Senjata anak-anak bila permintaannya tidak dipenuhi. Saya tidak pernah mengajar Qaisara mengajak abang-abang sepupunya tidur di rumah saya. Entah dari mana datangnya idea dia.
“Abujan, Abujan (Abang ojan) tido umah teta hari ini ya?”
“Tak boleh, abang ojan ada tuisyen esok pagi..”
“Alah Abujan. Abujan tidolah kat umah teta. Umah teta best tau..”
Qaisara masih
“Bangkim, Bangkim tido kat umah teta ya malam ni?”
Kali ini Qaisara pergi mendapatkan Hakim pula. Hakim yang duduk di belakang pura-pura menutup matanya.
“Hesy..tido pulak. Abujan, Abujan tidolah dekat umah teta. Umat teta ada swimming pool, umah teta ada computer, ada telivisyen..”
(Jangan terpedaya dengan Qaisara, swimming pool yang dimaksudkan adalah swimming pool plastik tempat dia selalu berendam dengan anak jiran ..he.he.).
“Abujan tidur ya kat umah..” melihat Abang Ojannya tidak menyahut, Qaisara terus-terusan bercakap.
“Memanglah Abang tido, tapi abang tido rumah abanglah..”
Ojan menyahut.
“Abujan, tidurlah Abujan. Tido umah teta…”
Sepanjang perjalanan pulang, penat telinga saya mendengar Qaisara mengajak kedua-dua abang sepupunya tidur di rumah saya. Dan apabila saya sampai ke rumah anak-anak buah saya, belum lagi Hakim dan Ojan menjejakkan kaki ke tanah. Qaisara sudah meraung sekuat hatinya. Kerana dia tahu permintaannya tidak diendahkan.
8 comments:
salam kak yati...
alah comelnya...
kengkadang suka tgk budak2 nangis.. nampak sgt.. keasliannya.. hehehehe
qaisara sunyi le tu kak. Nak ada kawan utk bermain. nangis2 pun tetap comei.
bijak sunggoh dak tecik tuh mengayat yew :D
salam kak yati..allla kesian liza tengk qaisara menangis,sunyilah tu..qaisara menangis sebab mereka rapat lah kak..pee antar masuk sekolah lah kak banyak kawan2..
salam kak, laa..lucu la bila baca gelagat qaisara mengayat abg sepupu dia..ish2x..sian la pulak saya tengok hehe..
siannye qaisara... mungkin dia mahukan teman...
Salam dhan, ain, nuar, intan, qaseh, liza-qaisara memang asyik sahaja mahu berkawan, kemana-mana pergi dia mesti mencari kawan tak kiralah siapa kawan dia, apa usia dan bangsa..tetapi sesekali biarlah dia belajar bersendiriankan..
salam. Anak akak mesti seorang yang peramah dan mesra serta comel sangat. Kasihan melihat dia menagis...ya saya setuju sesekali harus bersendirian.....
Post a Comment