Yeah...kita cerita pasal makan. Saya memang suka masakan Thailand. Semuanya sedap di tekak saya lebih-lebih lagi bila ada cili api. Hmmm hari ini saya nak letakkan gambar makanan yang saya makan sepanjang kembara saya di Thailand. Ada yang kelihatan biasa sahaja di mata kita kerana mudah didapati di Malaysia. Ada yang tidak.
Ini belangkas. Memang tengok belangkas ni ngeri sikitkan.
Belangkas di masak kerabu pelam muda. Memang sedap ...
Ini pulut ayam atau pulut burung. Di makan setiap malam, pagi dan bila-bila masa sahaja. Orang Thailand ni memang suka pulut. Saya makan ini di Sungai Kolok. Tapi pulutnya saya tak makan. Mahu angin satu badan saya. Saya makan burungnya saya. Murah. 5 ketul ayam, seekor burung dan dua bungkus pulut cuma RM10. Saya maka burung yang lainnya Mr Seyit Kara yang makan. He.he.
Ini nasi ayam. Nasi ayamnya di makan dengan sup tetapi tidak ada cili. Sayur pun tak ada tapi di atas meja di letakkan sayur daun bawang. Sesiapa nak boleh ambil dan makan sebanyak mana daun bawang itu. Lupa nak ambil gambar sayur daun bawang tu. Suami suka sangat. Empat pinggan nasi ayam, satu bungkus kulit ayam dengan air kosong RM13. Saya makan di Hatyai pasar malam.
Ini kulit ayam. Sedap juga, macam keropok di makan dengan sos. Sebungkus RM1 atau 100 Bath. Tengok kulit ayam ini teringat dengan kawan si Teta, Amar namanya. Dia suka makan kulit ayam. Kami beritahu Qaisara, bawaklah balik, belilah untuk Amar. Jawab Qaisara..lama-lama busuklah umi. Ha.ha.
Undang galah ini saya makan di Hatyai juga. Seekor RM12. Tak sedap pun. Di makan dengan sos Thai.
Sotong bakar juga makan di Hatyai, RM10. Biasa-biasa sahaja rasanya.
Oh..ini kegemaran saya. Makanan laut digoreng bertepung, ada ketam, ada udang dan sotong. Saya makan di Songkhla di pantai Samilia. Sebungkus RM10. Jenuh juga nak menghabiskan. Bibik yang ada alergi makanan laut sampai bengkak-bengkak kaki sebab asyik makan, makanan ini. Dia cakap tak apa. Sakit sikit sahaja tetapi sedap. Nanti baiklah alergi tu. Suka hati kamulah bibik weh..ha.ha
Ini ikan goreng dengan kerabu pelam muda. Biasalah orang thailand benda-benda masam dan pedas tidak boleh dipisahkan. Mereka agak ekstrim dengan masam dan pedas.
Dekat menu tulis Fried Chicken. Saya orderlah untuk Qaisara. Ingat ayam goreng macam KFC tu rupanya ini ayam goreng dia orang. Seperti biasa..pedas berdentum. Qaisara memang tak boleh makan. Saya dengan bibik yang menghabiskannya.
Ini salad yang sentiasa ada di atas meja makan di kedai-kedai di Thailand. Kenapa ya kedai di Malaysia tidak melakukan begini?
Ini dipanggil daging salai. Daging ini di masak dengan beras goreng. Mak ai..punyalah pedas saya makan, sampai meleleh air mata. Makan di Songkhla juga.
Ini ketam kukus, di makan dengan sos Thai. Sedap juga. RM10 satu pinggan.
Kerabu mangga dengan undang masin. Banyak dapat di Malaysia. Biasa-biasa sahaja.
Ikan goreng di tabur dengan telur dan tepung yang digoreng garing dan ditaburkan atasnya. Sedap juga.
Salad gajus namanya. Makanan yang saya pesan untuk suami, bila sampai suami tanya. Honey..saladnya mana? Kenapa gajus sahaja..ha.ha..tapi sedap juga.
Oh ini aiskrim kelapa. Buah kelapa di potong, dikorek isinya dan dicampur dengan aiskrim. Sedap juga suami yang makan, saya rasa sedikit sahaja. Cuaca di Thailand amat panas jadi takut nak makan, makanan sejuk-sejuk ini.
Ini apa ya? Macam jemput-jemput di letak daun bawang di makan dengan taugeh. Sedap juga. RM2. Saya beli di pasar terapung di Klonghaeng Hatyai.
Ini macam sweetkan? Bukan sebenarnya. Ini fish cake. Mula-mula Qaisara kenyit-kenyit hidung tak mahu makan. Bila dia makan, dia cakap sedap. Saya beli di Pattani. Habis empat kepala binatang ini di makan oleh Qaisara.
