Yesterday was just incredibly stressful and exhausting! I had a very bad day on the wrong day!
Memang teruk sungguh-sungguh. Mendapat tahu seseorang melobi kepada penulis-penulis saya supaya menghantar manuskrip kepada penerbit lain membuat saya tersentap. Bahkan bukan sahaja melobi tetapi memburuk-burukan syarikat saya. Seseorang yang saya tolong walaupun tulisannya tidaklah secantik manapun. Saya benar-benar tidak kisah kalau penulis saya mahu menulis ke tempat lain. Menulislah. Saya tidak menghalang kreativiti penulis saya ini. Saya biarkan mereka menulis kerana idea kadangkala seperti air mengalir tidak perlu disekat. Memang saya selalu saya berbual dengan Nora Ismail. Kau ada bakat, menulislah. Kau hantarlah kepada penerbit dimana yang dapat menerbitkan karya kau. Kami tidak akan menahan kau, kalau kau tidak suka dengan NB Kara hantarlah ke berapa syarikat yang dapat menerbitkan karya kau. Begitu juga dengan Kak Zara. Selalu saya cakap dengan Kak Zara, akak menulislah tempat lain kalau akak mahu. Tetapi Kak Zara enggan,
Tiba-tiba berita ini yang saya terima. Kata orang itu NB Kara punya bayaran ciput. Tak banyak. Penerbit gergasi lain lebih banyak. Ya..mungkin, NB Kara masih baru. Masih lagi ditahap mahu mencium-cium pasaran dan mencuri-curi masuk. Tetapi syukur, sejak buku diterbitkan sudah beberapa penulis menerima bayaran royaltinya. Kami langsung tidak makan duit penulis. Bahkan ada yang kurang kami lebih-lebihkan kerana saya juga penulis. Saya tahu betapa penulis lain perlu dihargai. Betapa titik peluh mereka memang harus dibalas. Hai..entahlah manusia. Baru menulis buku satu dua, sudah pandai mengata-gata.
Hari ini juga saya memarahi seseorang. Saya bukan jenis yang pemarah. Saya selalu memerhati dan selalu menyimpan. Tetapi hari ini memang saya sudah tidak tahan lagi. Saya tidak suka melihat orang yang terlalu sombong. Manusia walaupun daripada mana asalnya, walau apa pun bangsa dan keturunannya harus kita layan sebagai manusia. Kenapa kita harus bersikap sombong, membeza-bezakan antara satu sama lain? Kenapa kita buat acuh tidak acuh apabila orang bertanya kita? Saya tidak minta apa-apa dalam hidup ini tidak? Saya suka tengok orang menghormati antara satu sama lain, orang sayang menyayangi sebagai satu keluarga bukannya dengan mengatakan..walaupun kami satu rumah kami buat hal masing-masing. Bukankah kalau satu rumah itu harus tolong menolong. Bukankah satu rumah itu harus maaf memaafkan. Kenapa harus bermasam muka!
Memang suami memberitahu saya, pertama kali saya begitu marah sekali dengan orang lain. Pertama kali dia mendengar suara saya berleter panjang. Kata suami lagi saya sudah banyak memberi muka, sudah banyak bertoleransi. Walau orang itu selalu berbuat silap tapi saya jarang menegur. Tidak..itu bukan masalahnya. Saya tidak suka mencari silap orang, Tapi saya terpaksa. Saya mahu membetulkan keadaan. Memang saya emosional ketika itu.
Kadangkala saya terfikir, alangkah bagusnya kalau di dunia ini..saya hanya ada suami Qaisara dan keluarga saya, tetapi kemudian akal waras saya memikirkan. Saya perlukan kawan-kawan, saya perlukan orang sekeliling, saya perlukan pekerja-pekerja saya.
Saya tidak mahu orang lain bermasam-masam muka dan memang menjadi tanggungjawab saya membetulkan keadaan.
Memang selepas memarahi seseorang perasaan saya memang teruk! Tapi saya tahu, ini adalah asam garam kehidupan.

5 comments:
salam kak NB..simpati dengan apa yg akak alami tapi itulah lumrah dunia kak. Disekeliling kita banyak yg suka bermuka2, kemudian menikam kita dari belakang. Saya juga pernah mengalaminya, nasib ada suami dan anak2 yang selalu buat saya ketawa.
p/s..Wish you a better day tdy..
salam k.yati...
sabar ye.. kengkadang xsemua yg kita impikan akan berjalan dengan lancar... setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmahnye. Allah sentiasa melindungi orang yg sabar.
xsemua orang suka melihat kegembiraan, ketenangan dan kejayaan kita.
I wish u all the besh... :)
Take Care...
alamak... nama saya disebut di sini yaa... patut aa tersedak-sedak... :D
hmm... saya nak komen tentang melobi tu... orang mcm tu kene ingat hukum karma...
budi yang baik dibalas baik...yang jahat? pandai2 tanggung apa yang diorang dah buat...
tu je, sekian.... terima kasih... hehe
salam ain..thanks manusia memang begitulah..cuma kita harus berhati2 dan berdoa supaya dihindarkan segala fitnah...AMIN
Dhan..thanks..yelah manusia ni susah nak cakapkan, memang kita perlu sabar bnyk2 dalam idup ini..
Nora..kita ni sikit lebih kurang aje..asyik kena terror aik..keh..keh...tak apa..sabar2
sabar kak yati... biarkan je orang tu, hari ni hari dia, esok hari kita, hidup ini bagaikan roda... dia buat pada kita hari ini, entah esok lusa jadi pada diri dia. Harap orang tu cepat2 minta maaf dan bertaubat, rezeki tu datang dari Allah, kita kena ingat sentiasa... Walau apa kita buat kalau tak berkat, tak kemana jua..
Post a Comment