Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, March 14, 2009

GAJI OH GAJI

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.
Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.
"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.
"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.
Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.
"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...
Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.
"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah.

P/s:- kalau kita dapat gaji sebanyak itu sebulan apa yang kita boleh buat ya? Kalau tanya saya..saya nak beli tanah, saya akan wakafkan untuk dibuat tanah kubur. Mesti ada yang ketawa. Tapi itulah niat yang selalu tertanam di lubuk hati saya. Manakan tidak, mahu mencari tanah untuk bersemadi pun payah. Di Turki, walau negara Islam, setiap orang perlu memesan tanah kuburnya dan boleh dibayar melalui pelbagai cara. Dengan menggunakan duit insuran, ansuran atau tunai.

4 comments:

ain said...

kalau lah suami saya gajinya sebesar itu, saya nk gi haji setiap tahun, melancong, buat kebajikan . Tapi takut pulak duit tu x berkat, ye lah besar sgt gaji. kat luar sana byk yg menderita.

dhan said...

salam.. gaji byk2pun takut kalo xdibelanjakan ke jln yg btul...
tp sy salute dgr kisah syed mokhtar Al-Bukhary tuh... org kaya yg down to earth...

iejay Zakaria said...

banyaknya gaji dia... gaji basic iejay sebulan baru 10% gaji seharinya... apatah lagilah dibandingkan dgn org yg kerja setkat kerja-kerja buruh...

apa aja tugas seharian dia? sah2 gi lunch meeting, dinner meeting bukannya kena bayar pakai duit poket dia pun...patutlah dia tak mahu jualkan syabas ke kerajaan selangor sekarang... kalau tak mana nak dapat gaji banyak tu kan?

kalau kira zakat banyak juga kena bayar tu... Alhamdulillah untung org2 yg layak mendapat zakat daripada Tan Sri ni ya.. :p

Madam Casper said...

huhhuhu kak yati
byk gaji dia...agak2 bayar zakat ka tak tu? ishh
yg sy gaji ciput ni berbelas-belas hari bulan pun belum dapat lagi...jenuh pujuk hati supaya bersabar