Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, March 8, 2009

BIARLAH ANAKKU INI BEBAS


Semalam ketika saya mengemas bilik dan mahu turun, Qaisara sibuk di hadapan komputer dan sebaik sahaja sahaja mahu turun, saya terdengar bunyi bising.Rupanya Qaisara terjatuh dari kerusi dan kerusi telah menghempapnya. Saya menjerit kuat! Rasa kesal kerana tidak dapat menahan dia daripada dihempap kerusi. Itulah perasaan saya setiap kali Qaisara jatuh atau sakit. Rasa bersalah kerana tidak dapat membantu. Perasaan ini bukan baru. Ketika saya menjaga Ojan dan Hakim pun, bila anak-anak buah saya terjatuh, terkena benda tajam atau sakit. Saya selalu berasa sedih yang keterlaluan. Malah, sebelum tidur saya memohon maaf kepada Qaisara kerana saya tidak dapat membantu dia dari dihempap kerusi. (Waktu tidur adalah waktu kami berdua sahaja, tanpa bibik. Dia tidak akan tidur kalau saya tidak tidur di sebelahnya)

“Sakitlah umi..”

Qaisara mengadu. Memang sudah pasti Qaisara sakit. Kerusi tersebut lebih besar daripada dia.

“Umi minta maaf sebab tidak perasan tadi..”

Air mata saya sudah meleleh. Qaisara tersenyum sambil meraba muka saya.

“Smile umi, smile..kenapa menangis..”

Qaisara memang begitu, kalau dia melihat saya atau babanya berwajah garang, masam atau sedih dia akan menyuruh kami senyum. Kalau dia melihat saya menangis, dia akan menangis lebih daripada tangisan saya.

Dan sebelum masuk tidur, sebenarnya saya baru sejam menerima panggilan daripada seseorang. Menyuruh Qaisara menghadirkan diri untuk ‘casting’ iklan TV.Tidak boleh tidak kata sipemanggil yang bersusah payah menelefon saya berkali-kali. Ini bukan kali pertama kali Qaisara dipanggil untuk ‘casting’.Saya berbincang dengan suami. Suami belum memberikan jawapan.

Tetapi jawapan saya selalunya ‘tidak’.


Bagi saya Qaisara milik saya, saya mahu Qaisara melalui kehidupannya dengan tenang. Walau dia seorang anak yang bijak, sudah boleh ke tandas sendiri dan minum ubatnya sendiri ketika dia sakit (atas pengawasan kami) dalam usia 3 tahun. Tetapi dia masih terlalu kecil untuk memahami erti tanggungjawab.

14 comments:

shelly Yusop said...

salam kak yati,
naluri seorang ibu memang begitu. dahulu shelly tidak perasan tetapi sejak ada balqish ini perasaan itu menjadi semakin sensitif lebih-lebih lagi ketika Balqish sakit. Rasa ingin berkongsi rasa sakit itu dan kalau boleh biarlah kita yang sakit.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

nuar doakan qaisara cepat semboh..amin :)

ain said...

saya pun begitu. KLu anak saya yg bongsu terjatuh ke, demam ke..saya risau sangat. masa2 ni lah saat saya menunjukkan kasih yg melimpah ruah tanda minta maaf.

Wajah cute qaisara mmg ada nilai komersial tp keputusan tetap milik akak dn suami.

zara aluwi said...

Salam Yatie,
Qaisara, anak yang kuat. Nangisnya sekejap saja. Dan akak sokong Yatie dan suami memberi jawapan 'tidak' kepada pihak pengiklan itu.
Ikutilah Borak Paknill dalam 'Lara dunia hiburan' keluaran Metro 8/3/09 antara katanya - Ada juga ibubapa sanggup menyorong anak yg sepatutnya ada di bangku sekolah untuk pelbagai uji bakat.

SEMOGA QAISARA SIHAT SELALU DAN SALAM MAULIDUR RASUL.

fadizah said...

Kaseh ibu bawa kesurga..mereka lah segalanya untuk kita kak begitu juga kak dan qaisra..moga qaisara menjadi anak yg soleh dan penyambung seni penulisan novel bagi pehak kak yati satu masa nanti,kemana tumpahnya kuah jika tak ke nasi..wahh...wah.. betul ke kak bahasa yg liza gunakan..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Salam kak yati..
Nik pun mcm kak zara.. soookoooongggg sgt bila kak yati n hubby say NO. Anak kita lahir dalam keadaan fitrah (suci bersih) biarlah dia kekal begitu!!

PUTUBAMBU said...

sorry bertanya..Qaisara sakit ape kak yati?

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Shelly
Tahupun ko perasaan ibu ni macam mana, sebab itu ramai ibu walau anaknya nakal..kasih sayang dan doa tidak pernah putus...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Salam nuar
Qaisara..okay aje dia, sekejap aje sakit dia..lepas tu melompat balikla dia..macam tak pernah serik

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

salam ain
Macam tulah ain..kita dgn anak2 macam mana marah pun tetap kita rasa kasih dan kasihan

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

salam Liza
Bila Qaisara besar nanti terpulang pada dia nak jadi apa, tapi kalau boleh akak nak jadikan dia hafizah..orang yg hafiz Al-Quran. Amin...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Kak Zara..salam
Kadangkala kak Zara, anak-anak yang suka bukan mak bapak sahaja, mungkin mak bapak turutkan. Tapi Qaisara ni dia masih kecil lagi dan bagi yati biarlah dia membesar dengan cara yang normal

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Salam nik..
Yalah Nik..kita sebagai emak bapak yang harus mencorakkan kehidupan anak-anak..kalau boleh nak jadikan Qaisara Protaz..proffesional campur ustazah..itu impian seorang ibu

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

salam putubambu..
ha.ha.qaisara tak sakit apa..dia kena hempap dek kerusi, malam dia cerita balik dan mengadu, kata dia..sakit..kena hempap tu..tapi sekejap aje sakit dia..