Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, May 13, 2012

PERASAAN INI SANGAT HEBAT!


Semalam saya berjalan di Times Square. Ojan dan Qaisara ada bersama. Ketika saya berjalan saya memaut lengan Ojan dan Qaisara terpandang perbuatan kami.
“Wah..wah wah.. Mana boleh!”
Marah Qaisara sambil meleraikan pegangan tangan saya terhadap Ojan dan dia lantas memegang tangan saya.
“Hesy Qaisara ni, abang Ojan sebelah kananlah..”
Ojan kemudian beralih ke sebelah kanan dan memegang tangan saya. Saya berjalan di kiri sambil membimbit tangan Qaisara dan di kanan memegang lengan Ojan. Perasaan ketika itu sangat bahagia dan gembira.
\
Mereka ini anak saya...

Perasaan seorang ibu yang memang sangat hebat. Saya menjadi seorang ibu bukan sejak Qaisara dilahirkan, tetapi sejak Ojan lahir ke dunia. Walau dia bukan anak saya, tetapi saya berkongsi menjaga  Ojan dengan kakak saya. Kasih saya tumpah. Walau dia memanggil saya Mak Andak tetapi dia seperti anak saya, saya seperti ibunya. Sakit dia sakitlah saya. Sayang saya pada dia tanpa ukuran. Kemudian Hakim pula lahir. Bertambah lagi anak saya. Kasih sayang saya juga berkembang. Apabila Balkish masuk ke dalam keluarga kami dan dia memanggil saya umi, saya sangat gembira.

Melihat Qaisara membesar dengan sihat, adalah satu pengalaman yang sangat indah.

Ketika Qaisara lahir. Perasaan ibu semakin semarak.  Tapi kasih saya tidak mengurang pada Ojan mahupun Hakim bahkan pada Balkish. Saya tidak pernah lokek pada mereka. Bahkan ketika anak-anak buah yang lain lahir. Rasa sayang pada mereka seperti saya sayangkan anak-anak sendiri.
Menjadi seorang ibu adalah satu perkara yang sangat ajaib . Bila anak sakit kita rasa sakitnya, bila anak sedih kesedihan kita lebih daripada kesedihan mereka. Bahkan bila anak ketawa kita seperti melihat di sekeliling kita ada bunga yang berkembangan. Sangat indah. (Karina pula tahu memanggil Andak daripada memanggi ibu atau ayahnya terlebih dahulu..sudah pasti saya gembira)

Anak-anak saya ini memang pandai bergaya.


Walau kadangkala sesekali anak terlepas tingkah tetapi saya tahu semua ibu tetap rasa bahagia. Saya sendiri, tetap berasakan itu satu proses kehidupan yang harus dilalui oleh seorang ibu. Tidak semua orang berpeluang menjadi ibu dan sesiapa yang menjadi ibu walau dengan anak buah atau bukan dari dagingnya sendiri sudah pasti berasa perasaan yang hebat ini.

SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU, TAK KIRA IBU BIOLOGI, IBU ANGKAT ATAU IBU SAUDARA...


4 comments:

Angah said...

selamat hari ibu kak......

roses said...

SElamat hari ibu Kak Yati..

Bicara Kak Noor said...

selamat hari ibu Yatie wah hebatlah Yatie,punya anak2 yang ramai macam tu,semoga ada balasan yg setimpal utk ibu yang sebaik Yatie ni....

GreenJade said...

selamat Hari Ibu akak sayang..mmg bahagia dikelilingi anak2..satu perasaan yg sukar diluahkan :)