Tengah saya menonton telivisyen. Suami menghantar SMS
"Mana roti saya. Puas cari tak jumpa pun?"
Alamak! Sebentar tadi saya ke pasar dan saya beli roti untuk suami. Roti itu tidak saya keluarkan dari dalam kereta yang saya bawa pergi menonton. Aduh! Masakan suami mahu menunggu sampai 2 jam baru makan. Kasihan pula dia. Fikir punya fikir, saya menekan butang telefon menghantar SMS pada kakak saya. Meminta tolong dia menghantar roti untuk suami, memandangkan suami tidak ada kereta untuk keluar pergi membeli roti.
Habis sahaja menonton, saya pulang ke rumah dan segera bertanyakan suami dia dah makan ke belum?
"Sudah, kakak you hantarkan roti pada I. You nikan betul-betul macam mafia.."
"Aik kenapa pula?" Berkerut dahi saya melihat suami yang ketawa.
"Yelah, mafia macam tulah. Dia boleh bagi arahan dari dalam panggung untuk bunuh orang ke, untuk hantar makanan ke.. you pun samalah. Dalam panggung pun boleh beri arahan orang lain hantar roti.."
Ha ha ha ha saya sudah gelak besar!

6 comments:
hahahaha...kelakar.
suami kak yati ni kelakar la :)
Kelakar lah Pak Seyit. Kalau ada citer bini2 ku gangster, pak seyit boleh lah tukar "Isteri ku Mafia".
hahhaha... lucu sungguh suami akak nih... ;)
hahaha tersengih2 baca n3 akak mafia nih.kihkihkih
kesian pak seyit...nasib baik le ada penyelamat.. :p
hahah mafia l apulak jadinya kak yati kui3x
Post a Comment