Pesta buku masih berlangsung. Tahun ini booth NB Kara ditempatkan di seberang sungai. Apabila mendengar seberang sungai sahaja, sudah mendadak sahaja berkata "Oh tidak"! Seberang sungai memang jarang dikunjungi oleh penghujung kerana kedudukannya yang agak jauh. Bahkan perkara yang pertama saya fikirkan sudah pasti susah pembaca mahu datang? Namun rezeki di tangan ALLAH. Saya benar-benar gembira, walau begitu jauh sekali terpaksa menapak, begitu ramai pembaca hadir memberikan sokongan walau melilau sana sini mahu mencarinya.
Bunting yang kami letakkan merata di dewan 2 supaya orang ramai senang mengenal pasti booth kami. Cilok dari blog si Anuar Kamarudin.
Adik saya Liza bujang yang datang dari Sarawak, bersama kak Sri Diah yang comel sangatlah jeles tengok dia yang sudah kurus bersama penulis Kusyi Hirdan yang tidak berhenti-henti becakap. Ha.ha.ha. Masa saya mula-mula menulis itu saya selalu menjadikan kak Sri Diah sebagai idola saya. Saya suka bahasanya yang cantik dan sampai sekarang kalau ada kesempatan saya akan membaca bukunya.
Penulis NBkara, Anuar Kamarudin yang handsome bersama Iejay dan juga Wanupeh, adik saya yang selalu memberi sokongan pada NBkara. Wanupeh akan ke Jepun minggu ini. Suka sangat dia ke sana. Ha.ha
Qaisara dengan Solehin anak buah Idasm yang datang sama-sama meriahkan majlis. Suka sangat makan jemput-jemput yang saya bawa.
Ini seorang lagi adik saya Idasm, Ida sudah datang dua kali. Kali ke dua Ida datang bersama degnan cheese nan yang rasanya sungguh sedap dari resturannya. Cik Lizabujang awak jangan jeles! Cilok ya ida gambar ni.
Ini si cantik manis si Feeza Adam. Kebetulan menyambut hari jadinya di hari yang sama. Tak ada hadiah untuk Feeza hanya ucapan "Selamat hari lahir dan moga kehidupan Feeza dipermudahkan ALLAH, dimurahkan rezeki, dapat kerja baru dan dapat jodoh yang baik." He.he.he
Siti Aishah yang memakai baju kotak-kotak dan kasut yang sama sedondon. Saya tanya dia, kalau baju warna kuning kasut kuning ke? Gelak dia..
Masliza yang datang dengan Che Anis. Tidak sempat nak berbual dengan Masliza yang kecil molek ini, sebab ketika itu orang agak ramai.
Masliza yang datang dengan Che Anis. Tidak sempat nak berbual dengan Masliza yang kecil molek ini, sebab ketika itu orang agak ramai.
Bersama Idayu yang peramah macam saya juga. Ha.ha.ha
Bersama seorang lagi adik saya Eiyra yang datang dari Shah Alam membawa kek dan juga cokelat. Ha.ha..kek si Eiyra sudah saya korban dan agih-agihan. Cokelat untuk si Teta dan sayalah. He.he..Terima kasih Eiyra ya. Bila kita boleh berjumpa lagi aik?
Agak sibuk di booth NBkara pada hari Ahad dan Sabtu. Tersangat kasihan dengan pembeli yang mengadu, gaji tidak dapat lagi. Yalah, bayangkan Feb mereka mendapat gaji awal kerana tahun baru cina dan mahu menunggu 23-24 memang semputlah. (cilok dari facebook Feeza) .
Agak sibuk di booth NBkara pada hari Ahad dan Sabtu. Tersangat kasihan dengan pembeli yang mengadu, gaji tidak dapat lagi. Yalah, bayangkan Feb mereka mendapat gaji awal kerana tahun baru cina dan mahu menunggu 23-24 memang semputlah. (cilok dari facebook Feeza) .
Amirul..ha.ha..yang hampir nak kena tinggal dengan basnya. Amirul belajar di UPSI dan mahu pulag ke Tanjung Malim. Basanya pukul 9.45. Pukul 9 dia masih meraun di PWTC. Apa hampir nak kena tinggal. Beliau adalah bekas anak murid kakak saya Mijah.
Alfisyah. Kalau dia tidak hantar gambar ini pada saya, mati hidup saya tak tahu dialah Rudy dan Alfisyah dalam facebook. Ha.ha.ha..thanks Alfisyah!
