Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, March 27, 2009

ANJING DAN KITA

Saya suka juga dengan anjing yang comel-comel. Semasa di Hongkong ada satu jalan yang menjual anjing-anjing sebagai pet. Semuanya comel-comel. Diletak di dalam sangkar. Saya leka melihatnya, tapi apabila tiba pada anjing untuk keselamatan. Ngeri saya!

Saya masih ingat lagi semasa saya kecil, rumah kami di tepi sebuah hutan. Kami memelihara seekor anjing yang sungguh besar sebesar kambing. Saya masih ingat lagi anjing tersebut sering mengekori saya dan saya tidak pernah berasa takut bermain dengannya. Namun pada satu hari ketika saya mahu berkunjung ke rumah nenek saudara saya yang memelihara anjing lebih 10 ekor (dia duduk di tepi hutan, memelihara anjing untuk keselamatan) saya dikejar anjingnya sehingga jatuh bergolek dari basikal. Dan apabila anjing itu datang, semua mereka menghidu2 saya dengan wajah yang cukup garang. Sampai sekarang saya tidak dapat melupakan peristiwa itu dan saya menjadi takut apabila melihat anjing yang besar..
Sebenarnya halal dan haram anjing tidak begitu jelas kepada saya. Saya sering ragu-ragu, sama ada..bulu anjing yang basah itu najis atau tidak pada kita. Namun penerangan Mantan Mufti Perlis yang mengatakan ketakutan pada anjing adalah sentimen agama melegakan. Apatah lagi selepas membuat kajian (sebenarnya untuk novel terbaru saya) saya banyak membaca, meneliti mengenai anjing dan beberapa blog yang saya cukup berguna untuk kita leraikan sentimen ketakutan pada anjing ini.. salah satunya kittun.blogspot.com. (sorry kittun saya promote sikit, video Mantan Mufti Perlis itu benar-benar melegakan)

Inilah juga merupakan pendapat Syaikh Yusuf al-Qaradhawi. Setelah mengkaji dalil masing-masing mazhab, beliau menulis:

"Di antara yang najis ialah air liur anjing. Disebut dalam Shahih al- Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.

Ini juga sebagaimana telah ditetapkan menurut hadis keduanya (al- Bukhari dan Muslim) dan selain keduanya daripada hadis Abdullah bin Mughaffal tentang kenajisannya. Dengan demikian, jelaslah tentang najisnya air liur anjing itu.Bahkan, di sana ada beberapa fuqaha yang menyebutkan tentang kenajisan semua anggota tubuh anjing. Padahal tidak ada dalil yang menunjukkan hal ini baik dari Al-Quran maupun sunnah Rasulullah. Sedangkan pengambilan dalil tentang dijilat atau minumnya anjing dari tempat air, maka itu khusus untuk sesuatu yang diiiiat saja. Tidak ada yang menunjukkan pada kenajisan anjing secara keseluruhan: daging, tulang, darah, bulu, dan keringat. Sedangkan mengqiyaskan ini dengan jilatan anjing, adalah bentuk qiyas yang sangat jauh sekali, sebagaimana disebut oleh Imam As-Syaukani. Khususnya jika dikaitkan dengan hadits Abdullah bin Umar: Anjing masuk dan keluar di masjid pada .masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud).

Ada juga sebagian yang lain yang mengatakan tentang kesucian semua anggota tubuh anjing dan mengatakan, Sesungguhnya dicucinya tempat yang dijilat anjing adalah masalah yang bersifat ibadah (ta'abbudi), yang hikmahnya hanya Allah yang tahu. Sedangkan yang wajib kita lakukan adalah mengamalkan apa yang ada di dalam nash walaupun kita tidak mengetahui hihmahnya. Ini adalah madzhab Imam Malik.

Imam Malik berhujah bahwa Allah membolehkan makan dari hasil buruan anjing tanpa memerintahkan kita untuk mencucinya. Sebagaimana yang Allah Ta'ala firmankan: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]

Sedangkan saya sendiri (al-Qaradhawi) cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah, dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta'abbudi. Sedangkan penemuan ilmu moden tentang sesuatu yang menyangkut air liur anjing bahwa di dalamnya ada penyakit-penyakit, kemungkinan penemuan selanjutnya akan lebih mengejutkan."


Sebenarnya lebih banyak yang saya jumpa dalam membuat kajian tersebut, tetapi cukup melega dan mengembirakan saya kerana jiran-jiran saya sebenarnya ramai yang memelihara anjing (cuma saya benci pagi2 terpaksa menghidu najis anjing jiran) Cuma saya masih takut dengan anjing kerana iguan lampau....

7 comments:

ain said...

saya tetap takut ngan anjing apatah lagi taik anjing. tensennnn!!!!

Sharizal Sarif said...

Jika dibolehkan dalam islam untuk memelihara anjing, saya hanya akan memelihara anjing untuk menjaga keselamatan keluarga saya. tetapi saya tidak suka pada anjing yang menyalak kepada saya. Seperti saja ingin menyalak pada anjing itu kembali :)

Cute_chucky said...

thanks kak yati atas info nie...sebab my hubby muslim...dia nie orang cina, tapi tak delah pelihara anjing. saya stay dengan mentua (cina) dan alhamdulilah keluarga pihak suami menghormati anutan saya (islam).

Baru-baru nie saya membawa anak saya berkunjung ke rumah abang suami saya (ladang) dan memang banyak anjing. anak kdua saya yang berusia 3 tahun cukup sukakan anjing...maybe pada pandanganya cute kot...

So, salah seorang ipar saya (cina singapore, tapi dah jadi warganegara) bagi tahu, elok awak terangkan dengan anak yg mereka tak boleh sentuh anjing...mula-mula saya agak tak boleh sentuh anjing (biasalah kita orang melayu kan...) tapi lepas kak yati bagi tahu tentang mimpi bulu anjing basah dalam blog nie dan yg terbaru nie saya tak was-was lagi...jawapannya boleh sentuh asal tak basah...

Thanks lagi kak yati atas info nie...berguna untuk saya dan family saya...

yusnita_csting, bintulu, sarawak...

Madam Casper said...

kak yati
saya pun fobia dgn anjing ni. Fobia sampai sekarang. Sbb dulu masa keja kat Puchong pernah kena keja dgn anjing ni. Dah serik laaaa

Unknown said...

salam kak NB

saya pun takut dgn anjing.. taik anjing, tu lagi tak tahan.. ALhamdulillah, jiran2 saya (yg dekat2 rumah) belum ade yg bela anjing.. hatta india & cina.. harap2 tidak la.. tp di lorong yg lain ade..

Musafir said...

Assalamualaikum, kak yati,

maaf kalo komen saya ni lain skit..
cuma secebis nasihat dr saya yang masih belajar nie moga kak yati boleh merujuk ulama dengan teliti untuk penerangan sesuatu hukm.bukan sekadar mengambil terus dari internet dan youtube lalu mebuat pemahaman atau hukum sendr tanpa mendapat penerangan yang jelas dari ulama yang muktabar.
maaf sekali lagi cuma ingin berkongsi.wassalm

elm said...

saya pngen punya anjing tp dilarang agama :(

---
Jika Anda membutuhkan info tentang kampus STMIK silahkan klik website kami di http://jak-stik.ac.id