Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, December 4, 2011

KEMBARA SARAWAK 2

Selepas merayai di bandar Sri Aman, makan durian kami singgah di Pekan Sarikei. Jalan masuknya s Bandar tersebut tidaklah besar sangat sedikit lebih kurang seperti bandar Kajang. Ketika kamu masuk ke Serikei  sedang mendung, hujan turun dengan lebatnya. Perut pula sedang memulas untuk membuang. He he he. Saya masuk satu pasaraya, kata pekerja di situ. Kedai mereka tidak ada tandas! Aikk..habis kamu membuang pergi mana? Tanya saya. Mereka menunjukkan sebuah kedai kopi, saya berlari ke kedai kopi yang ditunjukkan, malangnya .tandasnya ditutup. Tidak membenarkan orang lain masuk. Astaghfiruallah. Teruk sungguh.
Akhirnya selepas berkejar ke sana ke mari akhirnya saya jumpa satu kedai Islam, mempunyai tandas yang sangat bersih. Syukur Alhamdulilah. Natijahnya..tak ada gambar pun yang saya ambil di Bandar Serikei. Kih kih kih
Oh sebelum saya keluar dari restoran cina yang bertutup tandasnya, saya terpandangkan sepasang suami isteri melayu sedang makan di kedai tersebut. Wanitanya bertudung litup dan lelakinya Pak Haji. Di meja sebelah 4 orang lelaki bukan Islam, bertatto sedang menonggang botol arak. Jangan hairan di sini, memang ramai orang melayu begini makan di kedai cina dengan selambanya. Bahkan arak dijual secara terbuka. Kenapa ini terjadi? Kena tanyalah pemimpin Sarawak...


Kami kemudian memulakan perjalanan ke Sibu. Setiba di Sibu kami disambung dengan Plaza Tol. Kami semua gelak kerana  10 minit sebelum itu saya ada beritahu suami. Bagus sungguh jalan pan Borneo ini langsung tak ada tol. Alih-alih dihadapan kami ini, terdapat satu tol. Tol ini mungkin untuk pengguna jambatan Lanang yang mahu dengan tidak, harus menggunakan jambatan itu untuk ke Pekan Sibu.

Saya rasa bayaran tol ini sangat mahal semata-mata mahu menaiki jambatan tersebut. Motorsikal pun kena tol juga? Dahulu dengarnya mereka menyeberang menggunakan feri dan tambang untuk sebuah kereta hanya RM1 sahaja.


Ini Pintu Gerang Sibu yang berhadapan dengan hotel tempat kami tinggal. Bandar Sibu agak besar. Sempatlah saya bershopping di Parkson. Barangannya berlainan dengan Pakrson di Semenanjung, saya dan Liza Bujang sangat teruja. Saya beli kasut dua pasang yang ada potongan harga 50% ha ha.



Semasa kami tinggalkan Pekan Sibu hujan turun dengan lebatnya.. Kami yang mahu ke Bintulu telah tersesat hampir 100 kilometer..fuhhhh! Dan kembali semula ke Sarikei. Seharusnya kami tidak keluar semula dari jambatan Lanang tetapi kami keluar dari terus ke Sarikei semula. Sebenarnya tidak ada papan tanda untuk ke Bintulu di dalam Bandar Sibu, jadi kami mengagau sehingga keluar semula dari Sibu dan menunju ke Sarikei. Sudahlah begitu hujan turun dengan sangat lebat. Kami menganggap ini ujian ALLAH pada setiap pengembara seperti kami. Tanya orang ramai yang di tepi jalan semua tidak tahu dan paling menyakitkan hati, penjaga tol menunjukkan jalan keluar ke Sarikei. Tetapi kami mengambil keputusan masuk semula ke Sibu dan Liza Bujang menelefon sahabatnya.
Dengan pertolongan beliau yang melakarkan peta untuk saya keluar dari pekan Sibu ke Bintulu dalam hujan lebat, akhirnya kami mendapat jalan keluar. Pak Seyit bertanya saya.
"Itu kawan Liza?"
"Yeap"
"Kenapa dia berkawan dengan orang cina?"
"Ya ALLAH ling, habis mami belakang rumah kita tu bukan cinakah?"
ha ha ha..suami suami...


Jambatan masuk ke Mukah. Cantik tak? Ha ha

Kami kemudian memulakan perjalanan ke Mukah. Dari Sarikei ke Mukah rasanya dalam 200++ kilometer. Jalan masuk Mukah Selangau yang rasanya baru dibuat, agak elok jalannya. Dengar-dengar dahulu mahu keluar dari Mukah mengambil masa 3 jam. Sekarang hanya sejam sahaja. Melalui pembacaan saya di blog blog, satu masa dahulu jalan ke Mukah menjadi mimpi ngeri bagi orang ramai yang lalu di situ Jalan Mukah

Sepanjang perjalanan ke Selangau Mukah. Awak mendung dan hujan turun dengan lebatnya. Sempat merakam awan di perjalanan. Baru pukul 5 ketika ini.

Selepas check inidi hotel Kingwood dengan harga koprat hanya RM140 kami merehatkan badan sebentar. Bilik hotelnya besar, bersih dan harganya sangat berpatutan malam itu saya berjumpa dengan adik saya Norhayati Sulaiman yang berasal dari Kg Teh Mukah dan juga mengajar di Mukah.

Dia datang bersama emak saudaranya Cikgu Delima, Cikgu Ramlah dan adiknya yang saya lupa namanya tetapi pandai sekali membuat kek lapis. Beliau membuatkan untuk kami kek lapis cokelat dan suami saya sangat sukakannya..

Malam itu Norhayati membelanja kami makan di tepi sungai tidak jauh dari pasar Mukah. Makanannya sangat sedap. Saya suka butter prawn ini tetapi tidak dapat makan banyak kerana terpaksa mengopekkan untuk suami dan Qaisara. Kadangkala malas mahu makan, makanan laut sebab inilah. Saya kena layan satu baby besar satu baby kecil. ha ha ha

Qaisara minta sotong goreng tepung tapi bila tengok mayo yang banyak dia tidak jadi makan..ha ha


Sayur Midin yang sangat sedap. Saya makan banyak....

Umai...umainya sedap , cukup pedas tetapi kurang masam....setiap kali pergi Sarawak saya pasti makan yang ini..

Ini sup timun laut atau gamat. sedap..saya suka. 

Ayam pandan. Jenuh nak membuka daun pandan yang besar ini..ha ha tapi saya tak makan, saya bukakan untuk suami dan Qaisara.

Selamat menjamu mata ya!


4 comments:

idasm said...

umai pun ida x pernah makan kak.. hehe...

suka baca kisah kembara akak....

Malyanah Zahari said...

assalamualaikum..
auntie pergi bintulu tak??
tak teruk ke jalan sibu-bintulu??

GREENJADE said...

perghh mencabar betul journey dlm hujan ni ..

sy tak pernah mkn umai...tak pernah nak mencuba walopon dipaksa..hehehe pasni kene gak cuba lah hehehe

Unknown said...

Sibu... megimbau zaman saya darjah 1-2 di sana.. rindunya nak balik sana.. 2 tahun saya dok sana.. masih ada kawan dr zaman kecik yg masih saya bercontact2 hingga kini...