Alhamdulilah syukur pada ALLAH dengan rezeki dan kekuatan yang diberi pada saya suami isteri serta Qaisara. Apa yang telah dirancang telah separuhnya berjaya. Saya dengan suami memang suka memandu dan mengembara. Kali ini kami mengambil keputusan untuk menjelajah Sarawak. Dari Asajaya/ Ulu Semera kami akan memulakan perjalanan sehingga ke Miri melalui Samarahan, Serian, Sri Aman, Serikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan kemudian Miri. Kami melalui jalan pan borneo yang kebanyakkan jalan rayanya bukanlah terbaik dibandingkan dengan lebuhraya di Semenanjung. Tetapi itu sudah cukup memadai.
Kami bertolak dalam pukul 6,30 pagi. Pagi semakin cerah dan indah pagi ittu. Di Ulu Samera, Asajaya jalanraya dipenuhi dengan motorsikal.
Kami mengembara bersama dengan kereta Liza Bujang yang dipandu oleh suami saya. Beliau juga turut serta dan sama-sama teruja seperti saya.
Mak cik Teta hanya tukar baju sahaja tetapi tak mandi. Ha ha ha...namun tetap ceria..
Salah satu pemandangan sepanjangan jalan Semarahan.
Salah satu pemandangan di Samarahan. Awal 7 pagi mereka sudah berniaga....
Di Samarahan kami mengunakan feri untuk menjimatkan masa tetapi rasanya lagi lambat kerana kami terpaksa berebut dengan penunggang motorsikal yang sudah memenuhi feri. Seharusnya ada yang mengawal di jeti feri ini, supaya penunggang motorsikal dan juga pengguna kereta macam kami dapat mengunakan feri secara adil. Bukan yang menunggang motorsikal sahaja yang dapat menaiki feri terlebih dahulu.
Seemuanya berjalan lancar. Kami melepasi Serian untuk ke Sri Aman. Kami melalui pekan kecil Serian. Kali kedua saya ke sana. Saya suka Serian kerana pasarnya banyak menjual makanan yang saya suka. Di sini ramai juga orang Iban menjaja makan. Jadi hati-hati membeli takut tidak halal. Saya lupa mengambil gambar pekan Serian.
Perjalanan di teruskan ke Sri Aman. Oh..saya sangat suka. Di sana sini orang berniaga buah-buahan termasuklah durian. Sudah pasti yang paling gembira kekasih saya yang memang suka makan durian.
Mungkin suami yang memang peminat tegar durian sudah tidak tahan melihat durian di jual merata. Jadi kami berhenti di kawasan rehat Sri Aman dan makan durian di situ. Suami beli 4 biji dan kerana terlampau kenyang, buah yang ke empat tidak dimakannya dan ditukar dengan buah salak. Ha ha
Ini buah dabai. Saya sudah jatuh cinta dengan buah ini. Buahnya kalau hendak dimakan harus direndam dengan air panas supaya buah ini menjadi lembut dan dimakan dengan garam atau kicap serta gula. Banyak sungguh saya makan buah ini..Liza Bujang orang Sarawak sendiri tidak reti makan buah ini dan saya sudah jadi orang luar yang lebih dari orang Sarawak. Ha ha
Ini buang mbang. Rasanya seperti bacang tetapi seratnya lebih banyak. Sebiji RM1, saya beli dua biji jenuhlah nak menghabis makannya..
Ini mesti ramai dah tahukan? Buah terap ini juga banyak dijual di sepanjang perjalanan ke Sri Aman. Tapi saya tak beli pun sebab sudah kenyang dengan buah Durian Belanda, rambutan, buah manggis, dabai, durian dan Salak. Aduhh..saya kalau fasal buah..boleh makan sambil pengsan! Ha ha ha
6 comments:
as salam,
kak bleh sms saya no akaun utk ank yatim di perlis tu kt saya x?
klu bleh nk acc maybnk..
saya ad bniat tp xlh byk kak..
jgn post commnt sy ni ye kak
no sy,..013 7179031
betul ke sedap buah dabai tu kak yati... tiap minggu saya g pasar sri aman.. salu je nampak buah tu.. tapi tak penah lagi cuba makan... huhu
mcm2 jenis buah yang ida x pernah makan dan tak tahu nama... hehe..
Salam :)
Buah mbang ni nama standardnya bambangan. Buah ini pernah keluar tv satu ketika dulu.
buah dabai... saya masih menanti kiriman dari sahabat di Sibu..
buah mambang tu rasanya dah tuo2 ni saya tak jumpa di Semenanjung.. tp masa kecik2 masa dok Serawak memang selalu lah dpt makan..
Post a Comment