suka Fahri digambarkan macam Lelaki Melayu Terakhir...so perfect. Kalau nak tulis buku/novel janganlah menggambarkan hero/in dlm buku itu terlalu perfect sbb rasa mcm melampau sangat. IMAM lebih byk pengajaran tapi IMAM satu novel yg berat dan bukan semua orang boleh membacanya dengan cepat. Perlu teliti banyak kali...memang amat berbeza dengan novel2 cinta yang byk di pasaran.

Anonymous said...

saye baru nak plan bli aac 23hb ni kat kl

DianaTakyuddin said...

bce n3 ni tetibe nk bli dua2 novel ni..AAC tu da byk kli tgk tp smpai skunk xde perasaan nk bli..huhu
IMAM lak xpnh jumper lg tp blik nnt nk cri smpai jumper..hehe

Anonymous said...

Salam...
saya pun dah pernah baca novel imam ni. Betullah, kalau nak dibandingkan ayat2 cinta ngan IMAM, sy lebih suke IMAM... Jauh bezanya ngan ayat2 cinta. Mungkin remaja skrg lebih suka ayat2 cinta sbb tu cerita cinta kot... Melalui novel IMAM, sy bljr byk perkara. Tp, ssh gak nk cari buku tu skrg kt cnie. Nsb baek, ayh sy dah beli masa buku tu br keluar dulu2 lagi...

kucc_aprilsnow said...

dah bc IMAM, lama dulu..tak pasti tahun bila..yang dpt dipastikan, novel garapan AH ini mmg ummphhh!!...dlm IMAM, AH mengangkat satu dr ribuan kisah sebegini utk teladan dan sempadan kita sebagai anggota masykt...

AAC dah bc...so so laa,sy lebih gemarkan KTB 1&2 kerna didalamnya falsafah kehidupan yang dipaparkan lebih realistik...

sayangibu said...

Tadi baca N3 kak yati, terus saya ke kedai buku utk cari novel IMAM..sayangnya tak ada. Pun tak berputus asa, singgah pula di perpustakaan awam..carik punya carik, Alhamdulillah jumpa. Terus saya jadik ahli utk membolehkan saya meminjam buku tersebut. Dan sekarang akan berusaha membacanya untuk membuat perbandingan. AAC merupaka novel berunsurkan islamik+cinta pertama yang saya baca. So far, tertarik dengan keindahan jalan ceritanya..namun bersetuju ada sedikit kegoyahan pada watak Fahry. Namun saya sukakan kelainan novel ini...

Anonymous said...

Salam, selepas membaca n3 yati, teringin pulak saya mencari novel IMAM tapi tempat tinggal saya ni jauh dari bandar. So kena tunggulah saya ke Ipoh atau KL, baru boleh cari. Saya memang suka membaca. Semua novel yati saya baca. AAC? Saya pernah lihat filemnya di Astro. Hmm... nantilah bila saya dapat buku IMAM baru saya buat perbandingan..