Saya amat jarang sekali menanti bahkan mengingati hari ulang tahun saya. Kalau tidak kerana suami atau pembantu yang membuat ingatan, memang saya lupa. Pagi itu pula apabila membuka blog, Zaid anak bujang penulis Zara Aluwi mengutuskan ucapan melalui blognya. Aduh..cepatnya masa berlalu. Dan tengah hari itu saya menerima kunjung Shelly daripada Seremban. Beliau datang bersama adiknya Angah dan juga si baby comel Nak tahu berapa biji kek saya dapat hari itu? 4 biji..ha.ha.banyakkan. Saya sebenarnya bukanlah pengemar kek.
Kek dari suami saya. Setiap tahun kalau tidak kek pisang bercokelat suami akan membeli kek mangga. Dia selalu komplen, setiap tahun dia beli kek, dia yang makan semula dan saya jarang menyentuhnya.
Kek dari Shelly, sudah dipotong oleh Qaisara sebelum sempat diambil gambar. Saya rasa sedikit, sedap keknya. Ramai jiran-jiran yang dapat merasa kek ini.
Kek daripada kakak saya Mijah. Masih elok dan langsung tidak diusik. Esok ada tetamu yang akan datang ke pejabat. Mungkin boleh dihidang kepada mereka...
Lebih manis apabila Shelly datang membawa Qaisara Balkish yang sudah semakin membesar dan cukup gebu. Comel sungguh. Baru dua bulan tidak memandang dia, dia sudah secomel ini.
Dan bersama Qaisara Balkish, Shelly membawa hadiah harijadi untuk saya. Susah-susah sahaja Shelly..terima kasih banyak-banyak dik!
Kalkulator besar bersaiz A4 ini, hadiah daripada Fadhilah Maarif. Macam-macam tahu-tahu aje kalkulator di rumah ini sudah rosak. terima kasih banyak-banyak Fadhilah. Di hantar melalui pos.
8 comments:
happy buffday again kak. Bestnya dpt kek sampai 4. sedap2 pulak tu. minta sikit boleh..???
salam...
meriahnya besday kak yati....
Selamat Hari Ulang Tahun. Moga diberi kesenangan hidup di dunia dan akhirat...
Salam Kak Yati....
Happy Birthday
Moga dipanjangkan usia dan diberkatiNya.
Salam..selamat hari lahir kak NB...
semoga panjang umur dan diberikan keberkatan hidup di dunia ini :)
salam kakyati
selamat ulangtahun.. semoga bahagia selalu bersama keluarga & terus berkarya.
Salam Yati....
SELAMAT ULANG TAHUN...
semoga sentiasa diberkatiNya dan beroleh kesejahteraan dan bahagia bersama keluarga tersayang serta terus berkarya..
Selamat ulang tahun kak yati... semoga sihat dan berbahagia selalu..
Best ekk dpt byk kek dan hadiah...
Post a Comment