Semalam pesta buku agak lenggang. Bukan sahaja di dewan 2 tetapi di dewan 3 juga. Namun waktu lenggang begini rupanya ada hikmah yang tersembunyi. Saya mempunyai kesempatan mendengar cerita. Ada tiga cerita yang saya dengar semalam. Dua cerita biarlah saya simpan dan saya menangis mendengarnya. Satu cerita lagi adalah dari seorang lelaki yang tidak tahu melakukan apa-apa untuk memperbaiki rumah tanggannya.
"Sudah lebih 6 tahun kami berkahwin, sepanjang perkahwinan kami isteri saya tidak pernah masak. Bahkan selalunya saya yang memasak dan juga mengemas. Bayangkan, betapa penatnya saya. Selepas balik bekerja, masak dan mengemas rumah."
"Apa isteri encik buat? Dia bekerja?"
Saya bertanya. Lelaki itu menganggukkan kepalanya.
"Dia bekerja dan saya juga bekerja. Dia penat saya juga penat. Tidak mengapa kalau saya masak dan dia membantu mengemas. Cuba bayangkan, tidak pernah langsung dia masak walaupun nasi goreng. Susahkah sangat memasak nasi goreng?"
Alahai sedihnya, saya terfikirkan diri saya. Kalau saya tidak masak, kesian suami saya yang memang suka makan? Masakan nasi goreng pun tidak mampu dibuat?
"Kemas rumah pun tak pernah, rumah bersepah sana sini. Saya yang selalu kemas. Hari-hari saya mengemas. Dia balik, tidur dan makan. Anak kami cuma seorang. Itu pun dihantar ke rumah emaknya. Awak tahu sekarang ini anak saya yang 6 tahun itu pun dah benci emaknya dan selalu tanya, kenapa kami tak jaga dia."
Oh..memang saya termenung mendengar cerita daripada lelaki ini. Hati berbelah bagi, betul atau tidak cerita tersebut.
"Cuba Puan beritahu saya, apakah caranya mahu membuat isteri saya berubah? Kadangkala saya rasa saya mahu tinggalkan dia sahaja, tetapi di dalam masa yang sama saya kasihankan dia. Dia ada penyakit tetapi macam mana tak sakit, dia amat gemuk. Seringkali saya kata, bangunlah beriadah, makan tu kontrollah. Tapi mana dia ada layan. Hari-hari makan pizza, makan KFC. Mana tak gemuk.."
Memang teramat jarang sekali saya mendengar keluahan dari para suami, selalu saya dengar si isteri yang mengadu tentang sikap suami.
"Apa-apa, emak dan ayahnya. Kalau puan, dalam hidup puan. Siapa yang utama sekarang ini."
'Mestilah suami saya."
Balas saya perlahan. Suami saya entah ke mana, mungkin sedang melawat gerai-gerai yang berada di dewan dua ini.
"Betul, puan memang betul. Isteri selepas berkahwin mesti yang paling utama adalah suami. Tetapi isteri saya tidak. Sudah 7 tahun kahwin, tidak pernah kami pergi bercuti bertiga. Semuanya harus membawa emak, ayah dan adik beradiknya. Mahu ke PD, mahu ke Kelantan mesti bawak adik beradik dia. Pernah dia pergi bercuti dengan keluarganya dan keluarganya tidak mahu saya ikut!"
Wah ini sudah parah, hati saya berdetik. Perempuan macam ini harus sahaja ditinggalkan, hati saya jahat berkata. Namun masakan saya mahu memberi cadangan yang sebegitu? Tidak pasal-pasal nanti mereka bercerai berai.

"Lagi satu, dah dua kali dia naik haji bersama emak dan ayahnya. Tetapi tidak mahu solat. Kadangkala kepala peninglah, badan sakitlah. Hairan sungguh saya! Setiap pagi saya akan kejutkan dia solat subuh. Tidak pernah dia bangun. Dia akan bangun pada pukul tujuh setengah dan terus pergi kerja. Pening kepala saya. Dia pergi haji tu buat apa? Kalau solat pun malas."
Saya hanya menelan liur mendengar cerita tersebut.
"Saya ingat saya nak ke Swiss. Saya dah apply visa dan kerja di sana. Saya macam dah malas dah hidup dengan dia. Bukan kerana dia tidak cantik, bukan kerana dia gemuk. Tetapi perangai dia yang tidak pernah menjadi isteri untuk seorang suami dan emak pada seorang anak. Dia jenguk anak kami pada hujung minggu sahaja."
