Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, December 27, 2011

LAGI BAHASA TIDAK SAMA

Qaisara cakap Atmam ini macam kuda, yelah budak comel ini bukan boleh duduk diam, asyik melompat sana sini sentiasa.

Cuti sekolah ni ramailah anak-anak buah balik berkumpul di rumah ayah saya. Maka bila sudah berkumpul, macam-macamlah makanan yang kami buat dan beli. Buah-buahan tidak ketinggalan. Sayalah yang rajin membelinya. Hari Sabtu lepas saya beli buah durian untuk makan bersama-sama.
"Kopek, kopek nanti kita makan ramai-ramai"
Emak tiri saya menyuruh kakak saya Maznah mengopek buah durian. Anak-anak buah saya termasuk Atmam sudah menghadap mak longnya beramai-ramai. 
"Nak kopek yang inikah?" tanya kakak saya.
"Kopek ajelah, nanti siapa-siapa boleh makan."
Tiba-tiba Atmam ketawa mengakak-gakak sambil menyebut.
"Kopek..ha ha ha h kopek?"
Pada mulanya kami tidak faham apa yang ditertawakan oleh Atmam. Tetapi apabila melihat dia terus-terusan ketawa kami pun turut ketawa.
"Hesy budak ni kenapa dia ketawa?"
Tanya emak tiri saya sambil tercengang-cengang.
"Alah kopek tu dalam bahasa Kelantankan buah dada. Itu yang geli hati sangat tu sampai ketawa tak sedar diri.."
Jawab saya. Mak tiri saya turut ketawa.
Yelah adik ipar saya orang Kelantan. Walau masih satu Malaysia tetapi bahasa digunakan sama tetapi maknanya berlainan.


5 comments:

puteri_kebayan said...

hahahaaa...

yang baca ni pun ore klate. gelak sakan dpn pc~

ieda said...

teringat masa nak tukar uni dari penang ke KB...member siap pesan..."nanti kat kelantan hangpa jangan sebut kopek tau...lain maknanya"...
tapi kat kedah kopek ialah dompet.

Leeza said...

hahaha..belajar bahasa baru dari si atmam ini. :)

Siti Aisya mzm-fc said...

haha..saya orang kelantan..gelak guling2 baca,muka Atmam comel lak tu,terbayang macam mana dia gelak.haha

nur said...

Salam..saya nk tanya status penghantaran novel saya..saya ada email tp tdk pernah dibalas..saya amat mengharapkan kerjasama dari pihak anda..terima kasih..