Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, May 9, 2011

KERETA KUNING..

Sebenarnya mengenai kereta kuning ini telah saya poskan di FB. Tetapi biarlah saya ceritakan secara terperinci di sini.
Hari Sabtu lepas saya balik ke kampung. Di kampung biasalah kalau sudah berkumpul, macam-macam perkara yang dibuat. Ayah pula sibuk menguruskan pembersihan tanah untuk membina rumah baru jika kerajaan mengambil rumah kami sekarang.
Saya balik malam Ahad, kerana esok Qaisara mahu bersekolah. Tetapi sebelum balik Qaisara sudah tidak sedap badan. Badannya panas kerana cuaca yang sangat panas di Melaka dan dia pula suka melompat sana sini, tanpa menghiraukan panas atau tidak. Saya terpaksa balik selepas maghrib memandangkan balik petang saya memang tidak sempat dan saya pula tidak begitu sihat petang itu. Mungkin kerana menyedut terlalu banyak abuk sehingga saya susah mahu bernafas. Malam itu ketika kesihatan sedikit pulih, saya gagahkan diri memandu memikirkan Qaisara mahu bersekolah
Ketika saya mahu menghampiri Linggi Pedas rasanya, saya terperasan sebuah kereta berwarna kuning berada di sebelah saya, memandu dengan jangka yang agak lama. Hati saya sudah tertanya-tanya. Kenapa kereta ini mahu bersaing dengan saya. Sedangkan saya yang berada di tengah hanya memandu tidak laju, sekitar 90-100km sejam sahaja.
Kereta itu kemudian memotong saya dan hilang dari pandangan. Saya biarkan sahaja.
Di dalam kereta memang saya tidak pernah membuka radio, kalau saya bosan saya akan membaca surah lazim atau berbual dengan bibik. Tiba-tiba saya ternampak kereta kuning itu muncul di sebelah saya sekali lagi. 
"Apa hal pula kereta ini.."
Hati saya berbisik perlahan. Dia bersaing lagi dengan saya, tetapi saya biarkan bahkan saya hanya menjeling dengan ekor mata dan sekali lagi selepas 5 minit bersaing dia memotong saya.
"Bik, kereta depan ni tadi bukan main laju lagi. Saya dah kena tinggal..sekarang ada depan saya pula.."
Agaknya kereta ini berhenti di mana-mana mungkin. Hati saya berfikir tidak teringat mana ada R&R yang di kawasan Pedas Linggi, kalau di Ayer Keroh, seremban, Nilai adalah rasanya.
"Oh iye ke umi.." Bibik tidak pasti kereta mana yang saya maksudkan kerana bibik tidak nampak mana-mana kereta.
Saya masih ingat saya menyanyi sebuah lagu yang memang saya suka ketika saya memandu.
"Tuhanku, aku hilang bentuk kembara di negeri asing,
tuhanku pintumu ku ketuk, aku tidak bisa berpaling.." Rangkap itu saya ulang-ulang sebab yang lain saya tak tahu. He he he..
Rasanya bila menghampiri Seremban, kereta yang sama muncul lagi sekali. Di sebelah saya. Hati saya sudah tidak sedap. Kenapa saya asyik berjumpa dengan kereta ini, sedangkan ada beratus kereta yang berada di jalanan. Saya biarkan dia beriringan dengan saya, dia di sebelah kiri dan saya di tengah-tengah.
Saya sudah membaca ayat kursi kerana merasakan ada yang pelik sedang berlaku dan saya gagahkan hati saya menoleh ke kereta tersebut.
Ya ALLAH! Kereta tersebut tidak ada pemandu! 
Dada saya berderau dan saya baca ayat kursi lebih banyak lagi. Tidak putus-putus sambil berkata dengan diri sendiri. ALLAH ada tolong saya. ALLAH perhatikan saya, saya tidak mahu terpedaya dan saya tekan laju pedal minyak. Anehnya bila saya saya toleh ke belakang saya tidak nampak kereta itu lagi.
Ya ALLAH. Betulkah saya nampak? Ya..memang tidak ada pemandu. Cuma yang ada stering berwarna hijau. Tidak ada tangan di situ? Tidak ada badan, tidak ada kepala orang. Sampai balik rumah pun saya asyik berfikir dan berfikir.
Esoknya saya tanya bibik, nampak tak kereta yang asyik bersaing dengan saya? Kereta berwarna kuning.
"Hesy..mana ada kereta asyik bersaing dengan umi? Betul bibik tak nampak.. Bibik tak tidur dan sering melihat keluar. Mana adanya. Hesy..umi ini seram sayalah.."
Bibik berkata beria-ia. Dan sampai sekarang saya terfikir, apakah benar ini peringatan ALLAH seperti yang Rose Mawar katakan supaya saya tidak balik pada waktu malam? Kalau saya tidak balik malam, bila saya mahu balik lagi sedangkan petang tadi memang saya tidak boleh bernafas dan tercungap-cungap. Kesihatan tidak mengizinkan. Balik esok, Qaisara pula akan bersekolah?
Tetapi apabila saya rujuk perkara ini pada seseorang yang saya sanjung ilmu agamanya kata individu itu. 
"ALLAH duga kita, sama ada kita takut atau tidak. Dalam keadaan begini siapa yang kita ingat, siapa dahulu yang kita takut. Orang lain boleh menghukum tetapi ALLAH lebih mengetahui tujuannya"
Ya ALLAH saya berterima kasih padamu, kerana dalam keadaan panik begini saya masih teguh mengingatimu. 
Saya berdoa ya ALLAH, jangan kau duga saya yang lebih berat kerana saya takut tidak dapat menanggungnya...AMINNN..