Mr Seyit tengah menyedut air kelapa yang di isi di dalam bekas buluh. Beli di pasar terapung di Hatyai. Harga RM2, tabung buluh boleh dibawa balik kalau mau ya.
Sotong goreng bertepung. Saya kurang suka sebab di letak serbuk penaik.
Ini KFC saya makan di Pattani. Set ini sebenarnya ada 4 nuggets. Saya rasa murah. Satu set hanya RM30 dengan 2 cawan air coke. Orang Pattani nampaknya mengemari KFC. Punyalah penuh KFC di Pattani. Satu-satunya KFC yang ada.
Di mana-mana di Thailand selatan ini, kalau kita minta air suam. Pasti mereka akan beri ais sebegini dengan air mineral. Mereka amat murah hati dengan ais.
Kalau makan, apa sahaja makanan bergoreng, macam sosej, makanan laut dan sebagainya. Mereka akan pasti bagi sos yang dibungkus dalam plastik dan bekas kecil ini. Senang untuk mencicah.
Ini dia kala jengking goreng, anai-anai goreng. Satu bungkus RM2. Tapi saya tak makanlah. Ambil gambar sahaja. Di jual di pasar terapung. Saya perhatikan beberapa minit tak ada orang beli pun. Mungkin generasi baru sudah tidak gemarkan makanan ini atau makanan di Thailand sudah banyak.
Ulat goreng dan juga lipas goreng. Tengok dari jauh ajelah..
Perempuan mana menghadap satu dulang seafood ni? Ha..ha.ha..idak le. Itu dulang kepunyaan mak cik yang menjualnya. Dia beritahu saya dia muslim tapi dia hisap rokok. Mak ai..kalah orang lelaki. Ha.ha.ha..bersambung puntung. Berkepul-kepul asapnya...Harap semuanya enjoy tengok makanan yang saya paparkan. Kalau rasa nak makan, boleh mengembara ke Songkla, Hatyai, Pattani, Golok. Di Nartiwat saya ada beli pencuci mulut tapi lupa ambil gambar.
Ramai orang suka sangat ke Indonesia sesekali bertukar anginlah ke Thailand, makanannya sedap, pemandangan juga banyak yang cantik. Cuma yang tak tahan tu..terutama di Hatyai bahasa menjadi halangan. Tetapi apabila sudah berada di Pattani, Naratiwat, Tak Bai dengan Golok mereka sudah boleh bercakap bahasa melayu dengan dailek Kelantan.
P/S Di Selatan Thai memang mudah mencari makanan halal, tengok aje tanda halal atau perempuan pakai tudung di kedai. Masuklah, ituah kedai orang Islam. Biasanya mereka akan menulis dalam bahasa jawi.
25 comments:
salam kak...
mak aiii..banyaknya makanan kali ni hehehe..nasib baik intan tak mengidam..tapi yg paling menarik tentunya aiskrim kelapa tu..macam best jer...
geli plak intan tgk kala jengking goreng dan anai2 serta lipas goreng tu..hahahaha..apesal kak tak try...?hihihi...nak jugak tahu camna rasanya..mesti crunchy kan kak...ish..pelik2 jugak makanan siam ni yer..
p/s: mcm tak lengkap jer entry ni sbb xda gambar teta hehehehe
bestnya kak..kalu aween sana balik bertambah 5 kg..huhuhhuhu..terliur aween tgk ikan goreng ngn mangga muda..Aween jns suka yg masam2 nie..Tapi bukan yg pedas sgt2 la
saya suka mknnan thai yg pedas2 dan masam..senang juga cari makanan halal kat thai ye?
mak ai kakkkk!!!! terliur dahh!!!
YA AMPON...maria tunku sabri ni kalau buat program, mau 5 6 episod nih. hahaha!~ =] tumpang gembira tengok akak happy tapi belangkas tu mmg tgk je dah tak boleh blah...mcm predator vs terminator dah muka dia...ngeee =D
haa..kan dah cakap,bila dapat aja makanan kat belah thailand ni semua pon kita dah lupa..heheh..
seronok kn makan kat sana.mcm2 ada..saya prefer thai berbanding indon.semua makanan menepati selera saya.dan rasanya akak NB pon seronok makan segala makanan pedas dn masam depa ni..
saya tunggu entry terbaru akak!!
semua best2 =)
Wa akak dh sampai ke kg nik di takbai tu.. kg datuk sblh ayah!!! lama sungguh tak balik sana..
