Aduh malas betul nak update blog. Karang bila saya tulis fasal Qaisara ada pula cakap saya nak promote anak dan suami. Tapi itu yang saya ada, kalau promosi tak datang dari saya, dari siapa pulakan? Ha ha..
Tapi hari ini nak cerita juga fasal Qaisara.
Malam tadi babanya bercerita di atas katil dengannya. Suami ini memang suka bercerita, perkara merepek masa kecil yang selalu dibuatnya. Malam tadi saya sempat dengar suami bercerita dia berenang di kolam yang dipenuhi alga yang memang ditanam untuk dijual. Cerita suami dia terjun ke kolam tersebut dan bila mahu berenang. kaki dan tangannya tidak boleh bergerak kerana tersangkut dengan alga yang banyak. Menyebabkan tuan kolam marah bukan main dan terpaksa menyelamatkan dia. Saya dengar Qaisara ketawa terbahak-bahak. Tidak lama kemudian saya turun ke bawah untuk membuatkan Qaisara susu. Bila saya naik ke atas, suami sudah tidak ada. Tetapi saya melihat Qaisara menutup hidungnya. Pada mulanya saya tak kisahlah, tetapi bila terus-terusan dia menutup hidungnya pelik juga saya.
"Kenapa Ta, busuk ke umi tak?"
"Taklah umi, baba cerita, emak baba dahulu cakap kalau malam-malam ketawa besar, syaitan akan kentutkan lubang hidung kita. Sebab itu Teta tutup jangan syaitan masuk dan kentutkan hidung Teta.."
Ya ALLAH, suami bertuah! Sudah berkata begitu dengan anak. Ditinggal anak tanpa jalan penyelesaian.
Saya kemudian ajak Qaisara berbaring dan kami baca ayat Kursi dan 3 kul sama-sama. Saya beritahu Qaisara kalau kita sentiasa baca ayat Al Quran syaitan, tua muda, semua lari lintang pukang. Begitu gembira dia mendengarnya dan barulah jari jemarinya melepaskan hidungnya sendiri. ha ha ha
6 comments:
sy suke bace cite psl qaisara, update la selalu. qaisara yg bijak n cantik :)
adui lawak betui cik ta ni,....suka baca kisah anak k.yati ni...
As salam..saya pun suka baca pasal teta..:))
hahah.. suka benor pak senyit mengenakan teta yer.. lucu sungguh..
cerita ajer lah kak.. kalo kak ade anak 10 pastilah berselang seli kesah tiap sorng.. ini teta sorang jer permata hati kak..
saya tak jemu membaca kisah teta..:)
cute la teta ni hehe...
Post a Comment