HADIAH DIRI SENDIRI.

Saya suka ke Nor Afra batik. Adik-adik di situ baik. Siap bagi saya kotak bila saya beritahu batik ini mahu terbang ke eropah dan dijadikan sebagai hadiah.



Semalam hari ibu, saya tidak menyambut pun langsung memandangkan saya pulang ke kampung, menyelesaikan beberapa masalah keluarga. Kemudian saya ke Nor Arfa batik untuk membeli kaftan dan beberapa barangan untuk di bawah ke Holland, Germany, Belgium, Italy melawat saudara mara suami di hujung bulan ini. (saya memang suka pergi Nor Arfa batik ini tau bila balik ke Melaka, terletak berdekatan dengan Mydin).
Seperti biasa suami kesayangan saya sudah menjadi remote control yang sangat berkuasa. Ha haha..
"Honey, please buy this, please buy that.."
Dan saya pun akan bergerak mengikut apa yang diarahnya. (Kalau dia beli barang, mahu pengsan orang yang dapat tu kot? Ha ha ha).
Semalam saya tanya suami, kenapa tak wish saya hari ibu.
"You are my wife honey, not my mother."
Biasalah itu jawapan tapikal suami. Saya tak kisah langsung. Dah bertahun kahwin itulah jawapannya. Malam itu saya balik, membawa barangan daripada Melaka. Saya membelek-belek beberapa kaftan yang saya beli untuk diri saya sendiri. Lebih mahal daripada apa yang saya beli untuk cenderhati itu. he he he he
"Wow, it's so nice honey.."
Suami memang suka saya pakai kaftan di rumah. Oh..kaftan saya ada berpuluh-puluh tetapi tahu sahajalah kaftan sutera atau cotton cepat sangat koyaknya.
Lantas suami bertanya pada saya, berapa harga kaftan saya beli untuk diri saya itu. Saya beritahu harganya. Dia berdiri, pergi mengambil beg silangnya dan mengeluarkan beberapa keping note RM50.
Saya tanya untuk apa? Kata dia anggaplah kaftan itu hadiah dari dia, sempena hari ibu. Ha ha ha, saya rasa nak gelak guling-guling.
Saya tak ambil pun duit suami itu kerana saya tahu, kalau saya harapkan suami membeli saya sesuatu, memang saya tak akan pakai sampai bila-bila. Selalu sahaja yang dibeli itu tidak kena di mata saya! Saya telah menerima hakikat ini daripada melayan perasaan kecil hati!

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU!

