Gambar dari pak cik google
Saya memang tidak pernah makan telur penyu dan saya tidak teragak pun mahu makan telur penyu. Bahkan sesiapa yang makan telur penyu depan saya, mereka akan kena marah.
"Kenapa akak tak makan telur penyu?" Tanya Liza Bujang pada saya. Ketika itu kami dalam perjalanan ke Sri Aman di Sarawak dari Ulu Samera, Asajaya. (Asajaya nama sekarang, nama dulu sedikit lucah. No##k. Tetapi orang di sana masih memanggil nama tersebut.)
"Kasihan aku dengan penyu tu. Susah payah dia bertelur kau ambil telur dia. Sampai dia menangis tau tak!"
"Itu dia menangis bukan sebab telurnya dicuri tetapi sebab lain."
Saya ceritakan pada Liza betapa satu masa dahulu, saya memang amat menentang orang ramai yang mencuri telur penyu sehingga penyu sudah kepupusan di muka bumi Malaysia ini. Bahkan ketika saya masih belasan tahun, saya sangat menyokong WWF, pernah menjual kad, penanda buku, t-shirt untuk mengutip tabung WWF. Bahkan WWF pernah membuat kempen menentang telur penyu dicuri dan penyu ini pupus dari muka bumi.
Ketika Sudirman menyanyikan lagu Penyu menangis, saya selalu beritahu kawan-kawan saya. Dengar bait-bait lagu tersebut., kasihankanlah penyu itu. Walau bertahun-tahun berlalu, tetapi kepala saya tetap sudah diset. Saya tidak akan makan telur penyu.
"Pelik akak ini, telur ayam makan pula. Telur penyu pula tak makan?"
"Telur ayam mesti aku makan. Kau tengok ayam tu, lepas bertelur dia bising.Satu kampung dia beritahu, dia dah bertelur. Kerek sangat aku makanlah telurnya.."
Kah kah kah Liza Bujang ketawa terbahak-bahak. Lucu agaknya mendengar kata-kata saya.
"Kau tengok penyu, lepas bertelur dia senyap-senyap aje tutup lubang tempat dia bertelur dan pergi dari situ. Dia tidak beritahu orang pun tetapi orang jahat, pergi curi telur dia.."
Liza Bujang hanya terkedip kedip matanya, mendengar kata saya. Tidak tahu apa yang berada di dalam fikirannya. Tetapi entahlah yang pasti saya masih tidak tergamak untuk makan telur penyu...
4 comments:
masa kecik2 sulu suka lah.. now kesian pulak rasanya nak makan..
laaa.....macam tu pulak..
saya tak la fikir macam tu tapi tak pernah makan lagi.teringin gak nak rasa.jangan marah kalau saya makan yer..
akak wat sy kesian nk makan telur penyu tp saya masih akan makan rasenye sbb sedap. tp xde la slalu sbb mmg jarang la nk beli atau buat. hee
saya memang tak boleh nak makan.. sebab rupanya nyag serupa 'hingus'.. masa dok Ganu adik-beradik saya kan main syiok dpt makan telur penyu.. tp saya jer yg jd geli-geleman.. sampai la skrg ni.. x mungkin..
kak, blog personal saya tentang anak2 dah bertukar ke url ni
http://ibualiya.blogspot.com
Post a Comment