Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, March 12, 2010

JANGAN FIKIR NAK SENANG!

Semalam saya ke Sogo, mencari barang-barang untuk kawan bersalin, berkahwin dan sebagainya. Tahu sahajalah, cuti sekolah ini. Macam-macam majlis yang harus saya hadirii. Tetapi kena balik kampung dahulu sebelum berpesat buku. Untuk restu keluarga sebelum berjualan.
Saya bertemu dengan sahabat lama, di tempat kerja lama saya. Kami rancak bercerita. Beliau memberitahu saya mengenai seorang sahabat kami.
“Suami dia nak kahwin lain tau!”
Saya terkedu mendengarnya. Saya terbayangkan sahabat saya ini. Biarlah saya namakan Ain. Ain seorang jurutera. Cantik, berkulit putih bersih. Sedangkan suaminya bertubuh tinggi dan berkulit hitam manis. Tidaklah tampan tapi disebabka mempunyai gaji lima angka maka ramailah wanita yang terhegeh-hegeh padanya.
“Orang mungkin rasa suaminya banyak duit tapi kau tahu sahajalah Tie, selama ini Si Ain menanggung diri dia dan anak-anak. Kau tak ingat? Sampaikan emak mertuanya sakit dia yang belikan lampin, bukan suami dia. Kesian aku tengok dia.”
Aduh, kenapalah lelaki ini macam tak ada kepala otak. Saya tahu Ain bukan sahaja berpelajaran tetapi pandai memasak, menjahit dan juga menjaga anak dengan baik. Dialah yang menghantar anak ke sekolah dan mengurus segala keperluan mereka.
“Suaminya sibuk bersosial di luar, bermain golf. Kau tak ingat bulan puasa pun orang tengah solat dia sibuk pikul kayu golf.”
Saya tahu bagaimana sedihnya Ain bercerita mengenai suaminya yang amat jarang menunaikan kewajipan sebagai orang Islam. Sedangkan Ain sentiasa berusaha menjadi muslimah yang baik. Saban minggu pergi belajar mengaji. Oh..saya teringat, patutlah Ain sudah lama tidak menghubungi saya. Mungkin malu agaknya.
“Perempuan suami dia nak kahwin tu muda ke tua..”
“Dengar-dengar pucuk muda. Orang muda yang hendak hidup senang dan tak perlu bekerja. Bermimpi dapat kahwin dengan orang kaya yang sebenarnya tidaklah kaya sangat pun!”
Kawan saya yang bernama Fatimah (nama samaran) beria-ia bercerita. Saya terpaku. Memang zaman sekarang terlalu ramai anak gadis yang masih muda mahu hidup senang. Tidak mahu berusaha. Merasakan akan bahagia berkahwin dengan lelaki kaya walau suami orang. Bukan mudah menjadi isteri kedua atau ketiga. Cabarannya terlalu banyak. Kalau boleh dielak, elakkanlah.
Harta tidak bawa kita ke mana-mana. Satu ketika dahulu, saya tidak bermimpi mahu berkahwin dengan orang kaya. Dan saya hampir berkahwin dengan seorang lelaki yang gajinya dibayar 200USD sejam. Saya tidak mereka cerita. Namun saya memohon petunjuk pada ALLAH dan petunjuknya jelas dia bukan jodoh saya. Lelaki yang sering mengawal pengerakan saya. Lelaki yang tidak suka saya berkawan dengan orang sebarangan dan kadangkala memperlekehkan sahabat saya. Seyit Kara jodoh saya yang sebenarnya. Lelaki yang mempunyai banyak masalah keluarga dalam hidup tetapi kami selesaikan segalanya bersama. Dan Alhamdulilah nikmat itu sudah kami kecapi sekarang.
Wang bukan segala-galanya dalam hidup. Wang yang dicari sendiri lebih membahagiakan. Namun ya..ramai anak gadis sekarang mahu hidup senang. Suami orang pun suami oranglah.
Hidup senang atas derita orang lain tidak akan ALLAH restui. Bahkan satu ketika nanti kita akan merasa derita itu. Rezeki semuanya bergantung pada niat kita. Kalau niat kita tidak bersih jadi perjalanan hidup kita akan menjadi huru hara.Dan doa saya untuk Ain, tabahlah. ALLAH sentiasa bersama dia yang sabar


10 comments:

Nadiah Sidek said...

betul tu kak. harta bkn jaminan kebahagiaan

Mama Nazhan said...

lelaki zaman sekarang ramai yg bersifat mcm suami kak ain tu... terutama kalau dpt isteri bekerja, sume perkara isteri nak tanggung, dr pagar belakang sampai ke pagar utama depan..sume serba perlu dibuat...duit? lagilah....tak kisah utk diri sendiri, anak2 dan keperluan rumah tangga lagi penting..
kalau suami hargai takper,,,jaga hati ke, amik hati ker...ni lagi ambik kesempatan...bikin sakit hati...duit tu penting tp kasih sayang lagi penting...kalau bahagia duit pun seronok utk dicari...kalau byk masalah..nak kerja pun malas...
kak yati, adalah skit persamaan dgn kehidupan saya...sedih gak!

yatie chomeyl said...

ee egram betul dgn pompuan yang macam ni. nak senang car amudah je, ambil hasil atas angin huhuuhuh.. *emo emo*

ain said...

ramai lelaki yg macam suami ain tu, perasan mampu utk kawin lain. Moga2 ain tabah menghadapi ujian Allah ni.

Marzalina said...

kak..intan lebih suka lelaki yg bersederhana..yg penting sekali akhlak dan budi bahasanya daripada harta...harta bukan boleh bawak ke mati pun..mati nanti semua kena tinggal...yg bawak amalan kita jer..

Leeza said...

Semoga Ain tabah selalu. Dan semoga semua wanita yang senasib Ain akan tabah untuk teruskan kehidupan. Insaf dengan keadaan ini....semoga semua wanita bujang tidak sesingkat itu mencari jodoh dan kebahagiaan.

!eNa PnG said...

sedih sebenarnya crita akak tue... pada iena budak muda zaman sekarang dah tak fikir panjang... siapa yang boleh menaja hidup dorang,yang tue dorang kahwin...walaupun suami orang...:(

dlittlekitchen said...

iyelahh, slalu standard answer "dah jodoh...",

sy stuju sgt, wang yg dicari atas usaha sendiri mmg lebih manis dan nikmat rasanya...

sy pon mendoakan Ain tabah dn redha, sebab doa org yg teraniya slalunya lebih cepat diperkenankan.. dan mungkin siapa tahu ada hikmah disebaliknya...

aku, dia dan kamu said...

salam, dah lama saya jadi pembaca sepi blog kak yati...

semoga Ain tabah... kata suami saya, yang sebenarnya, perempuan sendiri yang menyakitkan hati perempuan.. macam mana? kalau perempuan tak mengganggu/melayan suami orang, insyaAllah tak ada hati perempuan yang kecewa....

Cik Boo Luck said...

kasihankn??skrg ni betapa cantik pon sesorang perempuan tu,belom tentu terjamin dari masalah suami nk kahwin sorang lagi...=(
Saya yg baru kahwin ni pon pernah satu ketika dulu berasa sgt takut dgn hal begini..sampai hari ni masih lg berdoa moga suami akan kekal sayangkn saya yg takdak apa2 ni sampai bila2 mcm Mr Seyit sayangkn Akak NB..=)

Mmg harta bukan segalanya skrg tapi tanpa harta kita tak mungkin dipandang di dunia ni...Malang jg bila mnjadi khalifah Allah di dunia akhir zaman ni..=(