Selamat hari ibu kepada ibu di seluruh Malaysia. Tidak kira agama dan bangsa! Moga-moga hari yang sehari ini menaikkan semangat kita semula untuk menjadi seorang ibu yang baik dan lebih istiqamah dalam menunaikan tanggungjawab. Bukan mudah mendapat gelaran seorang ibu, terpaksa mengharungi susah payah mengandung selama 9 bulan dan terpaksa bergelut nyawa melahirkan. Jadi hargailah peranan kita sebagai seorang ibu dan jangan sesekali mengunakan kuasa seorang ibu, untuk menyakiti hati anak-anak.

Ketika ini saya teringatkan arwah emak! Walau saya tidaklah dipelihara sepenuhnya oleh mak dan dalam keluarga rasanya saya bukan anak kesayangan emak. Tetapi saya tetap ingatkan arwah emak. 

Emak yang pandai memasak, apa sahaja masakan emak menjadi. Kek mentega berbelang merah dan hijau? Kau bahulu, guli agung? Kuih abuk-abuk. Oh..sebut sahaja emak akan membuatkan untuk kami. Emak juga pandai menjahit. Baju apa yang emak tak tahu? Baju maxi, baju panas yang dikait? Baju kurung, baju kupu-kupu. Bahkan seluar dalam pun hasil jahitan emak.

Ya..saya tahu antara ramai adik beradik. Saya seperti agak jauh dari emak kerana saya lebih rapat dengan seorang emak saudara yang kami panggil 'Kak Munah'. Dia yang banyak menjaga saya tetapi masih banyak kenangan saya terhadap emak.

Saya masih ingat jam 3 pagi, saya ikut emak menoreh getah. Saya kopek sekerap emak menoreh. Emak terlalu sayangkan kucing, kucing sentiasa berada di bahu emak. Kadangkala emak ke kebun, kucing akan duduk di karier basikal emak. Bahkan emak akan merawat semua kucing yang datang ke rumah dan memberinya makan. Sampai sekarang perangai itu serba sedikit turun kepada saya. Kucing yang datang ke rumah saya belikan makanan, walau saya tidak membenarkan mereka masuk ke dalam rumah.

Emak juga wanita yang cukup bersemangat tinggi. Selain dari menoreh, emak membantu ayah ke paya, mencari kayu gelam, dipotong, dikopek kulitnya dan dijemur untuk dijadikan bahan kayu api. Oh..perkara itu bukanlah mudah. Saya masih ingat betapa beratnya kayu gelam yang basah, yang saya pikul bersama kakak saya Mijah. Sampai melecet bahu dibuatnya. Kayu itu arwah emak dan ayah saya akan potong menjadi bilah sederhana kecil untuk dijadikan kayu api dan kami jemur di bawah terik matahari.

Walau hanya 10 tahun kenangan bersama emak, walaupun waktu makin meninggalkan saya. Kesusahan masih kecil dan kesabaran emak melaluinya, sering membuat saya terkilan. Emak tidak dapat merasa kesenangan. Saya pula tidak dapat memberi kesenangan kepada emak, membawa emak berjalan-jalan. Menghantar emak ke tanah suci. Cuma yang selalu saya lakukan, sekurang-kurang sekali sehari pasti saya akan sedekahkah Al Fatihah untuk emak.

Pemergian emak, merengangkan sedikit hubungan saya dengan emak saudara saya 'kak munah' yang mengambil keputusan keluar dari rumah kerana tidak seronok dipandang orang kerana dia sepupu ayah saya.

Kepada arwah emak, saya sering berdoa supaya emak dicucuri rahmat, berada dibawa peliharaannya di sana. Kepada 'kak Munah' selamat hari ibu. Saya tahu kak munah seorang ibu yang baik. Ibu yang penyayang dan sentiasa disayang anak-anaknya. (Beliau adalah seorang wanita yang cukup sabar, lemah lembut dengan kami adik beradik)

Selamat hari ibu pada diri sendiri..moga-moga Qaisara bangga mendapat saya sebagai ibunya. AMINN..

Thursday, May 5, 2011

PRETZELS


Apa benda ni? Ha ha inilah mini pretzels. Teman saya apabila saya menulis dan bila rasa gian nak makan junk food. Sebenarnya makanan ini diperkenalkan oleh seorang teman  saya satu masa dahulu. Semasa di Turki pun banyak pretzels ini, cuma di Turki tidak terlalu masin seperti di jual di sini. Makan pretzels ini macam makan card board sahaja sebenarnya. Tidak ada apa rasa. Ada tak ada rasa masin yang menyebabkan kita mahu minum air selalu.