Rahayu yang saya cilok gambarnya dari facebook. Terima kasih Rahayu ya kerana sudi datang dan membeli buku akak.
Ini bersama Nor Hazlin yang ramah dan begitu manis senyumannya. Hazlin gambar cilok ya dik.
Bersama Intan. Ya ALLAH, kecil comel aje Intan ni. Macam budak tingkatan lima aje tapi sudah ada anak dua. Seorang guru di Selayang. Gambar dari facebook Intan.
Barisan penulis NB Kara bersama Feeza. Pak Seyit interframe sekali. Ha.ha. kalau nak tahu ramai yang tertawan dengan kekacak si Anuar Kamarudin. Ada yang sampai menghantar SMS mengatakan "Nuar tu jambu gila". Kah..kah..
Bersama che Anis yang cantik lawa. Rugi saya tidak ada adik lelaki yang bujang lagi. Kalau tidak, harus saya buat calon adik ipar. Ha.ha.
Anis Anuar yang berjaya memujuk suaminya ke pesta buku dan tambah gembira apabila suaminya yang pada mulanya enggan pergi, berkata dengan Anis. Tahun depan boleh datang lagi! Terima kasih Anis ya!
Bersyukur sangat-sangat dengan anugerah tuhan yang memberi saya pembaca yang saya anggap sebagai sahabat yang sentiasa memberi sokongan. Dan terima kasih pada semua yang kebanyakkan gambar ini saya ambil dari facebook pembaca dan sahabat-sahabat saya ini.
Bersyukur sangat-sangat dengan anugerah tuhan yang memberi saya pembaca yang saya anggap sebagai sahabat yang sentiasa memberi sokongan. Dan terima kasih pada semua yang kebanyakkan gambar ini saya ambil dari facebook pembaca dan sahabat-sahabat saya ini.
13 comments:
alhamdulillah, walau jauh beribu batu, demi NB Kara, lautan dan sungai sanggup kami (peminat) redahi...
ida sentiasa doakan kecemerlangan buat akak.
best tengok gambar2 akak! (sekarang akak dh pandai senyum waktu bergambar! ida suka!)
waaa...intan jer yg tak jumpa kak NB lagi...huhuhu
kak yati...tak puaslah berjalan kat pesta buku hari tu...pastu bila dah balik..mcm teringat plak ada lagi buku kak yati yg am tak sambar hari tu...heheh
kak yati mekasih ye layan ain aritu.. mama ain suka sgt dapat borak kat phone ngan akak.. senyum aje mukanya.. dia kata lain kali dia kena dtg sendiri nak jumpa akak face to face...
salam akk...
alamak! pix yg sara snap lom kuo dr oven la...hahaha
teruja dgn buku akk hingga terlupa nk uplod...hehe
nyway kak..sara mmg stuju, nuar itu mmg jambu!!!
seronok sgt jumpe akk...rasa nk pegi sana lg & kali ni nk bwk anak buah pulak :D
kak yati...puas la baca buku akak yang baru tu...nanti aween buat review..kak..setuju la..anuar mmg jambu..kulit macam baby..silap2 kalah kulit Teta compare ngn kulit anuar...Jumpa lagi kak..bila ada exhibition..muahhh
Salam akak...terimakasih sejuta kali atas segala layanan first class akak...always love u. Pasal makan....jangan susah hati pasal diet, anytime boleh kurus. Pasal Cheese Nan , tak kuasa nak jeles....insyaAllah suatu hari nanti za akan dapat juga makan cheese nan yang sedap itu. hehehehhe....apa susah sangat, kalau nak makan sangat, intai masa cuti terbang je lah ke KL untuk makan cheese nan. tapi makan seorang2 mana sedapnya ..mesti ramai-ramai baru best. Nanti kita ramai2 pergi makan ye.
wah!
dasyat bisnes akak!
hihihi..
heheheeee..
ecah pon masuk jugak~
salam,
Dah tiga kali tak dapat pi pesta buku antarabangsa, last pergi tahun 2007. Nak sgt jumpa Kak Yati.
thankz alot kak yati....
sweet memory~
iskhh...x sabor2 nk ke sana kak..bz sket br blk cuti2 2 mggu hehehe
InsyaAllah Jumaat ni kite bjumpa..rindu kat akak hehehehe
Salam Puan Nur...Watie pasti kan kembali satu hari nanti....terima kasih atas pemberian buku gantian "Setiap Jumaat"....sungguh bermakna...!Terima kasih tak terhingga....dari Watie, Penang!
Post a Comment