Saya kalau dengan Qaisara setiap hari pasti akan peluk, cium dan cakap dengan dia "Comelnya anak umi ini, cantiknya dia baiknya dia.." Yelah anak seorang, jadi sentiasa dibeleklah..ha ha
Beberapa malam yang lepas saya menidurkan dia, setiap kali mahu tidurkan dia, saya harus pandang muka dia pegang tangan dia dan kami baca doa sama-sama. Selepas macam-macam doa dibaca, dia tidak mahu juga tidur, jadi saya berpaling dan tidur membelakangan dia.
"Umi, umi, kenapa umi tidur paling sebelah sana? Tak mahu pandang muka Teta ke?"
"Kenapa umi nak pandang muka Teta?"
Tanya saya.
"Alah umi ini, hari-hari umi cakap Teta cantik, Teta comel. Masakan umi tak mahu pandang muka anak umi yang cantik dan comel ni.."
Ha ha ha ha..aduh si Teta ni. Tergelak-gelak saya mendengarnya dan dia pun apa lagi gelak sekalilah.
Penghabisan saya cucuk dia, dia cucuk saya dan dua-dua orang tak jadi tidur! Ha ha ha
10 comments:
MASYALAHHH... anak dara akak memang cantik... rasanya berangan nak berbesan pun saya takut..cantik sangat..heeee...
Salam kenal...saya peminat buku2 akak sejak dulu..ada baaaaanyakkk novel akak dalam simpanan saya...tp mcm mana saya boleh tak jumpa blog akak ni sejak dulu...dan tak tau pulak nama anak akak qaisara,....sama namanya dengan anak saya...qaisara nur damia....nanti kalau rajin nak wat entry tunjuk buku2 akak lah....:)
Teta memang cantik...x jemu mata memandang...
Kalau pregnant sekali lagi...saya nak pandang teta selalu...biar berkenan
teta yang cantik dan comel
bile kak yati slalu citer pasal teta, sy suke sgt sbb mcm2 perangai die dan apa yg die jwb tu mcm org besar je..bijak sgt. hu2
hahhaha... teta.. teta... cute sangat!!!!
memang comellah budak nie....cakap pandai plk tu...
hahah such a naughty girl yeah Teta baby .so pukul berapa lah dua beranak ni terlelap yea hehehehe
teta yg bijak.. bila dah anak sorg mcm tu lah kak..
yg saya ni Anis selalu beralah, tidur sendiri... sbb Aliya selalu nak tidur peluk ibu...
Post a Comment