Satu bekas besar sudah makin jauh di dasar di telan oleh perut saya. ha ha. Inilah makanan yang membuatkan presiden Amerika Bush, tersengkak di leher dan pengsan selama 3 jam. Tetapi saya suka sebab tidak ada gula dalam makanan ini. Bagi sesiapa yang terasa mahu makan junk food. Cuba makan yang ini. Mengurangkan rasa mahu makan benda lain. (Iye ke?) ha ha ha


Wednesday, May 4, 2011

BUKAN PINK!


Pagi tadi bibik memberitahu, Qaisara mendapat pen, hadiah dari gurunya semalam.
"Kenapa tak beritahu umi?" Tanya saya pada Qaisara. Dia hanya diam sahaja.
"Hadiah tu semua orang dapatkah sayang?"
"Tak, ada seorang dua sahaja yang dapat. Siapa banyak dapat sticker. Mereka dapatlah.."
Balas Qaisara macam acuh tak acuh sahaja. Macam tidak berminat dengan apa yang dia dapat. Saya tahu guru sekolahnya akan memberi sticker bintang pada pelajar yang dapat melakukan kerja sekolah dengan baik.
"Oh..macam tu anak umi kira baiklah. Mari sini, umi nak cium Qaisara.."
Qaisara datang pada saya dan saya cium dia sambil mengucapkan. "Congratulations sayang and I love you so much.."
"Tapi umikan..hmm..kenapa Teta dapat pen warna cokelat.."
Tanya Qaisara dengan wajah yang sedikit muram.
"Kenapa pula. Itukan hadiah dari cikgu Teta.."
"Kenapa Teta tak dapat warna pink, sedangkan kawan Teta dapat warna pink."
Ha ha ha barulah saya tahu kenapa Qaisara macam tidak berminat sahaja dengan pen yang dia dapat. Rupanya pen itu bukan berwarna pink!

Tuesday, May 3, 2011

BERAKHIR SUDAH!

Sudah berakhirnya pesta buku. Sambutan yang kami terima memang sangat hangat dan mengembirakan. Dari pelusuk negara pembaca datang dan ada yang datang dari Brunei dan Singapura. Banyak yang dapat dirakam dilensa kamera dan bila melihatnya semula saya ketawa dan menangis. Ketawa gembira dan menangis kerana tidak pasti apakah kita semua akan dapat berjumpa lagi? Moga-moga tuhan panjangkan umur kita semua.
p/s Koperal Muhammad Afnan Fauzan (Ojan) terpaksa pakai topi untuk melindungi rambutnya yang terpaksa dipotong pendek, sebab di sekolah dia memasuki persatuan Tentera Darat. Ha ha..

Makan malam di restoran Idasm, sehari sebelum berakhirnya pesta buku.

Adik saya yatie dari Brunei, duduk sebilik dengan Lizabujang dan kawan-kawannya di hotel. Yatie teringin mahu makan durian tetapi apabila Pak Seyit sudah merancang membawa mereka makan durian selepas balik dari pesta buku, Lizabujang SMS saya tidak jadi pergi, kerana pening. Jadi saya buatkan serawa durian, memandangkan si Atan sudah berhari-hari menyuruh saya membuat serawa durian ini. Jadi kami lari dari kesibukan sebentar menikmati serawa durian yang dimakan dengan pulut. Saya tidak makan, takut lelah saya semakin memburuk. Tetapi gembira bila si Atan makan sampai tiga bekas.

Apa yang dibelek oleh Lizabujang dengan Zul ini?

Menikmati nasi lemak dan serawa durian yang dibawa dari rumah. Makan pula laksa yang dijual di PWTC. Sampaikan, bila habis pesta buku badan saya naik sebanyak 2 kilo..ha ha ha

Antara kerumunan orang ramai. Saya beritahu suami tahun depan kena ambil extra booth..


Teta dengan Atoknya..ha ha..apalah yang membuat mereka berdua bergelak ketawa?


Si minah bunga. Sebelah tu cik Ian yang buatkan bunga ini untuk Teta.

