Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, January 30, 2009

RELAX OTAK

Manusia memang kreatif. Dari kreativiti manusia, ujudlah perlbagai perkara dan benda yang menakjubkan dan juga yang mengelikan hati. Di bawah adalah papan tanda tandas dari serata dunia yang gambarnya saya ambil dari website funnyphotos..he.he








MERANCANG KEHIDUPAN DIAKHIRAT

Semalam ketika menonton telivisyen bersama pembantu rumah saya Sri, saya mendengar seorang ustaz berkata.
“Kita selalu merancang kehidupan di dunia. Tetapi kita tidak pernah merancang kehidupan di akhirat. Kita beli saham, kita menyimpan untuk hidup di dunia ini. Kita beli hartanah untuk masa depan. Tapi pernahkah kita merancang untuk membeli saham di akhirat nanti?”
Tersentap saya mendengar kata-kata ustaz tersebut. Kata-kata tersebut seperti menyindir saya sahaja. Ya..saya teringat sudah berapa banyak simpanan yang saya ada, untuk saya suami isteri dan untuk anak. Berapa banyak saham yang saya ada. Walau tidak banyak pun saya setiap bulan akan memastikan memasukkan sejumlah kecil wang kedalam ASB dan juga ke dalam simpanan anak.
“Pernah tak kita kira berapa simpanan yang kita ada diakhirat?”
Pertanyaan itu sekali lagi menyeksakan nafas saya. Simpanan diakhirat yang dimaksudkan ustaz itu adalah amal ibadat seseorang itu.
Apakah solat fardu seseorang itu berjaga? Apakah puasa, zakat itu dipenuhi seperti yang dikehendaki oleh ALLAH.
Berapa banyakkah sedekah yang dihulurkan?
Aduhai..mengira dalam kepala, saya seperti waham dengan diri saya sendiri. Solat saya..Alhamdulilah walaupun tidak pernah ditinggalkan sekarang ini tetapi kadangkala bila terlalu mengejar kerja, solat pun dipenghujung waktu. Puasa saya memang saya amat pasti tidak pernah tertinggal dan diganti dengan segera.
Tetapi apakah puasa saya memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh ALLAH. Apakah solat saya diterima dan ada ganjarannya?
Sedekah saya apakah mencukupi? Aduh..Aduh.
Dan malam itu sebelum tidur saya terkebil-kebil dan berfikir sendirian. Bagaimana saya mahu merancang kehidupan saya diakhirat nanti? Apakah cukup simpanan saya diakhirat apabila satu masa nanti saya dipanggil menghadap tuhan?

Wednesday, January 28, 2009

LAYAN BUNGA

Tidak tahu nak masukkan entry apa kali ini. Tapi mari kita layan bunga di taman saya dan di nursery tempat yang saya sering kunjungi.

Pokok keladi, saya beli harganya cuma RM40 dengan pasu sekali. Pasu tersebut adalah pasu reject berharga cuma RM10...he.he

Bonsai antara pokok yang paling saya sayang. Ada beberapa pasu..tapi yang ini akarnya saya suka dan juga pasunya.


Pokok Azalea. Baru sahaja saya beli beberapa minggu yang lalu. Tanahnya perlu ditukar kepada tanah sabut kelapa dan dicampur dengan natrium untuk menghasilkan bunga yang cantik begini. Kalau penjagaannya betul, ianya akan terus-terusan berbunga sepanjang tahun.


Saya memang tension kalau tanam pokok bunga rose. Susah sangat mahu dapat yang cantik merimbun seperti ini. tetapi saya jumpa satu nursery yang membantu saya menukar tanah pokok bunga ini supaya lebih cantik dan rimbun. Sudah dua minggu pokok ini berbunga dan tampak masih cantik lagi.

Saya tak beli pun pokok cili ini. Gambar ini saya ambil di nursery di Flora Cheras batu 11, perhatikan betul-betul. ada warna putih, merah dan unggu. Chili ini memang pedas..mengalahkan cili padi kampung.


Bunga rose dua warna ini memang cantik. Tetapi cukup laku sehingga sesiapa yang mahukan pokok ini terpaksa menempah. Saya sudah membuat tempahan tetapi tidak tahu bila akan dapat.


Hey..yang ini pokok bunga apalah pulak?

Friday, January 23, 2009

HARI YANG TERUK!

Yesterday was just incredibly stressful and exhausting! I had a very bad day on the wrong day!
Memang teruk sungguh-sungguh. Mendapat tahu seseorang melobi kepada penulis-penulis saya supaya menghantar manuskrip kepada penerbit lain membuat saya tersentap. Bahkan bukan sahaja melobi tetapi memburuk-burukan syarikat saya. Seseorang yang saya tolong walaupun tulisannya tidaklah secantik manapun. Saya benar-benar tidak kisah kalau penulis saya mahu menulis ke tempat lain. Menulislah. Saya tidak menghalang kreativiti penulis saya ini. Saya biarkan mereka menulis kerana idea kadangkala seperti air mengalir tidak perlu disekat. Memang saya selalu saya berbual dengan Nora Ismail. Kau ada bakat, menulislah. Kau hantarlah kepada penerbit dimana yang dapat menerbitkan karya kau. Kami tidak akan menahan kau, kalau kau tidak suka dengan NB Kara hantarlah ke berapa syarikat yang dapat menerbitkan karya kau. Begitu juga dengan Kak Zara. Selalu saya cakap dengan Kak Zara, akak menulislah tempat lain kalau akak mahu. Tetapi Kak Zara enggan,
Tiba-tiba berita ini yang saya terima. Kata orang itu NB Kara punya bayaran ciput. Tak banyak. Penerbit gergasi lain lebih banyak. Ya..mungkin, NB Kara masih baru. Masih lagi ditahap mahu mencium-cium pasaran dan mencuri-curi masuk. Tetapi syukur, sejak buku diterbitkan sudah beberapa penulis menerima bayaran royaltinya. Kami langsung tidak makan duit penulis. Bahkan ada yang kurang kami lebih-lebihkan kerana saya juga penulis. Saya tahu betapa penulis lain perlu dihargai. Betapa titik peluh mereka memang harus dibalas. Hai..entahlah manusia. Baru menulis buku satu dua, sudah pandai mengata-gata.
Hari ini juga saya memarahi seseorang. Saya bukan jenis yang pemarah. Saya selalu memerhati dan selalu menyimpan. Tetapi hari ini memang saya sudah tidak tahan lagi. Saya tidak suka melihat orang yang terlalu sombong. Manusia walaupun daripada mana asalnya, walau apa pun bangsa dan keturunannya harus kita layan sebagai manusia. Kenapa kita harus bersikap sombong, membeza-bezakan antara satu sama lain? Kenapa kita buat acuh tidak acuh apabila orang bertanya kita? Saya tidak minta apa-apa dalam hidup ini tidak? Saya suka tengok orang menghormati antara satu sama lain, orang sayang menyayangi sebagai satu keluarga bukannya dengan mengatakan..walaupun kami satu rumah kami buat hal masing-masing. Bukankah kalau satu rumah itu harus tolong menolong. Bukankah satu rumah itu harus maaf memaafkan. Kenapa harus bermasam muka!
Memang suami memberitahu saya, pertama kali saya begitu marah sekali dengan orang lain. Pertama kali dia mendengar suara saya berleter panjang. Kata suami lagi saya sudah banyak memberi muka, sudah banyak bertoleransi. Walau orang itu selalu berbuat silap tapi saya jarang menegur. Tidak..itu bukan masalahnya. Saya tidak suka mencari silap orang, Tapi saya terpaksa. Saya mahu membetulkan keadaan. Memang saya emosional ketika itu.
Kadangkala saya terfikir, alangkah bagusnya kalau di dunia ini..saya hanya ada suami Qaisara dan keluarga saya, tetapi kemudian akal waras saya memikirkan. Saya perlukan kawan-kawan, saya perlukan orang sekeliling, saya perlukan pekerja-pekerja saya.
Saya tidak mahu orang lain bermasam-masam muka dan memang menjadi tanggungjawab saya membetulkan keadaan.
Memang selepas memarahi seseorang perasaan saya memang teruk! Tapi saya tahu, ini adalah asam garam kehidupan.

