Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 15, 2011

MANA BOLEH BERCANTUM

Mak cik Teta yang berposing anggun. Ha ha ha

Semalam saya menonton sebuah drama bertajuk cerita Cinta si Kasar dan si Lembut. Macam itulah tajuknya, tapi tak perasan sangatlah. Qaisara mengamuk-gamuk mahu menonton kartun kerana katanya seharian dia tidak menonton kartun sebab berada di pejabat. Tapi saya diamkan sahaja kerana, saya bibik dan adik saya Nurul sudah menontonnya separuh.
Semalam kami berdua tidak ke pejabat, tetapi Qaisara mengikut pekerja saya ke sana dan tidak mahu balik-balik dari pejabat. Sudah pasti seharian dia tidak menonton rancangan kegemarannya seperti Sains Comot, Clever dan kartun Barbie.
Dalam mengamuk-gamuk mahu menonton rancangan kartun dia tiba-tiba bersuara.
"Apalah cerita ni, ada dua lelaki satu perempuan. Mana boleh macam tu.."
Saya dan adik saya Nurul berpandangan antara satu sama lain. Terperanjat kerana saya fikir dia tidak menonton drama yang kami tonton itu.
"Tak bercantumlah macam tu. Kalau dua lelaki atau dua perempuan barulah bercantum.."
Ha ha ha.aduh, keluar pula perkataan bercantum dari mulutnya. Mana pula dia dapat perkataan bercantum?
"Bercantum Ta?" Tanya saya. Adik saya Nurul sudah mengelengkan kepalanya. Mungkin tidak percaya yang kata-kata itu akan keluar dari mulut anak saudaranya itu.
"Yelah kalau dua lelaki, dua perempuan barulah bercantum"
Qaisara menunjukkan dua jari tangan kanan dan dua jari tangan kiri dan dirapatkannya jari tangan kanan dan kiri itu.

Ini yang dimaksudkan bercantum oleh mak cik Teta tetapi semasa entry ini dibuat mak cik Teta belum bangun dan uminya mengayakan bagaimana caranya dengan mengambil gambar sendiri. Ha ha ha

"Macam ini baru betul umi. Bercantum. Dua lelaki, dua perempuan"
Bila cerita pada suami, suami ketawa terbahak-bahak. Kata suami anak siapa yang pandai tu, kalau bukan anak dia!
Suami saya memang begitu, kalau anak dia pandai, semua mengikut dia, semua anak dia..ha ha ha

4 comments:

Liyana said...

alahai qaisara...bijak..

idasm said...

hahaha. kadang2 kita pelik mcmn dia tahu certain2 words tu kan. tp teta mmg bijak sgt...

GreenJade said...

hehe frasa subjektif ni umi...akak pong pening hehehe

ado2 aje anak dara ni...hik hik hik

ameeza77 said...

saya baru bangun dari tdur ni kak, serius saya blur2 mencari maksud Teta? bercantum maksudnya berkahwin ke?