Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, March 22, 2009

NASI KUNYIT DI KAMPUNG

Sudah tertunailah hajat saya mahu membuat pulut kuning. Bukan saya yang buat sebenarnya tetapi mak tiri saya. Balik ke kampung saya sebut dan bagi duit sahaja. Bila saya balik daripada berjalan-jalan di Bandar Melaka, pulut kuning dah tersedia atas meja dan sudah diagih-agihkan kepada jiran. Mak tiri saya kalau bab masak memang superb..

Ini bahagian saya, nasi kunyit dengan kari ayam kampung. Saya tak boleh makan pulut banyak-banyak angin satu badan nanti. Saya tanya mak tiri saya kenapa nasi kunyit dia berkilat tidak macam saya masak. Kata dia..kau tak rendam dengan air kelapa tua..." Oh..barulah saya tahu nasi kunyit kalau nak berkilat rendam dengan air kelapa. Macam dekat kampung buah kelapa bersepah-sepah, airnya senang nak dapat..macam saya yang tinggal di rumah teres, mana nak cari air kelapa tua..ya tak..

Orang yang paling gembira balik kampung siapa lagi kalau tidak anak dara saya. Kawan ramai. Dia boleh tidak tidur sehari suntuk bermain, main dan bermain sehingga muka berkilat-kilat. Ini dia bersama kakak sepupunya Alin. Alin sudah darjah satu, tapi badannya kecil sangat. Sama besar dengan badan Qaisara. Bahkan kalau saya belikan baju Alin, saya akan ikut size Qaisara.

Ini dengan abang sepupunya Danish Hilman. Danish berusia 6 tahun. Kadangkala berpegang tangan, kadangkala berpeluk-peluk. Masa kecil-kecil bolehlah kan. Huh..part balik kampung memang seronok, nanti kalau nak balik semula ke Kajang. Cukup parah! Qaisara akan menjerit-jerit dalam perjalanan.
"Tak mau balik umi, tak mau balik...nak duduk kampung."
Huh..siapa nak menjaga dia kalau duduk di kampung. Tak ada siapa yang sanggup terutamanya pada waktu malam..dia akan bangun setiap dua jam atau 11/2 jam sekali..untuk minum susu. Sampai doktor pakar dah cadang macam-macam benda untuk dibuat. Bagi makan kenyang-kenyanglah sebelum tidur, masuk nestum dalam botol susu dialah itulah inilah..tapi Qaisara tetap Qaisara, dia tetap akan minum 4-5 botol susu sepanjang malam. dan yang parahnya...umi dialah!

8 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

aduhai Kak...
Nampak sedap sangat...

comel sungguh Qaisara itu..=)
hehe..kecil2 buleh pegang lagi..ni dah besar..tersentuh sudah jadik isu..haha~

shelly Yusop said...

salam kak yati,
patutlah tenggelam2 timbul. rupanya pulang ke kg. suasana memang seronok kalau di kg. yang paling seronok mesti kanak2. dapat berlari2, bermain sepuas-puasnya. kalau di taman yang kita duduk sekarang, nak lepaskan anak sesuka hati pun takut. macam2 hal yang terjadi sekarang.

Hanya Aku Dihatimu.. said...

salam kak seronok kak balik kampung dapat g makan nasi kunyit..enak nampak..tentu qaisara seronok..dan tak habis2 posing dgan rantainya..

ain said...

seronoknya dpt balik kg.saya jarang dpt balik kg wlupun agak dekat sampai anak saya yg bongsu takut ngan atok/neneknya. Insyaallah weeknd ni nak balik kampung.

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

mmg anak dara Kak Yati ni peminat rantai...! hahahah

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

salam zara..
yelah kecil2 bolehlah pegang2..dah besar siaplah...

Salam shelly, dekat taman akak ni..rasanya okay, jiran2 pun okay..qaisara tiap2 petang berlari dekat depan tu...

Salam liza
yelah..balik kg memang seronok Liza, qaisara? Rantai dia entah ada berapa utas pun akak tak tahu.setiap baju lain rantainya..

Salam ain
La..kenapa jarang balik kg, akak bak kata kawan2..kucing mati dikampung pun akak balik...

Salam jamilah..
Memanglah Milah..si qaisara tu gila dgn rantai sentiasa

Qaseh Iman said...

Qaisara serupa dengan anak saya Qaseh, setiap malam susu 4-5 botol.. walaupun dah makan sebelum tido..still mahukan susu juga..kadang2, habis basah tilam...

Ida Ra said...

Salam. Kg Kak Yati kat Melakakan?