Thursday, January 22, 2009

MULUT MASIN

Ramai yang kenal dengan saya mengatakan mulut saya masin. Saya tidak boleh menyumpah atau marah-marah. Kalau menyumpah perkara itu akan terjadi. Pada mulanya saya tidak perasan namun kemudian saya mula sedar, bahawa menyumpah itu tidak baik sama sekali. Bahkan dalam Islam ianya memang diharamkan. Ada beberapa peristiwa yang menyebabkan saya serik untuk marah-marah dan menyumpah-yumpah lagi.

Peristiwa pertama.
Ketika itu saya sedang bekerja di kilang di Melaka dan di masa sama saya juga belajar komputer. Bila sebelah pagi saya bekerja, petang saya belajar. Bila bekerja sebelah petang, pagi saya belajar. Ketika itu pengangkutan saya hanya bas. Hari itu seperti biasa saya sedang menunggu bas jam sepuluh pagi untuk ke kelas komputer saya (belajar lotus aje). Ketika itu ada seorang lelaki sedang menunggang motorsikal RXZ (entah ye ke tidak..tapi motorsikal yang sebegitu bentuknya). Dia berpaling kepada saya dan bersiul2. Melihat perangainya yang jelik itu saya menyumpah.
“Gatal! Miang! Sekejap lagi masuklah kau bawah lori! Padan muka kau!”
Kerana kegeraman saya tidak dapat berfikir yang kata-kata saya itu mengundang musibah. Tidak lama kemudian, saya terlihat orang berlari-lari ke sebuah lori TNB yang diparkir tidak jauh daripada tempat saya menunggu bas. Rupa-rupanya lelaki yang bersiul dengan saya itu sudah berada di bawa lori. Kakinya patah dan sayalah yang berlari ke kedai tidak jauh dari situ menelefon ambulan!

Peristiwa ke dua.
Ketika itu saya sudah bekerja di Keramat dan tinggal di Ampang Kuala Lumpur. Saya juga sedang menunggu bas untuk bekerja di salah sebuah pejabat di sana. Pagi itu saya melihat seorang lelaki India yang menjual roti membawa muatan yang berlebihan. Lalu saya beritahu kawan saya.
“Kau tengok India tu, penuh motor dia dengan roti. Kalau jatuh padan muka dia!”
Dan sehabis sahaja saya bercakap, saya melihat India itu tiba-tiba terbabas dan jatuh. Nasib baik ketika itu kenderaan tidak banyak. Kasihan sungguh saya melihat dia mengutip rotinya yang bertaburan di tanah. Tetapi ketika itu saya tidak dapat menolong kerana bus yang saya tunggu sudah datang.

Peistiwa ketiga
Ketika itu saya sedang memandu kereta pulang ke Melaka dengan seorang rakan. Hujan memang agak lebat dan kereta saya dipotong oleh sebuah BMW yang bernombor flat daripada Singapura. Walau pun laju saya dapat lihat dengan jelas nombor flat kenderaan tersebut. Lantas pantas sahaja mulut saya mengeluarkan kata-kata.
“Huh..kereta ni, hujan-hujan macam ini bawa kereta macam pelesit. Kau tengok sekejap lagi..dia terlanggar divider dan tersadailah tengah jalan..”
Dan selang beberapa minit saya memandu ( agak perlahan) saya terlihat sebuah kereta BMW berflatkan Singapura tersadai di pembahagi jalan di tengah-tengah lebuhraya Melaka Seremban. Kawan saya bersorak kegembiraan dan saya hanya menggelengkan kepala dan terasa serik lagi mahu menyumpah-yumpah sampailah sekarang.

Tuesday, January 20, 2009

NYAMUK OH NYAMUK

Angin betul saya! Dengan penyembur racun serangga saya mengejar nyamuk nan seekor ini. Berkeliling bilik saya mencarinya. Sesekali nyamuk tersebut menjelma di depan mata saya. Syurr..pantas sahaja saya menyembur.
“Matilah kau!”

Hati saya berdesis. Saya memang pantang nampak nyamuk. Saya akan mengejarnya sampai dapat. Suami saya alergi dengan nyamuk, begitu juga dengan Qaisara. Habis kulit Qaisara berkudis kalau nyamuk sudah mengigit.
Namun kemudian ketika saya menyambung kerja saya di hadapan komputer, saya melihat dan amat pasti nyamuk yang sama terbang melayah di hadapan saya.
“Hey..kurang ajar, tak mati lagi kau!”
Saya cepat sahaja mencapai penyembur racun serangga, saya sembur ke arah di mana saya lihat nyamuk itu sebentar tadi dan berharap dia akan mati dengan segera.
“Tengok nyamuk yang kecil macam tu pun awak tak boleh bunuh?”
Usik suami saya yang memerhatikan saya sedari tadi kelihatan seperti tension sahaja dengan nyamuk seekor itu. Hati saya terfikir dengan kata-kata suami. Ya..nyamuk tersebut kecil sahaja. Tetapi kenapa saya tidak dapat mengejar dan membunuhnya. Kenapa saya begitu takut dengannya?


Nyamuk seperti semua orang tahu, pembawa banyak penyakit. Penyakit demam denggi, penyakit chikungunya, penyakit demam malaria. Bahkan nyamuk adalah salah satu makhluk kecil ciptaan Allah SWT. Tapi dari bentuknya yang kecil itu tersimpan pelbagai rahsia alam. Sehingga pakar perubatan terpaksa bekerja keras meneliti dan mengkaji penyakit dibawa oleh nyamuk ini. Sehingga ramai yang terkorban dengan nyamuk yang tidak sampai seberat 1gm.
Kenapa Allah jadikan nyamuk ini kalau ianya merosakkan manusia? Saya terfikir lagi dalam kegeramaan saya sambil mengerling dan memerhati sekeliling. Kalau-kalau nyamuk itu muncul lagi. Tiap kejadian mesti ada sebabnya. Sebagai umat Islam..saya benar-benar percaya..
Kalau nyamuk ini tidak ujud fikir saya, tidak dijadikan oleh ALLAH, tak adalah kilang ubat nyamuk. Tidaklah..orang membuat racun serangga untuk membunuh nyamuk. Tidak adalah pekerjaan untuk orang ramai. Bahkan kerana nyamuk..ramai para saintis dapat dihasilkan…bukankah itu kebaikan atas keujudan nyamuk?
“Woi..kau masih hidup lagi?”
Pang..saya menampar kuat nyamuk yang terbang melekap di dinding. Terburai perutnya. Terpancut darah dari perut nyamuk tersebut yang mungkin sudah menyedut darah daripada saya sebentar tadi.
Memang nyamuk yang seekor ini akan mati..tetapi banyak nyamuk lain yang akan hidup. Membawa bersama keburukan dan kebaikan.
ALLAH memang maha mengetahui..dia tahu tujuan dia mengujudkan makhluknya di muka bumi ini..cuma kita manusia yang harus mengkajinya.
Dan keujudan nyamuk ini menyebabkan saya merasakan diri saya begitu kerdil sekali. Walaupun tubuh badan saya besar berjuta kali ganda dibandingkan dengan nyamuk, nyata saya terlalu sukar untuk menang dengan nyamuk seekor..

Saturday, January 17, 2009

IDOLA MASYARAKAT ISLAM

Sejak akhir-akhir ini tidak tahulah kenapa saya cukup tidak suka melihat blog-blog yang meletakkan pelakon atau penyanyi 'Mat saleh' sebagai idola mereka. Saya rasa macam nak termuntah, saya rasa macam terlalu marah kerana yang meletakkan gambar pelakon barat ini adalah orang melayu kita sendiri.. Mungkin kerana sentimen dan kebencian saya terhadap Amerika sudah terlalu sejak akhir-akhir ini. Sehingga memaksa saya mengelak beberapa produk Amerika yang menyokong Israel secara terang-terangan.. Hari ini saya mahu meletakkan hero saya dan mungkin hero di mata dunia iaitu Mohammad Aboutreika.


Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.
Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.
Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan “تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza “.Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra , Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia memberikan reaksi yang bercampur-campur mengenainya. Reaksi dunia sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya adalah mesej kemanusiaan. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza , berani berseorangan menegakkan kebenaran.
Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza ) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.
Selain peristiwa “Sympathize with Gaza “, Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej “We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad” selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark . Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.
Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.
Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008 , beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. “..merupakan pendakwah Islam”, menurut Mufti Congo , Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.
Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya menjadikan Aboutreika sebagai teladan. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.
Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!
Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa2 web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.
Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya.
Dan bagi saya..lupakanlah artis-artis pujaan anda semua terutamanya artis-artis Amerika yang cuba menjajah fikiran anda..jadikan insan seperti Mohamed Aboutreika sebagi idola kita semua dan moga-moga kita mendapat kekuatan seperti beliau.

Friday, January 16, 2009

MEMENUHI MASA DI WAKTU TEPU

Bila membaca blog-blog penulis lain yang saya kunjungi, semua mengatakan mereka begitu sibuk sekali. Saya faham..penulis memang sentiasa sibuk. Tetapi saya? Tidaklah terlalu sibuk sangat pun. Pukul 4 pagi saya bangun, membaca semua suratkhabar online termasuklah murai.com dengan mangga online selama sejam. Kemudian barulah memulakan penulisan. Pukul 6 berhenti bersolat dan mengaji. Menyambung penulisan semula sehingga pukul 8 sambil menjenguk pokok bunga atau membuat sedikit senaman. Kalau ada buku penulis baru yang perlu saya semak editingnya, saya akan semak. Walau saya mempunyai dua orang editor, kadangkala sebagai manusia mereka terlepas pandang. Sebolehnya sekarang kami cuba melakukan sebaik mungkin apabila melibatkan editing. Pukul 10 saya akan membuat sarapan dan kemudian meneruskan penulisan dan pukul 12 sehingga pukul 4 adalah waktu saya berehat. Waktu tepu di mana saya tidak boleh menulis pada waktu itu.Mungkin otak saya sudah penat. Kadangkala waktu ini juga saya ke pejabat. Menyelesaikan beberapa perkara.

Adunan biskut sarang semut yang sudah siap di sagat.

Dan semalam saya teringat. Tahun baru cina sudah makin menghampiri. Saya berfikir apa yang perlu saya bagi jiran-jiran cina saya di sebelah menyebelah rumah. Nah ini dia..biskut sarang semut yang tidak ada semut..yang saya buat di waktu tepu saya!


Biskut sarang semut yang sudah siap dibakar. Dapatlah 4 balang semalam. Saya agih2kan pada jiran yang menyambut tahun baru cina. Sebalang kecil Qaisara hantar sendiri kepada Teacher atau cikgu2 tadika yang berada di belakang rumah saya. Cikgu2 tadika itu sering mengoda Qaisara supaya bersekolah di situ he.he.he tapi Qaisara cuma suka datang ke sekolah itu pada pukul 5 petang!

Monday, January 12, 2009

HARIJADI QAISARA DAN PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PEMENANG KUIZ

Syukur Alhamdulilah. Selesai sudah majlis hari jadi anak saya Qaisara pada 11/Jan semalam (sebenarnya hari ini 12/1 tapi dibuat lebih awal sebab hari ini Isnin) dan juga penyampaian hadiah bagi pemenang hadiah kuiz Chinta. Ramai yang hadir dan sesungguhnya kami cukup terharu dengan kehadiran para jemputan yang sudi meluangkan masa pada petang semalam. Jiran-jiran saya dan juga peminat yang datang bersama suami memberikan sokongan.


Khemah dan sedikit hiasan untuk hari jadi Qaisara. Warna hijau memang jadi kegemararan saya, yang jalan berlenggang di hadapan khemah anak dara saya Balkish.



Sebelum majlis di adakan, kami membuat kejutan kepada kakak sulong saya Maznah yang akan menyambut hari lahirnya pada 16hb Januari ini. Kakak yang selama ini banyak membantu dan membesarkan saya sejak ketiadaan emak 33 tahun yang lalu. Sejak ketiadaan emak, dialah kakak dan dialah emak kepada saya.


Qaisara yang sudah pun 3 tahun hari ini. Tersenyum riang kerana ramai kawan dan ramai yang membawa hadiah kepadanya.


Hari penuh makna apabila Qaisara, Balkish dan Qaisara Balkish ditemukan. Di sebelah kiri adalah Shelly yang juga ibu kepada Qaisara Balkisah. Kakak saya Maznah tak putus-putus mengatakan Shelly cantik..he.he.he

Acara memotong kek. Sebenarnya saya sudah terlupa kerana asyik berborak dengan tetamu yang datang.

PEMENANG-PEMENANG HADIAH KUIZ

Sebelum majlis memotong kek dijalankan kami mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang kuiz Chinta. Bersama salah seorang pemenang. Mahanim Mahmud. Tengok betapa comelnya Anim..terasa macam antara dua darjatla pulak..


Seorang lagi pemenang, Norfadilah yang datang bersama suami dan anak-anaknya dari Sepang. Jauh..tu. Beliau datang bersama sekotak buku yang minta ditanda-tanganinya..ha.ha.ha. Terharu dengan sokongan suaminya...


Pemenang hadiah khas juri . Mazawani a.ka. Wanupeh yang menulis jawapan kuiz Chinta yang begitu panjang lebar. Membuatkan hati juri menjadi cair..he.he.dan terharu.


YANG HADIR
Kehadiran para tetamu mengembirakan saya. Semua penulis NBKara pun turut serta. Kak Zara Aluwi, Sarnia Yahya, Nora Ismail, Iejay Zakaria, Zulaina Abuas bersama suaminya Iskandar. Disamping peminat, Anim, Watie Idris Nacha , Wan Amyln kersemuanya bersama suami dan ana-anak yang sporting. Anida Daun editor saya bersama Ronnie suami tersayangnya dan anak-anak juga turut hadir (maaf kepada siapa yang tidak disebut namanya).

Lily dan Nora (yang membelakangkan kemera) yang tidak dapat dipisahkan. Lily datang bersama anak-anaknya, Adib, Haikal dan Anis. Terharu sungguh dengar cerita mengenai Haiqal yang membongkar mainannya untuk dihadiahkan kepada Qaisara dan kemudian menyuruh kakaknya Anis (yang memakai cermin mata) menulis kad kepada Qaisara.
Dear Qaisara, I wish you happy birthday..from your friend..Haiqal
Oh..so sweet menantuku!


Kak Zara Aluwi bersama Shelly dan juga jiran-jiran saya ketika saya tinggal di rumah lama saya di Taming Impian.


Jiran-jiran sebelah rumah saya. Di belakang yang berbaju kuning Kak Haiza dan suami, jiran saya di Bukit Indah yang hampir 10 tahun tidak saya temui.

KREDIT

Credit yang harus diberikan kepada pembantu saya Suraya yang bersusah payah menghantar jemputan, menyewa khemah dan juga meniup belon..ha.ha.ha

Pembantu rumah saya Sari dan jiran saya Ah Kua (sebenarnya nama dia Ah Kwan) yang banyak membantu.


Kepada kaum keluarga saya yang datang dari Melaka dan Port Dickson. Adik saya Kamal, kakak saya Mijah dan abang ipar saya Rahim sedang membakar ikan, sotong dan udang.

TADA !


Qaisara dengan hadiah yang diterimanya. Terima kasih sekali lagi pada semua para hadirin yang sanggup meluangkan masa berada di majlis yang tidak seberapa ini dan bersusah payah membawa hadiah untuk Qaisara. Bagi saya sebenarnya, kalau boleh tetamu tidak perlu membawa apa-apa hadiah kerana majlis ini diadakan hanya mahu menjamu tetamu dan berbual mesra (saya sendiri tidak memberia Qaisara apa-apa hadiah!). Dan orang yang paling gembira sudah tentu Qaisara kerana banyak dapat hadiah. Teddy bear yang besar itu daripada auntie Shellynya. Tapi kata Qaisara teddybear itu akan diberi kepada Babanya..ALLAH2 . Uminya yang bersusah payah yang mengadakan majlis ini bersama Acik Suenya..Babanya yang dapat hadiah dari dia.