Karipap yang diberi oleh DD darling. Sampai di tangan pak Seyit dengan Ayub. Separuh bekas habis karipap ini. Bila saya sibuk dengan pembaca. Saya tengok tinggal bekas sahaja. Ha ha ha..DD sebenarnya menjalankan perniagaan karipap frozen. Patutlah sedapkan?

Kesihatan saya sebenarnya tidak begitu baik, saya bergantung dengan ubat sepanjang pesta buku bermula. Suami sering memberi semangat untuk saya dan Alhamdulilah, sepanjang pesta buku saya dapat melayan pembaca walau ada kekurangannya.

Adik-adik yang datang ke booth NBkara. Mereka rasanya lebih mengenali Kusyi Hirdan kerana Kusyi menulis buku kanak-kanak.

Macaron yang dibawa oleh Kham. Saya beritahu kham orang yang buat macaron ni gagal sebab macaronnya tidak rata dan ada cinonet di tengah-tengahnya. Ha ha ha. Pandai sahaja saya komen!


 Norhayati Sulaiman yang datang bersama adik lelakinya. Seperti biasa Nor membawakan saya buah tangan iaitu kek lapis buatannya sendiri yang sungguh sedap.

Ha ha ha sesekali si Kham jadi minah bunga...memang lawak gila.

Dua-dua tak ada kerjalah ni! Kusyi juga tidak begitu sihat, kadangkala kalau dia terlampau penat, dia dan suaminya Zul akan menginap di hotel yang berdekatan dengan PWTC. Terima kasih Kusyi dan Zul atas sokongan!


Siapakah yang memakai seluar berbelang-belang ini? Ketika booth NBkara dikerumuni orang ramai, lelaki itu asyik berdiri dan melihat booth kami dan paling seram bila dia merenung saya juga. Alahai.

Oh..pesta buku memang banyak mencatit segala kenangan. Di sini saya memohon ampun dan maaf pada pembaca yang mengunjungi booth NBkara dan mungkin merasakan layanan tidak begitu sempurna dari kami. Kami manusia biasa dan melakukan kesilapan.
Terima kasih yang tidak terhingga dengan para penghujung/pembeli di atas sokongan anda. Moga kita dapat berjumpa lagi pada tahun hadapan, di PBAKL 2012.

Saturday, April 30, 2011

PESTA BUKU 2011

Kusyi Hirdan suami isteri yang banyak membantu saya di booth.


Pesta buku masih berlangsung...

Saya sangat gembira bertemu dengan teman-teman pembaca dan ada beberapa perkara yang sangat mengharukan hati saya.

1. Ada pembaca menamakan anak mereka mengikut nama heroin dalam novel saya.
2. Ada pembaca memberitahu sepanjang beliau sakit, novel saya menjadi teman mereka. Bahkan beliau mendapat semangat untuk melawan penyakit melalui novel saya.
3. Ada pembaca menegur saya. "Akak, akak kenal saya tidak? Saya yang sering beremail dengan akak, akak yang sering memberi nasihat pada saya? Alhamdulilah sekarang saya sudah okay.."
4. Akak! Novel akak yang bertajuk.....bla bla..beri idea untuk saya memilih kerjaya..
5. Akak..saya tabah melalui penceraian melalui membaca novel akak...
6. Terima kasih yatie selama ini mendoakan akak! Segalanya sudah menjadi baik (sesiapa menyuruh saya mendoakan untuk mereka, insya-ALLAH saya akan doakan dan kadangkala saya lakukan solat hajat jika mereka menghadapi masalah dan memohon saya melakukannya. Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Bantuan lain diluar kemampuan saya)

Oh banyak lagi yang membuat saya, sangat-sangat terharu. Sekurang-kurangnya saya merasai, saya menulis bukan sekadar tulisan kosong yang tidak membawa apa-apa pengertian. (ya ALLAH maafkan saya jika saya bersikap ujub. Tetapi terus terang saya sangat terharu kerana dapat menyumbang sesuatu yang kecil pada sahabat-sahabat pembaca.)

