Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, December 19, 2011

JANGAN CAKAP 'JUGAK'

Semalam saya bawa Qaisara ke Desa Water park. Seronok dia bukan main lagi. Pukul 10 pagi kami sudah tercongok di hadapan Desa Water Park itu. Orang punyalah ramai. Rupanya ada beberapa syarikat mengadakan family day. Aduh..mereka ini. Tahu,cuti sekolah orang ramai, mengapa dibuat family day? Tak faham sungguh saya. Chewah..chewah..macam Desa Waterpark tu saya punyakan. Boleh membebel lagi saya. Ha ha ha ha

Muka mak cik Teta dah macam udang kena bakar pun tak mahu balik lagi...

Pukul 10 dah tercegat depan pintu masuk Desa Water Park bersama adik saya Nurul 


Pukul 3 kami balik. Qaisara yang sangat seronok macam tidak mahu balik sahaja. Bila malam dia beritahu saya yang dia teringin mahu bawa sepupu-sepupunya di Melaka ke Desa Waterpark.
"Alah kita pergi Wonderland di Melaka sahajalah" balas saya.
"Tak mahulah umi, pujuk dia orang datang Kajanglah. Teta sukalah Desa waterpark daripada Wonderland"
Saya hanya diam sahaja. Bagi saya tidak menjadi masalah yang menjadi masalah sepupu-sepupu mereka yang harus datang ke Kajang. Siapa yang mahu membawanya?
"Umi wonderland dengan Desa waterpark mana okay?"
"Dua-dua okay sayang"
"Alah pilihlah satu. Teta suka Desa waterpark.."
Balas Qaisara, matanya mengkilat merenung wajah saya.
"Hmm..Desa water park pun okay jugak.."
"Umi..hu hu hu hu hu"
Tiba-tiba Qaisara menangis, macam orang dipukul. ya ALLAH apa kena budak ini?
"Kenapa pula ni?"
"Teta tak suka umi cakap 'jugak'. 'Jugak' tu macam tak bagus, macam desa waterpark tu tak best. Teta sukalah. Umi kenapa guna perkataan jugak. Tak mahu jugak, jangan cakap jugak. Juga tu makna dia tak best....."
Ha ha ha. ALLAH ALLAH budak yang terlebih pandai ini. Ada-ada sahaja tingkahnya.

'

6 comments:

Siti Aisya mzm-fc said...

kih kih..gigit jugak budak ni! macam2 keletah dia.

Eimma said...

ahahaahha.. membaca setiap hal yang berkenaan tentang teta buat ima tersenyum sorang-sorang :)

Fadhilah Maarif said...

saya pergi sabtu, kak nb pergi ahad..selisih 1 hari...hehe..kalau tak dah bertembung kat situ..

rokayah said...

hahaha... mcm aneiq saya jugak teta ni..... kita ni bukan nya terfikir sangat benda2 mcm tu kan.. nama dah budak2.. they are always beyond our expectations..

idasm said...

bagus teta ni. ingat kat sepupu2nya. mesti dia nak ramaikan geng main air kan.. bestnyer main air. bukan teta aje.. ida pun suka kak.. hehe..

Unknown said...

kak yati..
teta nak satu statement yg meyakin kan.. bijak, memang bijak..