Muka mak cik Teta dah macam udang kena bakar pun tak mahu balik lagi...
Pukul 10 dah tercegat depan pintu masuk Desa Water Park bersama adik saya Nurul
Pukul 3 kami balik. Qaisara yang sangat seronok macam tidak mahu balik sahaja. Bila malam dia beritahu saya yang dia teringin mahu bawa sepupu-sepupunya di Melaka ke Desa Waterpark.
"Alah kita pergi Wonderland di Melaka sahajalah" balas saya.
"Tak mahulah umi, pujuk dia orang datang Kajanglah. Teta sukalah Desa waterpark daripada Wonderland"
Saya hanya diam sahaja. Bagi saya tidak menjadi masalah yang menjadi masalah sepupu-sepupu mereka yang harus datang ke Kajang. Siapa yang mahu membawanya?
"Umi wonderland dengan Desa waterpark mana okay?"
"Dua-dua okay sayang"
"Alah pilihlah satu. Teta suka Desa waterpark.."
Balas Qaisara, matanya mengkilat merenung wajah saya.
"Hmm..Desa water park pun okay jugak.."
"Umi..hu hu hu hu hu"
Tiba-tiba Qaisara menangis, macam orang dipukul. ya ALLAH apa kena budak ini?
"Kenapa pula ni?"
"Teta tak suka umi cakap 'jugak'. 'Jugak' tu macam tak bagus, macam desa waterpark tu tak best. Teta sukalah. Umi kenapa guna perkataan jugak. Tak mahu jugak, jangan cakap jugak. Juga tu makna dia tak best....."
Ha ha ha. ALLAH ALLAH budak yang terlebih pandai ini. Ada-ada sahaja tingkahnya.
'
6 comments:
kih kih..gigit jugak budak ni! macam2 keletah dia.
ahahaahha.. membaca setiap hal yang berkenaan tentang teta buat ima tersenyum sorang-sorang :)
saya pergi sabtu, kak nb pergi ahad..selisih 1 hari...hehe..kalau tak dah bertembung kat situ..
hahaha... mcm aneiq saya jugak teta ni..... kita ni bukan nya terfikir sangat benda2 mcm tu kan.. nama dah budak2.. they are always beyond our expectations..
bagus teta ni. ingat kat sepupu2nya. mesti dia nak ramaikan geng main air kan.. bestnyer main air. bukan teta aje.. ida pun suka kak.. hehe..
kak yati..
teta nak satu statement yg meyakin kan.. bijak, memang bijak..
Post a Comment