Bila di Sarawak saya memang suka sekali merasa dan mencari buah yang pelik dari yang terdapat di semenanjung. Maka saya terjumpalah buah-buah seperti di bawah ini.
Buah angkalak/mengkalak/kalak. Di rendam dengan air sejuk dan dimakan dengan garam. Tapi tak boleh makan banyak-banyak. Kalestrol tinggi.
Saya tanya orang yang jual ini pisang apa? Kata dia pisang rapat..he he
Ini nampak macam buah tetapi sebenarnya terung iban atau terung asam. Dimasak sayur. Liza Bujang masakan saya. Tapi saya lebih suka umbut dari terung asam. He he he
Ini buah kristal, kena ketuk dengan batu penumbuk baru dia pecah tapi saya belajar dari kakak yang jual tu kerate sahaja dengan tangan. Ha ha ha
Ini buah kristal yang sudah saya karate. Rasanya macam buah laici. Nyamannn...
12 comments:
wah...nampak sedaplah...s
Alhamdulilah....rezeki akaklah jumpa buah kristal hari tu sebab ia sukar dijumpai....
Asalamualaikum.Saya orang Brunei.Disini banyak buah2an juga.Jemputlah tengok blog saya ada tentang kebun buah-buahan kami
Salam kak... saya suke terung assam tu, msk asam pedas sedap... tp pisang rapat & buah kalak tu 1st time tgk...buah kristal tu nampak mcm sedap je...
Tertarik dgn buah kristal tu... mcm sedap jer..
terung asam tu saya dah rasa kak, sedap juga. yg lelain tu bila la nak rase yer...
fazila, kebanyakkan memang sedap-sedap apatah lagi akak memang suka buah-buahan..
Za.dulukan dah pernah tengok buah tu, cuma malas nak kerate kot menyebabkan kita malas nak beli..ha ha
Pop..insya-ALLAH nanti saya singgah
Marya, yelah terung asam itu sayur sebenarnya. Buah kristal tu macam buah laici rasanya cuma tidak berair sangat macam laici.
CSR memang sedap buah tu tapi kadangkala kopek 5 biji yang eloknya sebiji dua aje..
Meeza, he he. nanti pergilah Sarawak, insya-ALLAH jumpalah dan cuba makan..
wahhh~ mcm2 buah ada.. ^_^
terung iban tu pernah makan.. tp buah2 yg lain tu macam abru kenal jer..
hehe pisang rapat ye kak..biasa dengar jamu rapat
pe pun saya suka buah kristal tu..ada bw balik kajang tak akak?
Post a Comment