Hadiah daripada Haiqal yang membuat saya benar-benar terharu!

Friday, January 9, 2009

IMAM VS AYAT-AYAT CINTA

Kalau pembaca blog ini tidak pernah kenal novel Imam. Inilah novelnya. Novel yang saya rasa antara novel yang terbaik pernah saya baca.

“Kau dah pernah baca naskah Imam?”
Tanya seorang teman saya pada satu hari. Saya menganggukkan kepalanya. Imam adalah naskah yang paling saya suka dan paling saya sayang daripada penulis tersohor SN Abdullah Hussin. Dari novel itu saya banyak belajar dan seingat saya sudah berkali-kali saya membacanya. Di mana saya merasakan di dalam naskah Imam, seorang imam telah diletakkan di tempat yang cukup wajar dan sempurna. Bukan macam imam yang sering dipaparkan dalam drama telivisyen. Gatal, miang dan tidak boleh dipercayai. Bahkan Haji Mihad imam yang digambarkan di dalam Imam adalah seorang yang cukup tenang dan lemah lembut. Cuba membawa pembahruan dalam masyarkat melayu menerusi jawatan imamnya walaupun mendapat banyak tentangan.
“Kau dah baca ayat-ayat cinta?”
Tanya sahabat saya. Saya terdiam seketika. Memang saya telah cuba membaca naskah ayat-ayat cinta. Tetapi hanya separuh jalan kerana gantinama ‘aku’ yang membantutkan pembacaan saya.
“Aku dah baca tapi separuh jalan…” saya menyeringai lebar.
Saya memang bercadang mahu membeli buku tersebut dan membelek-beleknya di kedai buku. Tetapi disebabkan penulis menggunakan perkataan ‘aku’. Saya jadi terencat untuk membacanya.
“Asal kau cemburu kerana novel itu popular dari buku kau?” kawan saya seakan mengejek, saya hanya ketawa. Besar. Ishh..dia ni ada-ada sahaja.
“Kau baca dan buat perbandingan, dengan buku kau. Dengan Imam..”
Beritahu kawan saya sambil menghulurkan sebuah naskah dari dalam begnya. Percuma dan diberikan kepada saya kerana dia tidak mahukan lagi buku tersebut.
“Aku bagi kau masa tiga hari, habiskan dan komen..”
Aduhai…saya terkebil-kebil. Arahan sahabat saya seperti mencekik batang leher saya. Bukan saya tidak suka membaca novel. Saya suka tetapi saya benar-benar tidak suka kalau penulis menggunakan perkataan ‘aku’. Seolah-olah penulis mengambarkan dirinyalah di dalamnya novel tersebut. Tidak kisahlah buku sesiapa pun. Memang saya tidak suka. Itu kelemahan yang terpaksa saya akui dengan sewajarnya.
Saya hanya sempat membaca Ayat-ayat cinta beberapa minggu kemudian. Baca berhenti dan cuba menghapuskan fikiran jahat saya mengenai ‘aku’ itu.
“Naskah Iman dengan ayat-ayat cinta mana lebih baik?”
Sahabat saya itu datang terjengul ketika saya berada di pejabat.
“Sudah tentu aku menyukai Imam..” saya menjawab sejujur mungkin.
Mungkin sudah bertahun-tahun kepala saya sukakan Imam dan Ayat-Ayat Cinta sudah tidak dapat memasuki ruang kepala saya.
“Memang naskah Imam jauh lebih baik daripada Ayat-ayat Cinta. Tetapi kenapa generasi muda tergila-gilakan Ayat-ayat Cinta aku sungguh tidak faham. Apakah ini hanya satu ikutan ..”
“Kau tidak boleh bandingkan Imam dengan Ayat-Ayat Cinta. Imam di tulis oleh seorang pengarang tersohor yang lebih menitik beratkan kualiti daripada pasaran komersial. Ayat-ayat Cinta ditulis seorang penulis yang beberapa tahun duduk di luar negara, menulis mungkin untuk berdakwa dengan cara orang muda. Mediumnya Cinta!. Cara mereka berlainan. Kelompak pembaca juga berlainan. Bahkan naskah Ayat-ayat Cinta mengikut selera pembaca muda zaman kini. Imam ditulis kerana tanggungjawab memertabatkan bahasa dan agama. Menyedarkan masyarakat kita betapa pentinganya rasa kasih sesama insan. Bukannya rasa kasih berlainan jantina”
Saya meningkah.
“Aku tidak begitu puas hati dengan buku Ayat-Ayat cinta ini. Dengar…ketika Maria terkedang sakit. Lalu Fahri datang…berbisik di telinga Maria.
“Maria, bangunlah Maria. Jika kau mati aku akan ikut mati. Bagaimana seorang yang kononnya kuat beragama boleh berkata begitu. Seolah-olah dia akan membunuh dirinya kalau Maria itu akan mati”
Sahabat saya ini memang teliti orangnya. Dulu-dulu kalau dia menghentam dan memberi komen buku saya, memang seram sejuk jadinya. Namun komen dan hentaman itu benar-benar membantu saya menjadi seorang yang sentiasa peka ketika menulis.
“Ungkapan tersebut hanya ungkapan seorang lelaki untuk memberi semangat pada perempuan..” saya berkata perlahan apabila melihat wajah sahabat saya beria-ia.
“Bagi aku cinta di dalam Ayat-ayat Cinta adalah satu cinta yang cukup klise. Si hero membisikkan kata cinta dan seperempuan yang sakit akan bangun dan terpesona. Bahkan bagaimana si lelaki boleh mengatakan cintanya pada Maria sedangkan dengan isterinya Aishah dia terlalu cinta. Bukankah berbohong namanya…”
Saya terkebil-kebil mendengar leteran sahabat saya.
"Bukankah Ayat-Ayat Cinta memertabatkan wanita juga dengan mengambarkan betapa baiknya dan ikhlasnya Aishah.."
"Ha..ha.ha..itulah kau. terpengaruh dengan propaganda lelaki yang mahu berkahwin lebih! Perempuan dapat payung emas kalau suami berkahwin lain! Ada ke? Carikan aku hadisnya? Beritahu aku perempuan mana sudah mendapat payung emas. Ada ke dalam Al-Quran?"
Kalau bab Al-Quran, Hadis. Memang saya kalah. Sahabat saya ini ilmunya lebih tinggi daripada saya. Saya menyerah.. Dia boleh menghafal Al-Quran. Saya menghafal Yassin pun sekerat jalan.
“Aku suka membaca pengalaman penulis di Mesir, banyak perkara yang tidak aku tahu aku dapat tahu dalam buku tersebut…” saya menjawab perlahan. Memang kisah-kisah di Mesirlah yang banyak mengubat hati saya ketika membaca Ayat-ayat cinta.
Sebagai penulis sebenarnya saya tidak suka mencari kesilapan penulis lain. Bagi saya semua buku baik dan bagus. Cuma kesilapan Ayat-Ayat Cinta bagi saya, dia menggunakan ‘aku’. .
“Aik..bukankah boyfriend kau dulu orang Mesir. Kau dah tahu banyak perkara pasal Mesir.” Celupar sahaja mulut sahabat saya bertanya. Pantas sahaja saya menepuk mulutnya. Kami sama-sama ketawa kerana sahabat saya itu sudah cuba membabitkan kehidupan peribadi saya di zaman lampau.
“Bagi aku Ayat-ayat Cinta tidak banyak bezanya daripada penulis Malaysia yang lain. Bahkan naskah Imam lebih baik daripada Ayat-Ayat Cinta yang hanya mahu mengangkat penulis..mengambarkan dirinya seorang yang cukup sempurna. Kalau tidak kenapa dia menggunakan perkataan aku. Ramai penulis di Malaysia yang dapat menulis dengan lebih baik. Aku rasa kau pun.bla..bla..bla..…”
“Dahlah jangan membebel. Aku tengah siapkan buku penulis muda NB Kara. Nanti kau jangan lupa beli. Hujung bulan ni Lagu Cinta, lambat sikit sebab baru jumpa printer baru. Dan bulan depan Viva Sakura…”
“Viva Sakura! Sakura ni immortal ke..setahu aku Sakura dua minggu aje setahun..”
Sahabat saya itu ketawa berderai-derai. Syukur sahabat saya mengerti apa maknanya Viva (dalam bahasa spain atau italy, panjang umur ataupun salute!)
Ahh..orang yang banyak membaca seperti sahabat saya Azimah ini memang banyak tahu semua perkara!
Dan saya termenung ketika Azimah meminta izin pulang. Buku yang baik sebenarnya susah untuk menang di hati pembaca.