Walau saya sedar ada yang berkecil hati kerana saya tidak dapat mengingati mereka. Saya pohon ampun dan maaf. Pembaca yang datang terlalu ramai, kita bertemu setahun sekali jadi memang agak sukar saya mengecam. Namun percayalah saya sangat menghargai dan menyayangi anda semua. Semoga persahabatan kita semua berpanjangan. AMINNN..


Wednesday, April 27, 2011

PROJEK TERATAK RAHMAT

PROJEK PERPUSTAKAAN TERATAK RAHMAT

Pesta buku ini telah menemukan saya dengan kenalan lama dan baru.  Semalam saya telah bertemu dengan seorang kenalan baru, Iskandar seorang insan istimewa yang juga seorang  sukarelawan. Beliau telah banyak menjalankan kerja-kerja kebajikan. Blog beliau boleh dilayari  di sini drbubbles
Sekarang salah satu projek yang sedang dirancang oleh Iskandar membangunkan sebuah perpustakaan untuk rumah anak yatim Teratak Rahmat di Perlis.
Penghuni Teratak Rahmat  yang seramai lebih kurang 30 orang, menumpang berteduh di bangunan Persatuan Al-Islah, di Mata Ayer, Perlis. Adat orang menumpang berteduh, mereka mendirikan bilik-bilik asrama daripada bahan-bahan terpakai seperti papan lapis dan kayu, di bahagian atas dewan persatuan itu.


Pintu ini dibeli daripada penjual barangan terpakai, dan dahulunya ialah pintu bilik Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perlis!





Peralatan bersenam dari barang terpakai.

Bagi menjayakan projek perpustakaan Teratak Rahmat, dana sebanyak RM25,000 - RM30,000 diperlukan bagi membeli buku-buku dan rak buku serta kelengkapan lain seperti tikar dan kusyen.
Sumbangan dana bagi menjayakan projek perpustakaan Teratak Rahmat boleh disalurkan ke akaun Maybank : 162188016529 (Iskandar Syah Ismail) dan para pembaca yang mahu tahu lebih lanjut mengenai program ini boleh menghubungi Iskandar melalui email : adabi99@gmail.com

p/s Insya-ALLAH kalau ada peluang nanti saya akan mengunjungi Teratak Rahmat yang berada di Perlis ini. Mungkin selepas saya pulang dari Amsterdam nanti..doakan saya diberi kesihatan yang baik.



Tuesday, April 26, 2011

RUMAH AKAN RUNTUHKAN UMI!

Qaisara sentiasa berada di depan mata saya, jadi bila Qaisara saya tinggalkan semalam untuk pesta buku. Dia seperti kehilangan sesuatu. Bila saya balik, peluk cium Qaisara paling kurang 5 minit, sebelum ke sekolah pun begitu dan hari ini sebelum ke sekolah dia bersalaman dengan saya dan berkata begini.
"umi rumah boleh runtuhkan?"
Wah..apa punya soalan ini?
'Ya sayang.."
"Kereta boleh rosakkan?"
"Iye.."
Saya menganggukkan kepala saya..
"Tapi sayang Teta dengan umi tak akan hilang sampai bila-bila. Sayang kat umi"
Wahhhhh....saya rasa mahu menangis. Qaisara peluk dan cium muka saya berkali-kali.
Saya benar-benar terharu.Sangat-sangat terharu..sobbbbbb.


Monday, April 25, 2011

PESTA BUKU 2011






Gembira, sibuk, letih berbaur menjadi satu. Pesta buku seperti hari raya buat saya. Bertemu pembaca dan sahabat andai yang jarang bertemu.


Save our planet! NB Kara menyambut kedatangan anda.


Punitha salah seorang pembaca bukan melayu yang turut membeli buku NBkara.



Sempat diwawancara oleh RTM, ha ha bukan pasal buku tapi pasal pemakanan kanak-kanak. Jawab entah apa-apa, gabra aje..ha ha


Kak Yah yang datang dari Terengganu! Setahu sekali kita jumpa ya kak Yah..

Puan Noami, akauntan cun ni bawakan saya goreng pisang. Sedappp..sampai Qaisara merajuk tak dapat..ha ha


Penulis bertemu penulis. Lily dan Kusyi. Lily! Mana buku baru awak?

Terkejar-kejar masa sebenarnya, nanti saya update lagi..