Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, May 8, 2012

CEGAH PERBUATAN INI!

Apa perasaan anda apabila di dalam kerumunan orang ramai, tidak kira di dalam LRT, tempat yang sesak dan juga di dalam bas ada orang lelaki mengambil kesempatan mengeselkan badannya. Pasti ada yang  mengigil marah tetapi tidak tahu bagaimana mahu membuat tindakkan seterusnya.

Saya masih ingat ketika saya berulang alik menaiki bas mini di pertengahan tahun 90an, dari Ampang ke Kuala Lumpur. Ada seorang lelaki yang suka menghimpit perempuan dan saya juga pernah terkena dengan perlakuannya yang tidak bermoral itu. Ketika itu saya tidak melakukan apa-apa tindakan. Sebagai penghuni Kuala Lumpur yang baru sampai rasa malu masih menebal. Saya hanya membiarkan tanpa membuat apa-apa tindakan.

Perkara itu tidak habis di situ sahaja. Apabila menaiki kereta api dari Kajang ke Kuala Lumpur saban hari, perkara ini pernah terjadi lagi dengan saya. Saya hanya memberi peringatan pada kawan-kawan lain, berhati-hati dengan lelaki  yang mengambil kesempatan. Saya membuat tindakan menjauhkan diri ketika itu.
Gambar lelaki ini ketika cuba menghimpit telah sempat kami ambil.

Tetapi apabila sudah semakin dewasa, kekuatan sudah mula timbul. Rasa marah yang saya simpan meledak apabila hari minggu yang lepas apabila seorang lelaki menghimpit saya ketika saya sedang menyaksikan satu peragaan pakaian muslimah di ruang legar PWTC. Saya tahu saya sedang diancam lelaki gatal yang mengambil kesempatan. Pantas sahaja saya mengelakkan diri dan memberitahu kawan saya Khamisah dan juga Kusyi yang kebetulan berada di booth NB Kara.

Kami segera mengekori lelaki itu dan memerhatikan tingkahnya. Dia cuba menghimpit seorang wanita tetapi wanita itu pantas sahaja beredar dan akhirnya lelaki itu mendapat mangsanya yang terbaru. Seorang pelajar berusia 13 tahun yang juga seorang pelakon.

Khamisah dan saya sempat mengambil gambar. Bahkan saya sempat menarik pelajar tersebut menjauhkan diri daripada lelaki kurang ajar itu. Tangan saya mengigil perasaan marah saya tidak dapat dikawal lagi.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan. Kami perlu membawa ke pihak atasan dan dengan kerjasama pengawal keselamatan di PWTC yang sangat cekap, lelaki ini dapat ditangkap ketika berada di dalam bilik Tun Hussin Onn, mencari peluang di dalam keadaan bersesak-sesak begitu. Beliau sekarang berada di dalam lokap. Jika sabit kesalahan, hukum 10 tahun penjara dan sebatan 5 kali menunggu beliau.


Kami membuat laporan di balai polis Dang wangi dan kemudian ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan saya berharap sangat supaya mana-mana mangsa yang mengalami peristiwa ini tampil membuat laporan, memberi maklumat atau mengambil gambar supaya kegiatan yang tidak bermoral ini dapat disekat. Jangan dibiarkan perkara ini terjadi kerana perasaan malu, sampai masanya kita wanita bertindak terhadap lelaki yang melakukan perbuatan tidak bermoral ini!




6 comments:

yatie chomeyl said...

saya pernah kena himpit dgn lelaki gatal dalam bas masa umur 14thn. saya xtau nk buat apa, dah mengelak dan gerak pun dia tetap menghimpit. sekarang kalau jadi lagi, saya akan buat perkara yg sama dgn apa yg akak buat ni.

thanks aka sbb berkongsi pengalaman berharga yg saya rasa ramai wanita pernah melaluinya sewaktu dlm kenderaan awam

Aziela said...

Syabas kak... Itu yang kita perlukan pada setiap wanita sebenarnya.

absolutely emy said...

Tahniah kak.. diatas keberanian akak ini.. semoga saya dan kaum wanita lain mendapat keberanian seperti akak..

LiTtLe^m3 said...

tahniah kak... betul lelaki biadab mesti diajar.

Angah said...

tahniah kak,sgt hebat tindakan akak,..baru padan muka dia tu...

conangirlz said...

saya pernah kena..tp sekejap je rase2 nya..huhuhuhu..dlm komuter..ngeri nk nek komuter lag..huhuhuhu..