Ya ALLAH, ada juga manusia yang tidak mahu menjaga anak sendiri. Saya sendiri kalau berenggang dari Qaisara sejam dua pun sudah rindu. Inikan pula berhari-hari.

"Lagi satu dia suka sangat berbelanja. Beli sana sini, semua pakai kad. Cuba bayangkan tahun lepas kad kredit punya hutang sahaja sudah lima belas ribu. Beli kasut berpasang-pasang. Bukan dipakai, begitu juga beg tangan. Kemudian letak bersepah-sepah dan saya juga yang mengemasnya. Bila saya tegur, janganlah shopping tak tentu hala. Dia akan tanya saya balik. Abang apa nak bising? Bukan duit abang, ini duit saya."
Aduh..sebenarnya banyak lagi yang dicerita oleh lelaki tersebut. Saya jadi kesihan pada lelaki tersebut apabila dia bertanya, apakah dia perlu meninggalkan isterinya dan berhijrah keluar negara sehingga isterinya tidak berjumpa dengan dia lagi.
Saya suruh dia fikir masak-masak dan fikirkan anak yang sedang membesar. Kalau ditakdirkan dia bercerai, janganlah sampai menguris perasaan si anak.
Ketika balik saya bercerita dengan suami saya.
"Awak ingat lelaki aje teruk. Ramai perempuan di luar sana yang mendera suaminya. Ada yang yang lebih teruk dari ini pun ada.."

Termenung saya mendengar kata-kata suami saya. Ya..saya akui apa yang dikatakan adalah benar namun saya tahu, kalau setiap wanita mengikut apa yang diajar oleh ALLAH pasti dia tidak akan melakukan sesuatu yang menguriskan perasaan suaminya.
15 comments:
salam yati,
lamanya sofi x mengomen di sini tp cerita yg yati paparkan ni sgt menggores hati. rasa kesian sgt pd lelaki tu.
ada gak perempuan mcm tu, ya! hai, nnt kl ditinggal pergi oleh si suami baru dia tahu, kan.
moga kita bersyukur dpt suami kita ,kan...
Terkedu saya membaca kisah keluarga ini. Moga si suami dapat penyelesaian terbaik untuk kemelut rumahtangga ini...
kesian pulak kat lelaki tu. semoga Allah memberi yang terbaik dlm hidup dia
sian si suami itu..moga dia diberikan petunjuk yg sewajarnya..dan moga si isteri mendapat hidayah..
Semoga mereka sekeluarga berbahagia hendaknye dan Allah memberi sedikit lagi kesabaran kpd sang suami. Sedih membaca kisah berkenaan, kerana didalam keluarga sy pernah berlaku kejadian seperti itu pabila makcik yang mempunyai lelaki lain, balik selalu marah2 suami, segala kerja rumah pakcikku yang buat: memasak, mambasuh, mengemas, malah mencari nafkah utk keluarga, akhirnye, si isteri ( mkcikku) meminta cerai, setelah dirujuk & meminta nasihat dr pejabat agam dan hasil perbincangan keluarga, kata sepakat menceraikan si isteri dgn talak satu, malah keaadan bertambah buruk pabila si isteri menghasut anak2 yang sudah besar~~ tetapi itu semua dugaan bg setiap insan & dan saya percaya setiap dugaan mempunyai kenikmatan diakhirnya. Sekarang pkcikku sudah membinan hdup baru dgn isteri yang baru, khdpa mereka sungguh bhgia. Kami sekeluarga amat bersyukur.
siannya lelaki tu..mmg ptt dia tggalkan wife dia..apa motif ppuan tu berkawin kalau masih xleh berenggang ngan family...biler dh kawin..tgungjwb kt suami la jd no 1..family pun blh jd tggungjwb kita kalau dgn izin suami..mcm ita..bela adik bongsu..hubby izinkan..then okla..nmpk sgt wife dia x respek hubby dia tu..hmm..kalau lah dia tggalkan wife dia..mmg ptt sgt,...sbb dia tu ita rasa sgt2 melampau..msk pun x blh..dia xtau ke..kepuasan biler ngk suami kita mkn masakan kita?kekdg x yh mkn pun dh kenyang ngk dia mkn beriya2..hmm..ppuan ni..kekdg perlu di ajar..ngan cara cmtu..mmg kekdg x smpai ati..tp bersbr ada hadnya..kekdg dia perlu menerimanya kalau lah itu yg tbaik utknya..emosi tul ita bc kisah lelaki ni kak NB...sgguh x bsyukur..
