Isu ini sudah saya bangkitkan dahulu. Tetapi kali ini salah seorang ahli keluarga saya bercerita.
Masuk ke show room jual kereta BMW orang tak layan, sebab dia hanya pakai sandal sahaja.
Tapi bila dia goyang jam tangan Rolexnya. Barulah mereka mahu melayan. Pandai pula mereka yang dishow room tahu membezakan rolex original dengan tidak. Buat mereka fikir rolex petaling street?.
Bila dia masuk ke show room jualan rumah semi D, yang berharga lebih setengah juta pun orang tak layan. Sedangkan dia baru sahaja menjual salah sebuah rumah yang berharga sedikit lebih kurang begitu dan mahu membeli rumah baru, bagi mengantikan rumah yang lama.
Sebab pakaian dia, hanya t-shirt buruk, slack lusuh dan juga sandal sahaja maka orang tak layanlah.
Jadi kena goyang tangannya sekali lagi bila bersalaman dengan jurujual. Tunjuk jam rolexnya sekali lagi. Ha ha..aduh.
Saya pernah terkena, membeli sebuah ruang pejabat.
Saya pergi showroom. Syarikat pemaju, melayan saya dengan baik bila saya bertanya ada lagikan ruang pejabat yang kosong. Lantas saya mengambil keputusan membeli dan saya letak pendahuluan 10 persen.
Tetapi di situ ada salah seorang pengawai bank, perempuan berbangsa cina.
Terus meletakkan borang pinjaman tanpa berkata apa-apa, di depan saya dan wajahnya sedikit angkuh. Saya terkebil-kebil memandang mukanya.
"Untuk apa?" Tanya saya..
"Ini, borang untuk loanlah.."
"Oh..sorry..saya beli cash.."
Dan saya dapat melihat wajah perempuan itu berubah. Dalam hati saya berharap, moga-moga dia akan ingat perkara ini seumur hidupnya...
Dan tolong jangan fikir, orang yang berpakaian selekeh macam kami orang yang meminta-minta..
p/s tak bergaya asal bersih cukup. Buat apa bergaya, berpakaian sedondon dari kepala hingga ke kasut tapi duit tak ada ya tak..he he he.