Thursday, January 8, 2009

KEPUTUSAN KUIZ NOVEL CHINTA

Di sini kami mengumumkan pemenang Hadiah Kuiz Chinta (seutas jam tangan sovil titus)
1. Mahanim Mahmud
2.Norfadhilah Binti Maarif
HADIAH KHAS JURI KERANA KOMEN YANG CUKUP MEMBINA (seutas jam tangan)
1. Maizawani Bt Shaari
  • Semua pemenang harap hubungi kami untuk penghantaran hadiah.

Di sini kami siarkan penyertaan yang memenangi Hadiah Khas Juri

1.Novel CHINTA - Norhayati Berahim
Suka ^__^* Kisah yang amat menarik, penulisan yang santai dan berkesan.
2.Rekabentuk kulit
Suka* Sangat menarik, warna latar yang tenang, tulisan tajuk yang menyerlah dan nama penulis yang menonjol dengan latar hitam yang memudahkan pembaca/pembeli mencari di kedai buku. "Double thumb up!!!" ^__^
Editor - Suraya Yacob
Suka*Tak ada komplen... ^__^
Apa yang saya rasa tentang watak-watak di dalam novel CHINTA...+
CHINTA - SUKA- Bagi saya, Chinta seorang yang penuh emosi, penuh pendirian dan mencerminkanseorang wanita yang mempunyai jati diri yang kuat. Dengan menjiwai Chinta, sesiapa sahaja, pasti ingin menjadi sepertinya, punya kesabaran, punya rasa kasih + sayang,punya rasa hormat yang mendalam serta punya nilai-nilai murni yang menjadi gariskepada keperibadian yang tinggi.+
RAJA AKID - SUKA-Gentleman dan tidak suka memaksa.+ Pakcik Kamal - Tiada prejudis- Manusia boleh menjadi tidak rasional, terutamanya apabila seseorang itu takut kepada bayang-bayang sendiri atau bayangan silam.+
Makcik Molek - Tiada prejudis- Kasih seorang ibu dapat dirasai dari watak ini.+
Mak Yong - Tiada prejudis- Bagi saya, seorang wanita yang tegar dan penyayang.+
Raja Haidar - Tiada prejudis- Pilihan itu, merupakan sesuatu yang mengelakkan diri disakiti dan menyakiti orang lain.+
Saiful - Tidak suka- Manusia memang mudah lupa dan terlupa, watak Saiful membentangkan satu realititentang hidup, ingin memiliki tanpa dimiliki, ingin menguasai tanpa sedar diri dikuasai.+
Pakcik Daud dan Makcik Som - Suka- Mengingatkan saya tentang ketidaksempurnaan bukan satu kekurangan. Terbayangrealiti di depan mata apabila berjalan/melalui Masjid India, beginikah kehidupan insan-insan ini. Benarlah kata pepatah, di mana langit di junjung di situ bumi di pijak.+
Pn. Shima/Raja Farah/Akma/Rodin - Tentu saja tidak suka-
Akma dan Rodin - menunjukkan bahawa apabila wang ringgit bertakhta di hati, dunia adalah segala-galanya.-
Pn. Shima - Apa yang dapat saya gambarkan, manusia yang terlupa akan mudah mengambil kesempatan dalam kesempurnaan yang dimiliki. Tidak ada hati yang mampumengalahkan nafsu tanpa ada sedikit keimanan di dalamnya.-
Raja Farah - Walaupun tidak suka dengan watak ini, tetapi Raja Farah, tentu saja terlaludimanjakan oleh kedua ibu dan bapa angkatnya. Akibatnya, menjadi anak yang tergangguperibadinya (spoilt child). Oleh itu, pasti Raja Farah menjadi tergugat apabila mendapat tahuChinta ( orang yang memang dia rasa terancam dalam hal berkaitan Raja Akid) adalah anakkandung ibu dan bapa angkatnya. Tambahan pula, pendekatan Raja Alaudin dan Nuseha kepada Raja Farah, tidak mengambarkan tentang perihatinnya mereka ini, terhadapperasaan Raja Farah sendiri (mungkin mereka rasa muak dengan tingkah laku Raja Farah,tetapi di mana nilai kasih sayang itu diletakkan). Hanya saya bersimpati dengan Raja Farahdi dalam hal ini.+
Raja Alaudin dan Nuseha - Tiada prejudis- Saya dapat memahami rasa bersalah mereka meninggalkan anak, satu-satunya anakkandung, dan apabila bertemu kembali, rasa kasih dan sayang tentu saja akan di beri danditunjukkan kerana rindu yang disimpan sekian lama...Tetapi, pendekatan mereka di dalamhal ini kepada Raja Fara, membuatkan saya tertanya-tanya, adakah kasih dan sayangselama ini hanya sandaran kepada hati yang kehilangan...Tiada manusia yang sempurna...+
Candy - Suka- Nilai persahabatan yang digambarkan, membuatkan saya terkenangkan sahabat-sahabatsaya yang jauh dimata, dipisahkan oleh jarak dan kerjaya..
.Saya amat suka dengan Novel CHINTA ini, tidak menghampakan, amat berkesan, menghiburkandan memberikan pengajaran dari sudut realiti yang kadang-kala kita lupa ketika mengisi hari-hari dengan aktiviti harian.Tetapi apabila ditanya, apa yang membuatkan saya tidak suka dengan Novel CHINTA ini...emmm...perkara pertama, garu kepala, tenung novel CHINTA, garu kepala semula, belek kulit CHINTAdepan belakang...kemudian tanya diri sendiri..."apa yang saya tak suka ya, pada novel ini?"Bila sudah suka, pastinya amat sukar untuk mencari perkara yang tidak disukai. Kata orang dulu-dulu, dari mata turun ke hati. Suka dimata dibawa turun ke hati...Jadi tanyalah hati...mungkin adajawapannya...
Walau apa pun, apa yang membuatkan saya tidak suka pada Novel CHINTA ini, lebih menjurus kepada persoalan peribadi. Membaca CHINTA dari awal hingga penghujung, banyak membawa persoalan dan rasa hati. Manusia tidak ada yang sempurna, 100% kalau mengikut kata angka, tetapi manusia yang cuba menuju ke arah kesempurnaan pastinya ada di kalangan kita, terutamanyayang berpekerti dan berperibadi tinggi...
Apa yang dibentangkan di dalam CHINTA, terutamanya dari watak utama, membuatkan saya merasakan seribu satu kekurangan. Kekurangan sebagai seorangmanusia, kekurangan sebagai seorang perempuan, kekurangan sebagai seorang anak dan tentunyakekurangan sebagai seorang muslimin
.Nyata penulis membawa realiti untuk dijiwai, dibentang untuk kesedaran serta penghayatan yangbukan sedikit untuk pembaca belajar meneliti dan memahami. Garapan penulis di sepanjang helaian amat berkesan di hati saya dan atas rasa ini membawa saya kepada persoalan mengenai kesempurnaandi dalam kehidupan, yang begitu subjektif bagi setiap orang. Kesempurnaan yang bagaimana kita inginidan sejauh mana kesempurnaan itu penting dalam kehidupan kita sendiri.Saya tidak pasti dengan pembaca lain, tetapi di akhir cerita, persoalan mengenai kekurangan dankesempurnaan yang mengetuk hati saya, yang membuat saya tidak suka dengan novel CHINTA ini,kerana akhirnya persoalan ini yang membawa saya kembali ke persoalan realiti. Realiti tentang kekurangandan kesempurnaan, kerana saya bukan manusia yang sempurna.....

Wednesday, January 7, 2009

BUKIT INDAH YANG TELAH KU TINGGALKAN

Jalan 3/7 Jalan di mana saya dan kakak saya pernah tinggal. Rumah kakak saya itu sudah disewa kepada orangluar.

