Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 1, 2011

INI MANUSIA PUN ADA...

Apa perasaan anda bila anda semua mahu membuat sesuatu kebaikan dan anda dicabar?
Sudah pasti pelbagai perasaan menghantui  kita. Marah, kecewa, serba salah dan sebagainya. Ya..inilah yang berlaku dan terjadi di program menderma darah kami.
Ketika program dijalankan grup kami membuat kempen 'menderma untuk Aishah Abdullah'.  Ceritanya pernah saya masukkan di dalam blog saya satu masa dahulu. Mengunjungi rumah Aishah, melihat kehidupannya. Kami rasa sangat sedih. Cuba bayangkan dengan 6 orang anak, dia tidak boleh bekerja dan suaminya meninggalkan dia 10 tahun yang lalu dan sekarang dia menghidapi penyakit  kanser darah. Apa yang boleh dilakukannya? Kami Grup ukwah terfikir. Alangkah bagusnya kalau beliau memiliki rumah sendiri. Tidak payah membayar sewa sebanyak RM450 sebulan. Sekurang-kurang kalau terjadi pada beliau paling kurang anak-anak ada tempat berteduh. Inilah yang sedang kami usahakan. Namun ketika tiba-tiba saya mempromosi kempen ini datang seorang personaliti tv dengan angkuhnya bertanya.
"Mana awak tahu yang Aishah ni anak kepada bla bla bla" (beliau adalah anak pada salah seorang ahli sukan bukan Islam yang agak terkenal pada zaman 80an).
"Kami dah selidik.."
"Suami dia mana?" Begitu lantang sekali personaliti tv itu bersuara sehingga kedengaran semua yang berada ditempat kami duduk itu.
"Dia ditinggalkan suaminya.."
"Huh..itulah dia, awak tahu tak. Saya pernah jumpa kes orang  macam ni, ditinggalkan suami rupanya saya tanya jiran-jiran. Dia ni suami dia pun ditamparnya"
Sambil ketawa sinis personaliti itu bersuara. Untuk mengelakkan darah saya naik saya malas mahu melayan. Saya biarkan seorang kawan melayannya. Kasihan kawan saya yang menjadi mangsa terhangguk-hangguk mendengar kata-kata bongkak darinya.
Memang saya tidak nafikan, ada orang susah kerana kesusahan itu diciptanya sendiri. Mereka tidak muhasabah diri. Tetapi dalam kes Aishah saya melihat sendiri kehidupannya, kami berjumpa dengan anaknya yang sakit jantung. Rumahnya tidak mempunyai peti ais, dapurnya sangat kecil dan dia menyewakan sebuah bilik kepada sepasang suami isteri untuk menampung kos sewa rumah.
Bagi saya, janganlah kita berprasangka buruk semata-mata hanya ada satu dua kes sebegitu dan menganggap semua orang sama. Kalau sentiasa kita berprasangka sampai bila kita mahu membuat kebajikan.
Kepada personaliti TV itu, ubahlah cara pedekatan yang lebih sopan kerana anda juga membawa imej tempat anda bekerja. Mungkin yang anda cerita itu benar berlaku tapi janganlah menganggap manusia semuanya sama. (Bila saya cerita dengan kawan-kawan terdekat pantas sahaja kawan-kawan berkata. Patutlah, kerja stesen tv tu perangai depa semua sama. Bongkak dan suka mereka cerita!) 
Berdoalah semoga kita menjadi manusia yang sentiasa rendah hati..AMIN

Sebahagian ahli grup ukwah. Semoga hati kami sentiasa terbuka  untuk membuat kebaikan..


7 comments:

orochimaruNM orochimaruNM said...

~ sabau eh kak yati..setiap perkara yang baek kita buat..musti ader ujian dan dugaan..reen pecaya..kak yati tabah menghadapi sume dugaan nih.. ;)

idasm said...

klu tak mampu nk menyumbang, tak payahlah nak halang org lain nak buat kebaikan... kan kak...

shiori_LA said...

sabar la kak semoga apa yang akak usahakan berjaya....Amin

SyuQ said...

utk berbuat kebaikan pastinya akan ada kemungkaran. semua tu ujian kak utk mengajak ke arah kebaikan... semoga akak tabah menghadapi

siti zakiah hasan said...

Hmm..mcm tau siapa gerangan personaliti tv tu.. Tak pe la kak. Setiap perbuatan baik ni,mmg byk dugaan nya.. Sabarlah, Allah sentiasa bersama dengan org2 yg sabar.



Meniaga itu Amalan Sunnah

dlittlekitchen said...

sabarjela k.yati.. bukan senang nk satisfy sume orang... kita buat yg termampu.. yang penting nawaitu kita... lagipun hidup umpama roda ada masa diatas ada masa dibwah.. personaliti tu maybe x terfikir, ada masa nnt dia pon akan berada dibawah... jadi renung2kan... dan selamat beramal... :-)

GreenJade said...

sesuka hati aje me'laser' org kan kak.sian kwn kite nan sorang tu jd mangsa keadaan.

nk buat kebaikan mmg byk dugaan.moga GU makin kuat.

err kak..hapeninglah foto nih..cilok tepek kt blog saye boleh tak?hehe