Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 5, 2012

KEMBALI SEMULA KE TERATAK RAHMAT

Alhamdulilah dengan izin ALLAH, kami sampai semula ke Teratak Rahmat untuk menyampaikan sedikit sumbangan untuk anak-anak bersekolah. Selama sebulan kami berjaya mengumpul lebih kurang RM8820 untuk anak-anak. Walau target kami mahu mengumpul sebanyak RM24,000. Tetapi tidak mengapa, kami akan usahakan lagi tidak lama lagi.

Kumpulan kami sangat kecil tapi Alhamdulilah dengan niat  yang baik, perjalanan kami dipermudahkan.

Kedatangan kami di sambut oleh anak-anak teratak Rahmat.

Sedikit penganan juadah untuk anak-anak ini.

Nurul warden asrama dan juga ibu kepada anak-anak di Teratak ini.

Pak Seyit juga turut memberikan sokongan dan sangat seronok berada di Perlis.

Ini anak-anak perempuan yang berlindung di sini.

Setiausaha kami Kusyi Hirdan memberikan sedikit ucapan kepada anak-anak Teratak.


Derma ikhlas yang diberikan teman-teman dan sudah selamat sampai ke tangan si penerima. Terima kasih banyak-banyak sahabat yang menderma. Didoakan kalian semua dipermudahkan segala urusan dan sayang semua...

Kami kemudian melawat perpustakaan yang projeknya diusahakan oleh drbubbles atau Iskandar Syah Ismail. Kami mengambil peluang merasmikan sekali lagi. (ha ha ha perasan)


Sedang mendengar cerita Mak Wan (ibu kepada pelakon Intan Ladyana). Di belakangnya Dr Hazman, lelaki bujang yang banyak menghabiskan wang ringgit dan tenaga di Teratak tersebut. Saya sangat kagum!

Khusyuk mendengar mengenai perjalanan perpustakaan yang sangat cantik dan kemas ini.

Selepas melawat perpustakaan, anak-anak teratak ini mengadakan sedikit persembahan. Kisah seorang lelaki yang menyerahkan segala hartanya untuk ke jalan kebajikan. Alangkah bagusnya kalau saya mampu melakukan begitu.

Sempat kami bergambar beramai-ramai.

Selepas melihat persembahan, sedikit makanan untuk menjamu selera..

Sedih melihat anak-anak yang menikmati KFC dengan sangat berselera. KFC ini sumbangan salah seorang penderma yang berhajat sangat untuk melihat anak-anak ini makan KFC.

Anak-anak ini menunjukkan jam kiriman seorang pelakon tanah air iaitu Irma Hasmie.

Kedatangan kami kali ini tampak lebih dekat di hati. Sempat berbual dengan Mak Wan dan Dr Hazman mengenai anak-anak di sini. Di hati sangat sedih mengenangkan anak-anak yang kebanyakkannya hilang ibu atau bapa. Kerap kali saya berangan untuk membuka pusat seperti ini tetapi saya tahu, saya masih belum mempunyai kekuataan yang antap untuk melakukkan. Apa yang saya dapat lakukan hanya membantu apa yang terdaya.

Berharap kami akan datang lagi....

4 comments:

Leeza said...

Alhamdulilah...semoga anak-anak ini akan berjaya dalam hidup . Moga lebih ramai lagi dermawan akan tampil menghulurkan bantuan. Saya tetap sokong usaha Grup Ukhuwah...moga terus berkhidmat dengan sukses. Tahniah kawan-kawan.

genuine1224 said...

tahniah atas usaha murni akak! bukan senang nak buat smua ni

Madam Casper said...

Tahniah kak yati....kalau panjang umur for the next project teringin nak join. InsyaAllah.

Unknown said...

tahniah kak... menitis pulak air mata baca n3 nih...

di hazman tu rasa mcm biasa tgk muka dia.. dia ade blog tak???

bila tgk anak2 tu berselera makan kfc.. teringat kesah tahun lepas, anak2 saya dpt makan kfc.. makan mcm org jakun.. la ni dah tak brp minta kfc dah.. selalu puji, ibu masak lagi sedap.. apa2 pun terima kasih kak..