Bila anak demam, kita ibu bapa pasti risau. Begitu juga saya, sudahlah anak itu seorang. Dialah penawar dialah racun. Malam tadi Qaisara demam. Awal lagi dia sudah tidur dan kelihatan tidak bermaya. Jam 8 malam dia sudah terbaring di katil. Sekejap sekejap saya raba badan dia. Panas membahang. Sekejap sekejap saya duduk di sebelahnya, membacakan ayat Al Quran. Sebab Qaisara punya perangai kalau dia demam saya harus kena duduk di sebelahnya dan bacakan dia ayat Al Quran. Bila badannya terus membahang saya ambil tuala basah mengelapkan badannya. Walau perut saya rasa lapar tapi saya takut untuk turun ke bawah meninggalkan Qaisara. Tahulah perangai Qaisara kalau dia demam, kadangkala baba dia pun dia tidak mahu.
Pukul 10 dia muntah. Saya rasa sedikit lega. Dia kemudian melelapkan matanya semula. Dua tiga kali dia mengigau. Kadangkala dia tanya saya, kawan dia kenapa tak masuk lagi? Dada saya rasa nak pecah bila dia tanya soalan tersebut. Macam ada sesuatu aje. Pukul 12 tengah malam, tiba-tiba sahaja Qaisara menyanyi.
Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,
laa hilaastu lil Firdausi ahla,
walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah,
fahablii taubatan waghfir dzunuubii,
fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi
Aduh! Apa pula si Qaisara ni. Dada saya sudah pasti berantakan. Saya tengok dia. Dia tidur tenang sahaja lepas puas berzikir. Dalam hati doa macam-macam, rasa mahu menangis, rasa mahu meraung. Di kepala memikirkan yang bukan-bukan.
Sampai saya berdoa "Ya ALLAH ya tuhanku, janganlah kau ambil anak aku. Ini sahaja yang aku ada." Saya tahan rasa sedih yang berladung di hati walau susah untuk diempang rasa sedih saya. Pukul 1 pagi saya kejutkan Qaisara untuk minum susu. Pukul 1.30 saya berikan di ubat. Barulah dia tidur dengan nyenyak.
Pukul 4 seperti biasa saya bangun. Saya rasa seluruh badan Qaisara dengan telapak tangan saya dan Alhamdulilah sudah semakin mengurang demamnya. Saya kemudian mengelap sekali lagi badannya Pukul 6.30 dia bangun dia terus bertanya saya.
"Umi pagi ini jadi tak kita pergi piknik."
ALLAH, ALLAH anak saya seorang ni. Saling tak tumpah macam umi dia. Kalau demam ubatnya hanya berjalan. he he he
Saya selalu berdoa supaya tuhan tidak menduga saya terlalu berat dan kalau tuhan mahu mengambil nyawa saya pun biarlah Qaisara sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri.
6 comments:
Entry kali ini buat saya menangis. Agaknya beginilah perasaan mak saya semasa saya sakit malam kelmarin.sayup2 saya dengar dia mendoakan umur saya panjang.hati ibu macam tu lah kan kak.moga teta sentiasa sihat.
anak umi la katakan
teta....buat suspen umie dia ja.
assalamualaikum kak..memang sedih kan bila tengok anak sakit?dil dah merasai bila dah punya anak sendiri..semoga teta kembali sihat....(kelakarlah plak bila baca dia ajak jalan..sama cam khalish..suka jalan..hehehhe....
camne Teta arini kak? cpt2 sembuh yea Teta syayang..
* sebak sgt2 baca n3 ni kak..ntah lah sy pulak yg beremosi :(*
ya kak.. saya pun selalu riso bila anak demam sakit @ mula buat perangai pelik2, paling takut bila teringat jika nyawa saya diambil saat ini, saat anak2 masih perlukan saya...
Post a Comment