1.1.09 ini genaplah 10 tahun saya tinggal di Kajang dan bermakna genaplah 10 tahun saya tinggalkan Taman Bukit Indah, Ampang. Dan pada 2hb Jan 2009 saya mengajak suami ke Bukit Indah menyusuri jalan yang pernah saya lalui dan tinggal selama lebih kurang 5 tahun.
Melihat Bukit Indah, hati saya terasa sebak. Terbayang wajah-wajah sahabat saya yang sudah lama tidak saya ketemui. Di mana mereka sekarang ini?
Saya teringatkan Pak Dollah, pemandu bas 183 yang bekerja sebagai tukang sapu di DBKL pada waktu paginya dan menjadi pemandu pada waktu tengah hari. Saya masih ingat bagaimana dia menangis apabila menceritakan kematian isterinya apabila saya bertanya ke mana dia menghilang selama seminggu.
Di situ juga saya berjumpa pemandu teksi yang cukup baik hati. Seorang lelaki berbangsa cina yang cukup rajin bercerita dengan saya. Bertahun-tahun saya melanggan teksi beliau apabila bas 183 terlambat atau penuh. Paling yang saya suka tentang pemandu teksi ini, kalau orang lain menahan teksinya dia ternampakkan saya. Pasti saya diambil tidak orang lain.
“Adik..adik ada kenal perempuan melayu tak. Kenalkan sama uncle. Tapi tak mahu yang muda-muda. Tua macam uncle pun tak apalah. Paling muda 40anlah..”
Satu hari pemandu yang saya panggil Uncle Beng itu bertanya pada saya. Uncel Beng berusia di awal 50an.
Di bawah pokok ini saya selalu menunggu bas dan menahan teksi Uncle Beng.

“Uncle tak ada isterikah?”
Saya tahu Uncle Beng duduk di condo berdekatan denga Bukit Indah. Bukan main tu! Pemandu teksi tapi tinggal di condo. Tetapi menurut Uncle Beng dia dahulu bekerja mengikut kapal dan menetap di Australia agak lama. Dia balik semula ke Malaysia kerana di sinilah tanah tumpah darahnya. Tidak ada apa yang mahu dibuatnya, dia membawa teksi sambil bermain saham.
“Ada. Tapi masa uncle duduk Australiala. Tapi sekejap sahaja. Lepas tu cerai…”
“Uncle cinakan..”
“Yalah..cinalah. You tengok uncle orang putihkah..”
Saya sudah ketawa mengekeh..begitu juga Uncle Beng.
“Habis kenapa uncle mahu perempuan melayu..”
“Oh..adik uncle. Masa uncle tinggalkan Malaysia. Dia banyak jahat. Kaki botol. Suka main judi. Main perempuan. Bila uncle balik Malaysia. Dia jadi orang baik. Cakap lemah lembut. Kuat sembahyang. Awak tahu kenapa?”
Saya memang sering duduk di belakang dan uncle Beng melihat saya melalui cermin pandang belakangnya.
“Dia sudah insaflah uncle..”
“Itu satu, tapi sebab bini dialah. Dia kahwin dengan melayu. Bini dia banyak baik. Banyak kuat agama. Banyak bersih. Saya cukup suka. Anak-anak dia cukup hormat saya. Isteri dia cukup sayang saya. Tiap kali saya datang, dia mesti masakkan saya makan. Kalau saya tidak datang, dia akan tanya adik saya. Kenapa abang awak tak datang. Dia ada makan tak? Dia sihat tidak..ayooh..banyak baik itu isteri. Isteri saya dulu lainlah. Kalau ada duit, dia sayang. Kalau tidak melayang. Tapi adik ipar saya banyak baik.”
Uncle Beng sudah mengangkat ibu jarinya. Tanda bagus. Saya tersenyum sambil menganggukkan kepala saya.
“Adik nanti carikan saya perempuan melayu ya..”
“Okay uncle..uncle mahu ke masuk Islam?”
“Mahu-mahu..”
Selepas itu ada beberapa kali saya berjumpa dengan Uncle Beng. Saya selalu memberitahu dia yang saya sedang berusaha mencari isteri buatnya. Saya masih ingat bagaimana Uncle Beng tersenyum dan bercerita lagi tentang kebaikkan adik iparnya.
Dan tidak berapa lama kemudian saya membeli kereta kancil, kereta pertama saya. Sejak hari itu saya sudah tidak lagi berjumpa Uncle Beng.
Setahun kemudian Taman Bukit Indah saya tinggalkan. Dan sedar tidak sedar 10 tahun berlalu. Dan ketika saya menyelusuri jalan Bukit Indah semula 2 Jan 2009, saya tertanya-tanya. Di mana uncle Beng sekarang.
Apakah lelaki tersebut mendapat isteri sebaik isteri adiknya?

Monday, January 5, 2009

SELAMAT BERSEKOLAH ANAK-ANAKKU!

Saya pula yang sedih bila sekolah bermula, semula. Sebabnya....saya sudah tidak ada kawan untuk diajak berjalan atau menonton wayang. Ojan dan Akim sudah bersekolah semula. Akim memulakan persekolahan di tingkatan 1 di Sekolah Sultan Abdul Aziz, di sekolah uminya atau kakak saya Mijah mengajar. Ojan yang jadi pengawas juga bersekolah di situ Tahun ini Ojan berada di dalam tingkat 3. Saya janji dengan Ojan kalau dia dapat PMR 8A, saya belikan dia motor Sutun. Semuanya warna pink. Motor pink, topi keledar pun pink. Sudah tentu Ojan menolak mentah-mentah (sebenarnya saya yang nak motor tu)..he.he.
Tahun ini anak buah saya Alin bersekolah di dalam darjah satu. Alin bersekolah dengan abang-abangnya, Irfan dan Adli di sekolah ayah atau abang saya mengajar.
Balkish memulakan persekolahan 'main-main'nya di tadika PASTI di hadapan rumah kakak saya di kampung. Mula-mula kakak saya mahu mendaftarkan dia di tadika berbayar dengan yuran permulaan RM850. Saya melarang..untuk apa membayar sebegitu mahal untuk kanak-kanak belajar di usia 4 tahun? Membazir sungguh!
Pagi-pagi lagi Ah Kua sudah memanggil dan menjerit nama Qaisara ketika Qaisara masih enak diulit mimpi. Anak Ah Kua yang bongsu tidak mahu ke sekolah kalau Qaisara tidak pergi. Tetapi saya tidak sampai hati untuk mengejutkan Qaisara. Dia baru mahu menyambut ulang tahun ke 3 minggu depan sudah mahu ke sekolah. Anak Ah Kua pula hampir berusia 4 tahun.
"Tak payahlah sekolah. Kita dulu-dulu 7 tahun baru sekolah. Kasihan dia. Nanti susu dia macam mana? Diakan minum susu setiap 2 jam sekali.."
Larang suami saya. Jadi saya masih belum berkira-kira mahu melepaskan anak saya yang masih terlalu kecil lagi untuk bersekolah. Saya takut saya pula yang terpaksa bersekolah sama nanti kerana takut melepaskannya.
Lagipun Qaisara jenis kanak-kanak yang tidak suka duduk diam. Dia hanya boleh duduk di kerusi 1 minit sahaja. Lebihnya dia akan berdiri, berjalan, bermain. Nanti saya masukkan dia ke sekolah. Anak-anak lain yang mahu belajar, dikacaunya.
Pukul 9.30 saya mengejutkan Qaisara kerana bangunnya lari dari kebiasaana (biasanya Qaisara bangun jam 8 pagi).
Apabila dia membuka mata dan melihat wajah saya, bingkas dia bangun sambil berkata.
"Umi..Qaisara nak pergi sekolah!"
Saya terkebil-kebil mendengar kata-katanya. Ini sudah pasti Ah Kua yang sudah meracuni fikiran anak saya..ha.ha.ha

