Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, December 8, 2011

BILA BAHASA TIDAK SAMA.

Qaisara dan Puteri, walau mereka bercakap seperti ayam dan itik kerana Qaisara berbahasa melayu standard dan kadangkala berbahasa Inggeris, Puteri pula sangat pekat dengan bahasa Sarawaknya. Tetapi itu bukan halangan untuk mereka berkawan, bahkan mereka cukup rapat sekali.

Bahasa Sarawak memang berlainan sekali dengan Bahasa Melayu. Walau sudah berkali-kali ke Sarawak dan berkawan baik dengan orang Sarawak tetapi saya masih tidak dapat memahami bahasa tersebut sepenuhnya. Siang tadi ketika saya berkemas untuk pulang. Cucu saudara sahabat saya Liza Bujang, Puteri datang mencuit saya.
"Auntie nak kemeh?"
"Yeap auntie tengah berkemaslah ni.."
Sambil saya menunjukkan dia beg besar yang sedang saya kemas.
"Auntie nak kemeh.."
Sekali lagi Putri memberitahu.
"Iye Puteri aunti tengah berkemas ni, nak balik ni. Insya-ALLAH nanti kalau umur panjang aunti datang sini lagi tau.."
Putri terkebil-kebil sambil memandang wajah saya..
"Aunti nak kemeh.."
Tiba-tiba penjaga emak Liza Bujang yang duduk tidak jauh dari saya mencelah.
"Kalau nak kemeh pergilah bilik air. Jangan dikacau aunti tu.."
Saya tengok kemudian Puteri belari-lari anak ke bilik air dan saya ketawa sendiri. Rupanya si Puteri mahu membuang air kecil. Kemeh bermaksud buang air kecil di dalam bahasa Sarawak. Bila saya cerita pada  Liza Bujang, berair-air air mata mak cik itu ketawa. Ha ha ha ha.
Aduh. bila teringat aunti nak kemeh saya sendiri pun ketawa.ha ha ha..

9 comments:

Leeza said...

Bila ingat balik citer akak ini, saya ketawa gelihati....

mamaijat said...

...kah kah kah kah kah..
tumpang gelak!!!!

. said...

dekat dengan bahasa banjar.kamih.

ceksumolek's said...

hahaha.. adehh.. kalo sumi pun salah faham jgk ni..

Unknown said...

Ilove your site and follow it on facebook.
skirts for girls

Azian Elias said...

heee.. lawak lahh.. itik dgn ayam ye..tak pe nanti they can share the language..

GREENJADE said...

keh keh keh nasib baik si kecit tu tak kemeh tepi beg akak hahaha

udah macam dialek Perak tu kak...kemeh barang..hehehe

Unknown said...

hihiiii.. saya pun tumpang gelak sama kak.. saya pun dah byk lupa bahasa s'wak..

Nurfazzy said...

hahahah...tumpang gelak...geli hati baca...