Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 1, 2011

KENAPA SAYA TAK MAKAN TELUR PENYU

Gambar dari pak cik google

Saya memang tidak pernah makan telur penyu dan saya tidak teragak pun mahu makan telur penyu. Bahkan sesiapa yang makan telur penyu depan saya, mereka akan kena marah.
"Kenapa akak tak makan telur penyu?" Tanya Liza Bujang pada saya. Ketika itu kami dalam perjalanan ke  Sri Aman di Sarawak dari Ulu Samera, Asajaya. (Asajaya nama sekarang, nama dulu sedikit lucah. No##k. Tetapi orang di sana masih memanggil nama tersebut.)
"Kasihan aku dengan penyu tu. Susah payah dia bertelur kau ambil telur dia. Sampai dia menangis tau tak!"
"Itu dia menangis bukan sebab telurnya dicuri tetapi sebab lain."
Saya ceritakan pada Liza betapa satu masa dahulu, saya memang amat menentang orang ramai yang mencuri telur penyu sehingga penyu sudah kepupusan di muka bumi Malaysia ini. Bahkan ketika  saya masih belasan tahun, saya sangat menyokong WWF, pernah menjual kad, penanda buku, t-shirt untuk mengutip tabung WWF. Bahkan WWF pernah membuat kempen menentang telur penyu dicuri dan penyu ini pupus dari muka bumi.
Ketika Sudirman menyanyikan lagu Penyu menangis, saya selalu beritahu kawan-kawan saya. Dengar bait-bait lagu tersebut., kasihankanlah penyu itu. Walau bertahun-tahun berlalu, tetapi kepala saya tetap sudah diset. Saya tidak akan makan telur penyu.
"Pelik akak ini, telur ayam makan pula. Telur penyu pula tak makan?"
"Telur ayam mesti aku makan. Kau tengok ayam tu, lepas bertelur dia bising.Satu kampung dia beritahu, dia dah bertelur. Kerek sangat aku makanlah telurnya.."
Kah kah kah Liza Bujang ketawa terbahak-bahak. Lucu agaknya mendengar kata-kata saya.
"Kau tengok penyu, lepas bertelur dia senyap-senyap aje tutup lubang tempat dia bertelur dan pergi dari situ. Dia tidak beritahu orang pun tetapi orang jahat, pergi curi telur dia.."
Liza Bujang hanya terkedip kedip matanya, mendengar kata saya. Tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya. Tetapi entahlah yang pasti saya masih tidak tergamak untuk makan telur penyu...


4 comments:

Azian Elias said...

masa kecik2 sulu suka lah.. now kesian pulak rasanya nak makan..

ieda said...

laaa.....macam tu pulak..
saya tak la fikir macam tu tapi tak pernah makan lagi.teringin gak nak rasa.jangan marah kalau saya makan yer..

Hafimi Huzin said...

akak wat sy kesian nk makan telur penyu tp saya masih akan makan rasenye sbb sedap. tp xde la slalu sbb mmg jarang la nk beli atau buat. hee

Unknown said...

saya memang tak boleh nak makan.. sebab rupanya nyag serupa 'hingus'.. masa dok Ganu adik-beradik saya kan main syiok dpt makan telur penyu.. tp saya jer yg jd geli-geleman.. sampai la skrg ni.. x mungkin..


kak, blog personal saya tentang anak2 dah bertukar ke url ni

http://ibualiya.blogspot.com