Sunday, January 4, 2009

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA

Hubungan sains dan sastera
Dewasa ini, novel remaja menjadi satu bahan bacaan yang popular dalam kalangan remaja yang suka membaca. Novel-novel ini memperkatakan tentang dunia mereka iaitu dunia remaja daripada pelbagai segi dan yang paling dominan ialah permasalahan cinta. Semacam menjadi satu keperluan untuk mereka memiliki novel daripada pengarang yang mereka gemari. Ada pengarang-pengarang novel remaja ini yang mempunyai kelab peminatnya sendiri untuk bukan sahaja mempromosikan karya-karya mereka tetapi juga bertemu dengan peminat novel-novel mereka. Mereka menjadi semacam selebriti dan tidak kalah dengan pengarang tersohor dunia J.K Rowling yang menghasilkan novel remaja Harry Potter. Sesetengah jualan novel-novel remaja ini sangat laris dan diulang cetak beberapa kali.
Tambahan pula, novel-novel remaja ini boleh di dapati di kedai-kedai buku terkenal tanah air dan diletakkan di ruang yang strategik di kedai-kedai ternama ini. Perkara ini tidak berlaku pada masa dahulu dan novel-novel remaja Melayu dikatakan tidak ada nilai sastera dan pembacanya pula kurang. Namun keadaan telah jauh berubah. Ada di antara pengarang-pengarang ini telah menjadi senang dengan menikmati royalti daripada penjualan novel-novel yang dihasilkan. Daripada satu segi, perkembangan ini sangat baik, misalnya ia memperlihatkan minat remaja kita untuk membaca sudah meningkat, industri penerbitan buku kita turut memperlihatkan peningkatan yang memberangsangkan.
Namun di dalam suasana yang menggembirakan ini, terserlah satu kebimbangan yang munasabah. Apakah novel-novel remaja yang disajikan di ruang-ruang strategik kedai- kedai buku itu adalah novel- novel yang baik?. Baik di sini bermaksud dalam konteks pembinaan personaliti remaja itu sendiri. Remaja adalah satu angkatan muda yang sedang melalui proses pembentukan personaliti yang penting dan mencabar. Mereka sedang melepasi zaman kanak-kanak dan sedang memasuki alam dewasa. Zaman yang penuh cabaran dan dugaan, di samping keseronokan dan keindahan. Namun adakah novel-novel remaja itu membantu remaja membina personaliti yang sihat atau sebaliknya? Kalau kita teliti novel-novel remaja yang popular itu, kebanyakannya membincangkan tentang cinta dan cinta yang dikupas itu adalah cinta sensasi yang mengarah kepada khayalan yang melalaikan.
Perlambakan novel-novel remaja yang sensasi sifatnya ini seperti tidak dapat dibendung lagi. Ada yang melihat perkembangan ini sangat baik dan kita tidak perlu bimbang kerana ia menandakan remaja kita sudah minat membaca khususnya sastera dan mereka akan menjadi khalayak masa depan sastera Melayu. Betulkah ini akan terjadi? Apa yang kita dapati, khalayak sastera Melayu semakin kecil. Mereka yang menjadi pembaca novel-novel remaja yang sensasi itu, apabila dewasa mereka menyedari bahawa novel-novel yang mereka pernah baca itu adalah hampas sahaja.
Mereka membuat satu generalisasi yang mungkin kurang tepat dengan mengatakan bahawa sastera adalah hampas sahaja atau khayalan murahan sahaja. Kenapa ini berlaku? Banyak jawapan yang boleh kita peroleh. Namun yang jelas, mereka tidak mendapat novel-novel remaja yang bermutu yang boleh menyebabkan mereka jatuh cinta kepada sastera. Mereka tidak terdedah dengan novel-novel yang bermutu daripada segi persoalan-persoalan yang dibincangkan. Mereka terlepas daripada isu-isu sejagat yang berada di sekeliling mereka. Kesedaran mereka tentang isu-isu global tidak terusik. Mereka gagal untuk menjadi orang dewasa yang boleh berfikir dan mempunyai idealisme yang dapat menggerakkan mereka ke hadapan.
Pandangan seorang saintis Melayu yang luar biasa minatnya kepada kesenian dan kebudayaan yang sedang menerajui sebuah universiti tempatan perlu dibincangkan difikirkan untuk kemajuan sastera remaja Melayu. Pandangannya tentang sastera remaja sangat menerik difikirkan. Beliau telah memberi satu hala tuju kepada sastera remaja di dalam satu persidangan iaitu Persidangan Kebangsaan Kesusasteraan Remaja 2008 baru-baru ini di Universiti Sains Malaysia. Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak adalah seorang saintis dalam bidang farmasi dan beliau telah memberi pandangannya bagaimana sastera remaja itu perlu dibangunkan sesuai dengan perkembangan negara sekarang dan dunia amnya. Sebagai Naib Canselor Universiti Sains Malaysia iaitu sebuah universiti yang berakarkan kepada sains dan teknologi, beliau melihat sastera juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia dan keprihatinan beliau kepada hal ini diperlihatkan di dalam wacana- wacananya dan yang terbaru ialah melalui ucap utama yang disampaikan di dalam persidangan ini. Melalui ucap utama yang bertajuk Kesusasteraan Remaja: Menjana Korpus, Membina Khalayak, beliau telah meletakkan satu halu tuju sastera remaja yang diasaskan kepada empat koordinat iaitu; sastera sebagai dunia idea, remaja sebagai dunia hari muka, korpus sebagai dunia ilmu dan khalayak sebagai dunia sejagat yang sejahtera. Koordinat ini berhubungan dan membentuk satu makna yang besar terhadap sastera remaja.
Bagi Prof. Dzulkifli, sastera sebagai dunia idea tidak harus terpisah membincangkan tentang hari muka iaitu memperkatakan tentang kemanusiaan dalam dalam arus perdana sains dan teknologi. Krisis kemanusiaan yang terjadi daripada kesan sains dan teknologi kepada manusia perlu mendapat perhatian sastera remaja. Permasalahan "manusia itu robot dan robot itu manusia" seperti dalam genre "cyborg" perlu diperbanyakkan dalam sastera remaja dan bukan tentang permasalahan cinta yang sensasi itu semata. Beliau selalu merujuk kepada genre cereka sains sebagai satu alternatif sastera remaja untuk mendokong sastera sebagai dunia idea. Sebagai seorang Profesor farmasi, Prof. Dzulkifli selalu meluahkan rasa kecewanya betapa ilmu sains yang diceburinya selama tidak memperkatakan seluruh dimensi manusia. Beliau penuh yakin berpandangan bahawa seni dan budaya seperti sastera dapat menyatakan dimensi yang ditinggalkan oleh sains dan teknologi. Maka remaja perlu menyelami dimensi manusia yang diabaikan oleh sains dan teknologi. Baginya, remaja adalah manusia masa depan dan sebagai manusia masa depan mereka perlu sensitif dan mempunyai kesedaran tentang bukan sahaja masa depan mereka sendiri tetapi juga masa depan dunia. Remaja mesti juga memikirkan hal-hal global seperti tentang pencemaran alam yang sangat kritikal sekarang. Remaja tidak boleh dilalaikan oleh novel-novel sensasi kerana mereka mempunyai peranan yang penting untuk mengatasi masalah dunia pada masa depan. Di tangan mereka terletak kesejahteraan masa depan dunia yang semakin terancam. Maka remaja perlu mencari kebenaran ini dan bukan dikurung dalam kotak fikiran dan emosi yang sempit. Jika kita tidak menyedarkan remaja bahawa mereka adalah manusia masa depan maka mereka akan terus dirantai dengan kejumudan tentang diri dan persekitarannya. Remaja sebagai manusia masa depan perlu dibentuk menjadi manusia masa depan yang kukuh peribadinya dan kental identitinya dalam menghadapi rembatan globalisasi. Maka novel-novel remaja futuristik harus memaparkan bagaimana seharusnya mereka mendepani masa depan mereka.
Sastera remaja sebagai satu korpus atau sebagai satu ilmu, membicarakan tentang satu genre yang kaya dengan unsur-unsur penerokaan, pemikiran dan penyelidikan. Novel-novel remaja yang dihasilkan mampu mengerakkan minat remaja untuk meneroka ilmu-ilmu yang diperkatakan pelbagai perkara seperti alam sekitar, sains dan teknologi, angkasa lepas dengan lebih mendalaminya. Sastera remaja harus mampu menggerakkan remaja ke arah melakukan penerokaan ilmu melalui bahan-bahan bacaan tambahan dan barangkali membaca novel-novel yang memperkatakan hal yang sama. Baginya, sastera remaja yang berasaskan ilmu mampu menghasilkan sifat-sifat pembaca seperti ingin meneroka ilmu baru atau mendalami ilmu yang sedia ada, berbudaya berfikir yang bernas dan Baginya, novel remaja mesti boleh mengerakkan remaja bertanya dengan pertanyaan yang betul tentang perkara-perkara yang mereka lalui dan akan mereka tempuhi. Bertanya dengan soalan yang betul perlu kepada budaya berfikir dan budaya ini perlu disuburkan dalam sastera remaja sebagai korpus ilmu. Persoalan yang penting terlintas di fikiran ialah, adakah pengarang-pengarang sastera remaja kita banyak membaca untuk menambah ilmu mereka dan mampu menghasilkan novel-novel yang diharapkan oleh saintis ini?
Sebagaimana yang telah dijelaskan pada awal esei ini, pembaca sastera remaja khususnya novel remaja semakin bertambah, namun kelangsungan mereka sebagai pembaca masa depan membimbangkan dan ini ada hubungannya dengan mutu novel-novel yang dihasilkan. Bagi Prof. Dzulkifli , sastera remaja mesti membentuk khalayak yang lebih luas iaitu khalayak sejagat dan kesejagatan itu boleh dicapai dengan memberi perhatian kepada perkara-perkara yang dihadapi oleh manusia sejagat seperti kemiskinan, peperangan, pencemaran alam dan sebagainya. Sastera remaja dapat memberi makna, kebenaran dan kesejahteraan kepada pembacanya. Makna yang ingin disampaikan haruslah benar dan bukan satu rembasan daripada kepalsuan. Maka penulisan sastera remaja harus berdasarkan kepada ilmu kental dan bukan imaginasi serta rasa semata-mata. Lantaran itu, bagi Prof. Dzulkifli jika ilmu dijadikan asas penulisannya maka sastera remaja tidak akan menjadi sastera yang remeh. Sastera remaja boleh dan mampu menjadikan khalayaknya beradab dan bertertib dengan pelbagai nilai-nilai murni dan agama. Sastera remaja yang berasaskan ilmu dapat menyuntik kesedaran di dalam diri khalayaknya tentang pelbagai isu yang penting yang mengancam masa depan mereka dan seterusnya menyedarkan mereka tentang tanggungjawab untuk mengatasinya.
Pandangan dan harapan Prof. Dzulkifli ini sangat penting difikirkan dan sudah lama kita mendengar rungutan demi rungutan tentang buku-buku sastera yang digunakan di sekolah-sekolah kita yang tidak mencerminkan perkembangan semasa dan masa depan yang sesuai untuk pembentukan personaliti remaja yang menjadi manusia masa depan seperti yang dinyatakan oleh saintis ini.
Kesimpulannya, pandangan seorang saintis seperti Prof. Dzulkifli terhadap sastera seperti sastera remaja ini menunjukkan bahawa golongan saintis seperti beliau berfikir tentang sastera dan keistimewaannya sehingga menaruh harapan dan kepercayaan bahawa sastera remaja sangat penting dalam membentuk personaliti remaja yang menjadi manusia masa depan yang sejahtera hidup dan fikirannya. Namun, adakah pengarang-pengarang sastera remaja terpanggil dengan pandangan dan harapan saintis ini untuk berkarya seperti yang dimahukan atau masih mahu atau rela dibelenggu oleh kongkongan konsumerisme sehingga gagal membentuk remaja yang sejahtera personalitinya dan gagal membentuk personaliti manusia masa depan yang teguh dengan pelbagai kesedaran yang membawa kebaikan. Pandangan Prof. Dzulkifli ini menuntut direnung dan difikirkan dengan mendalam dan bijaksana demi kebaikan sastera remaja dan manusia masa depan ini.
P/s saya cuma nak tanya komen pembaca blog ini..apakah sebenarnya kategori buku remaja? Sedangkan yang membaca novel-novel ini ramai yang melebihi usia 40an dan apakah penulisan buku remaja ini benar-benar hampas?