Salam kakak...nyaman2 semuanya. sampaikan tengok kala jengking, anai2, ulat dan lipas tu nampak sedap je...wahhhh terliur. Kalau haiwan2 ni dengar tentu angkat kaki beribu dah...hehehe. InsyaAllah , selagi masih waras takdenya nak makan benda2 tu. Satu je yang tak menggiurkan...cili padinya. keh3.
seronoknye akak pergi bercuti, sy mmg suke sgt bercuti tapi masa tak mengizinkan. sy suke sgt baca akk punya boleh, hari2x sy akk bukak nak tgk ade entry bary atau tak.. erm akk kerap2x lah tulis yer..
wah... bestnyer menjamu mata dan selera. mcm2 makanan ada yea. tp ida mmg tak pernah tgk belangkas kak. kat mana ada jual tu kak?
akak tak cuba laksa thailand. yg dijual petang2 tepi pasar hadyai. mcm2 jenis kuah ada.
wah... bestnyer menjamu mata dan selera. mcm2 makanan ada yea. tp ida mmg tak pernah tgk belangkas kak. kat mana ada jual tu kak?
akak tak cuba laksa thailand. yg dijual petang2 tepi pasar hadyai. mcm2 jenis kuah ada.
sedapnya akak...mau meleleh air liur..jamu mata dulu.blk keje jap lg cari kat kedai thai lak...hehehhe
oiii kak yati, bestnyer tengok makanan yang best2 tuh :)
bercerita mengenai belangkas, umah bapa mertua saya dekat dengan sungai, sebelum berkahwin dulu adalah juga suami bawakan telur belangkas untuk saya rasa, tapi tekak saya x boleh pula nak telan.
ada sekali tuh pula, haziq terjumpa seekor belangkas di pantai morib, kerana teruja sangat, kami bawa belangkas tu balik ke rumah, puas ditonggang terbalikkan oleh dua anak saya hihi
lepas 2 -3 hari, bapa saya x sampai hati, hantar semula belangkas tuh ke sungai, nasib baik atok budak2 nih kaki laut, kalau tidak, tak tahulah saya nasib belangkas tuh ...
amboi..jln2 cari mkn ye? semuanya cerita psl mknn je. belangkas, kala jengking, anai2, ulat & lipas tu confirm nadiah tak sentuh! tgk je pun dah kembang2 tekak. tak sangka lak ada org mkn kala jengking & anai2..huhu..
intan..aiskrim tu memang sedap sangat, tapi bila fikir musim panas, makan2 sejuk2 jadi penyakit..akak rasa sahajalah. Tengok sahaja da terliurkan? Kat malaysia boleh tirukan?
Nuar..ha.ha..akak pun terfikir macam terminator kan..sampai sekarang teringat2 lagilah masakan di sana, sebenarnya banyak lagi kalau nak cover tu..ha.ha
Aween memang sedap sangat, tapikan aweek, cili api tu boleh ketepikan aje, dia orang racik2 aje..makanan laut terutamanya di pattani memang tersangatlah mewahnya..
hamizah..mudah cari makanan halal di sana terutamanya pattani, rata2 islam. Di songkla pun banyak yang islam..
ain suami balik nanti boleh ajak ke songkhla, hatyai..pattani tau..
Cik Boo memang, makanan tersangatlah sedapnya. Indon banyak tak kena dengan tekak kitakan kecuali nasi padang aje..
Tak bai banyak sangat halangannya Nik..tapi tak ada apa, aman. Kampung aje..
Ha.ha..kau melampau sungguh! Tengok kala jengking pun nyaman. Tak selera nak makannya, tapi kat sini memang banyaklah makanan laut..cuma kerang sedikit mahal..
aimy semua orang suka bercutikan? Akak kalau boleh tiap2 bulan harus berjalan, kalau tidak bekulah kepala akak..he.he
Dekat songkhla ida belangkas tu, laksa thailand akak tengok aje, tak ambil gambar pun sebab tak begitu teruja. Lagi pun perut pun dah tak muat nak masuk ida..ha.ha
huda..jumpa tak restoran thai?
Ha.ha.sian belangkas tu ya Ameeza? Biasanya belangkas dia mesti dua ekor, melekap. Ini mesti belangkas tengah frust tu. Akak suka pulak telur belangkas tu..sedap bagi tekak akak..
nadiah..dekat vietnam lagi macam-macam dia orang makan tau? sampaikan darah kerbau pun dia orang jual sebagai pembuka selera..geli geleman..ha.ha
adoi!
tetiba rs xlalu nk mkn..
takot gile tgok belangkas tu! huhuhu...
yg lain mcm sedap jgk..
tp LIPAS??ARGHHH!!!
tgok lipas pun jim dh geli geleman,ni dowg leh mkn plak!
ADOI!!!
salam akak, 1st time sy masuk blog akak, "ter" klik sbnrnyer mase nk buat assignment haha
mak oi penat sy skrol ke bawah, gmbr mknn tu mcm xkan habis, banyak nyer O_O"..
seronok sy bace blog akak! haha
Faiz
Post a Comment