Sungguh bertuah wanita itu mdpt suami yg begitu baik sebegini tp sayang tdk dihargai oleh si isteri. Bila dh kna tinggal nanti barulh nak menyesal. Semoga jln penyelesaian terbaik terbentang buat mereka.
semoga kehidupan lelaki ini bertemu kebahagiaan...semoga dia tabah selalu....
lagi 2 cerita yang dipendam tu kak?
aduhai..bagusnya suami dia..tak pandai betul si isteri menghargai pengorbanan si suami. satu hari bila dah kena tinggal baru nak menangis.lg 2 cerita nak dgr jugak ni...
sedih mendengar cerita begini. selalu kita dgr istri teraniaya..now terbalik pula. sudah cukup bertuah isteri mendapat suami begini..kita doakan yg terbaik buat mereka.
alangkah bahagianya andai sy punya bakal suami seperti itu.. walaupon banyak kekurangan,dapat jua dia bersabar hingga ke hari ini. nasihat iena,biarlah mereka memberi ruang pada diri sendiri tuk berbincang.andai tiada perubahan,minta nasehat dari kedua ibu bapa..barulah boleh membuat keputusan yang sepatutnya.. pasti si isteri akan menyesal kelak...
kak,ptg tadi sy pegi pesta buku.. tapi tak boleh nak pegi kat booth akak.. ada kesulitan apa tah....terpaksa la mencari masa lain pada esok hari... mau borong novel akak...:)
di zmn milenium nih mcm2 kisah rumah tangga pelik2 berlaku.
kesian pulak pd si incek suami itu.moga incek suami itu tabah & cuba sedaya upaya mencari solution terbaik demi kebaikan bsama.
salam kak yati....saya terus membandingkan dengan sifat dan kelakuan saya terhadap suami...nauzubilah la yer kak...minta dijauhkan dari jadi mcm tu...
Slm, uish, takpa ka lelaki tue menceritakan kisah rumah tangga nya. Maafkan saya kalau agak kasar, sudah kah dia berusaha sesungguh sungguhnya mencari penyelesaian, seperti mendapatkan nasihat dari imam atau orang yang pakar agama dalam bidang rumah tangga. (Pabila ayah saya menghadapi masalah keluarga, dia akan mendapatkan nasihat dari orang yang pakar dlm bidang itu dan pakar agama).
Kita kena ingt, suami yang memimpin keluarga, suami patut tegas, kerana perempuan sifatnya perlukan pimpinan, kami (perempuan) mudah leka dan mengikut nafsu, kami perlukan lelaki untuk mengajar kami. Sebab itu Islam ada menetapkan si suami boleh memukul isteri dengan 3 kayu suwak kalau isteri tidak mengikut kata. Kalau betul ajaran agama tidak dapat mengajar isterinya, dan kalau dia perlu meninggalkan isterinya, biarlah ia kerana agama, kerana Allah, bukan kerana ego lelaki yang telah tercalar.
Ingt: berani kerana betul, takut kerana salah. Berani kita pada agama.
Pada pendapat saya, kita perlukan tetapkan iman kita pada Allah, pimpin keluarga mengikut ajaran Islam, dan tak perlukan aib kan kisah isteri pada orang lain. Saya sgt segan membaca bila si suami menceritakan si isteri gemuk dan tidak sembahyang (mungkin tuan blog memaparkan cerita ini sbg pengajaran).
Selalunya orang yang berhati batu (sanggup mengendahkan anak dan meminggirkan suami), adalah kerana dia sanggup mengendahkan arahan Allah yang paling utama - solat. Dia tidak takut api neraka, tuhan yang Maha berkuasa.
Harap si suami dapat mencari peyelesaian dan memimpin keluarga nya, terutama dalam menunaikan solat.
(p.s adik wex suruh wex baca entri nie, mungkin sbb bilik wex semak dan wex gemuk kut, hehehe... Wex harap wex pn tak jadi macam isteri lelaki itu, Wex slalu doa suami wex, insyaallah, dapat memimpin wex dan keluarga wex =))
Post a Comment