Thursday, January 1, 2009

DUIT LOTTERI..


Ishh..apa bendakah ini? Tentu semua pembaca blog kehairanan apa benda yang saya tempelkan di blog saya hari ini apatah lagi menjelang tahun baru. Hari ini ketika menjenguk akhbar yang dibaca oleh suami melalui internet suami mengajak saya membaca bersama (macam pandai sangat..huawahh..ha..ha). Suami memberitahu hari ini syarikat lotteri yang dikendalikan kerajaan Turkey mengumumkan nombor-nombor yang memenangi taruhan yang terbesar untuk tahun baru iaitu sebanyak RM50juta atau pun 25.5TL juta. Gambar di atas adalah tiket lotteri tersebut.
Semua akhbar di Turki membuat liputan secara besar-besaran.. 4 nombor akan berkongsi hadiah RM 50 juta tersebut yang bermakna setiap seorang akan memenangi dalam RM12.5 juta. Untuk kita memang wang tersebut terlalu besar nilainya.
"Tidak lama lagi akan ada 4 jutawan dan akan berkecailah 4 buah rumah tangga dan mungkin akan berlaku kematian dan pembunuhan" suami saya membuat komen sambil membaca berita mengenai keputusan loteri yang terbesar itu..
"Kenapa awak cakap macam tu?"
Saya bertanyakan suami saya. Suami saya ketawa sambil matanya tidak lepas dari komputer. Dia asyik membaca sesuatu daripada suratkhabar Hurriyet.
"Tiap tiap tahun selepas keputusan lotteri ini keluar, ada sahaja berita yang dipaparkan di suratkhabar. Pemenang lotteri yang menjadi jutawan baru bergaduh suami isterilah, bergaduh dengan saudara maralah. Ada yang bunuh membunuh kerana mencuri tiket loteri yang menanglah. Menjadi gila pun ada dan yang paling menyedihkan beberapa tahun kemudian jutawan yang kaya raya ini akan menjadi papa kedana dan membeli semula lotteri ini. Tengok..Ozgur Bulat pun tulis macam tu.."
Ozgur Bulat adalah wartawan dari suratkhabar Hurriyet. Saya memang tidak pandai berbahasa Turki, rujukan saya adalah kamus dan yang paling pantas adalah daripada suami.
"Apa yang wartawan ni tulis lagi?"Saya tanya suami.
"Kata wartawan ini, orang kaya menjadi gembira kerana mereka bekerja. Dari titik peluh mereka mereka menjadi kaya . Tetapi orang kaya segera yang memenangi lotteri ini tidak pernah gembira kerana mereka bukan sahaja tidak tahu bagaimana mahu mengendalikan wang ringgitnya tetapi mereka tidak bekerja kerana mereka fikir wang yang mereka menangi itu tidak akan habis.."
Wah..bagus juga wartawan ni fikir benak saya.
"Wang itu wang haram.." celah saya.
"Betul..cakap kamu memang betul. dalam dunia ini mana ada perkara yang percuma, mana ada duit yang jatuh berdebuk atas kepala kita dengan begitu mudah. Tuhan pun suruh kita berusaha..dan judi itu adalah haram. Jadi duit dari judi ini tidak pernah melekat dan membawa berkat. Duit ini akan memporak perandakan rumah tangga serta menjadikan manusia itu hilang kawalan."
Balas suami sambil terus-terus menterjemahkan apa yang ditulis oleh wartawan tersebut kepada saya. Saya menjadi gembira kerana walaupun hari ini banyak berita disiarkan mengenai lotteri tersebut di suratkhabar Turki. Tetapi masih ada seorang wartawan Islam yang menyiarkan keburukkkan membeli lotteri dan bermain judi ini. Apatah lagi cerita tersebut dijadikan muka depan. Moga-moga wartawan tersebut diberi kekuatan oleh ALLAH untuk lebih berani menulis mengenai kebenaran...