Bangun awal pagi hati ini teringatkan dia.
Dia yang cantik, dia yang seksi
Oh..dia yang cukup gebu dan mempesona..
Dia yang kerap kali berbaju merah bertopi hijau..
Dia yang selalu membuat mata saya terlirik merenungnya.
Aduhai..aduhai.
Kenapa gelora hati tidak boleh di tahan.
Di mana kau si gebu berbaju merah bertopi hijau?
Yang sering muncul selepas musim bunga...
Bersama harum rumput di taman..
Dia yang cantik, dia yang seksi
Oh..dia yang cukup gebu dan mempesona..
Dia yang kerap kali berbaju merah bertopi hijau..
Dia yang selalu membuat mata saya terlirik merenungnya.
Aduhai..aduhai.
Kenapa gelora hati tidak boleh di tahan.
Di mana kau si gebu berbaju merah bertopi hijau?
Yang sering muncul selepas musim bunga...
Bersama harum rumput di taman..
Aduhai..alangkah cantiknya engkau..
Si gebu berbaju merah..
Di mana engkau akan ditemui?
Bilalah kita boleh bertemu janji
Perlukah lautan direntasi bagi melempiaskan rasa rindu di hati..
Perlukan diri berkelana jauh demi bertemu dengan mu...
Si gebu berbaju merah..
Di mana engkau akan ditemui?
Bilalah kita boleh bertemu janji
Perlukah lautan direntasi bagi melempiaskan rasa rindu di hati..
Perlukan diri berkelana jauh demi bertemu dengan mu...
Muncullah kau sigebu berbaju merah..di Malaysia ini
Di Giant, Di Tesco, di Sogo atau di mana-mana
Agar rindu dendam ini terlerai..
Baju merah..
Rindu ini kian mengebu..
Tolong jangan kau dera aku...
Namun..engkau ku tahu tidak akan muncul
Bila belum sampai waktunya..
Tuhan..ampunkan aku, kerana merindui
Si gebu berbaju merah ...
Di Giant, Di Tesco, di Sogo atau di mana-mana
Agar rindu dendam ini terlerai..
Baju merah..
Rindu ini kian mengebu..
Tolong jangan kau dera aku...
Namun..engkau ku tahu tidak akan muncul
Bila belum sampai waktunya..
Tuhan..ampunkan aku, kerana merindui
Si gebu berbaju merah ...
Saya ini seorang yang cukup gila dengan buah. Tak makan nasi tak apa, jangan tak makan buah. Mahu jiwa saya resah. Pagi-pagi lagi saya teringatkan buah ceri, aduh sedapnya. Tapi sekarang mana ada musim, baru musim bunga mahu menjenguk..huhh..bukan mengidam tapi teringat. Bila dah teringat fikiran kadangkala sudah menjadi kurang waras..he.he.he..
7 comments:
Alahai..siannya kak NB nk mkn buah ceri. Ronda2 pasaraya la kak.
Si gebu berbaju merah adakalanya nampak seksi..
Si gebu berbaju merah mungkinkah dapat ku 'close up' tubuhmu itu.
Mesti menarik tertarik kombinasi warna merah dan kehijauan dedaunan mu itu.
Bersabar ye kak NB, musim bunga sudah menjelma bermakna akan kunjung tiba putik Si merah gebu yang menjadi idaman dan khayalan kak NB itu.
salam kak, saya pernah jumpa buah ceri yg fresh giler baru2 ni.. kat pasar borong selayang... tp giler mahal...
Salam ain..
dah roda2 dah pun..tapi memang tak ada, ceri keluar bulan mei, jun..tadi kata suami kalau nak makan kita balik turki atau ke holand bulan jun ni..yapiee2..harap2 suami tak tukar fikiran..
Sharizal..salam..
Insya-ALLAH tak lama lagi si gebu merah keluarlah tu, Sharizal dan isteri pun tak sabar menunggu lahirnya si gebu jugakan? harap2 semuanya selamat ya dan dipermudahkan dan dilindungi ALLAH..
Salam tuanpunyahati (ida)
Memang ceri mahal di Malaysia, dalam Rm40-50..kalau di iran atau turki harganya cuma RM10-13 sekilo, makanlah berkilo2 aduh sedapnya..hesy2
salam kak yati...
saya cukup suka buah ceri..masa mengandungkan anak sulung..saya memang sukkkaaa sesangat dgn buah nih...sampai anak yg sulung pun terikut2 dengan kesukaan saya yg satu nih..mungkin sebab pembawakkan kot..heheh
Post a Comment